Pages

diskaun maun matlaun

hai, salam hari ahad :)

sunyi sepi jer hari ahad kat kulim ni, sesepi hati ku. ewah, tergedik pulak. hurm, hari nie saya agak rajin sedikit berbanding hari hari lain. bangun pagi tadi, walaupun tak awal mana, tapi sempat jugak saya mengemas bilik yang berupa paras macam lepas kena tsunami. maklom ar kan, org bujang macam saya mana ada masa sangat nak kemas kemas nie. huhu. alasan.


hari nie dah setel cuci baju sampai 2 trip. mak aih, manyak jugak baju saya yang tak cuci. bukan ape, kan minggu lepas balik kampung, so tak berapa ada masa nak cuci baju.

kejap lagi nak pergi jumpa abang polis. nak cek saman. dan nak tengok kot2 ada diskaun. fuh, harap2 ada. utk makluman semua, mak saya bermurah hati nak tolong bayarkan saman saya. hehehe.agak kejam disitu, tapi mungkin sebab mak saya kesiankan saya yang hampir berpulau di kepala. memandangkan bulan depan saya kena sediakan duit untuk road tax dan insuran pulak. apa apa pun,terima kasih mak! :))

p/s : kenapa kawan kawan kt kulim nie takde yang invite utk open house? sob..sob.. open house di kedai makan aje lah nampaknyerrrr:))

perangkap had laju

hai. second entry for today. wah wah.. tetiber saya jadi rajin semacam menghapdate blog. mungkin sebab baru lepas kena saman.

saya nak share dengan korang korang semua pasal port abg abg polis duk menyorok menembak kereta kereta kite semua. HAHAHAH. gelak syaitonn. geram ai taw taw taw. sumber nie saya dapat dari belog beliau. malas nak copy paste, so korang korang semua boleh tgk dari sini.


p/s : so lepas nie, kalau lalu kt area area situ, sila sila la selow kan kenderaan semaksima yang mungkin, kira kalau jam pun takper. HAHA. asal jangan bazirkan duit utk bayar saman. ;))

girangnya rasa hati

hai hai hai.. salam semua. dah berhabuk blog saya. semua gara-gara kerja yang menimbun sebelum raya , dan sibuk menyambut raya.

baru aje sekejap tadi mak saya call dari kampung. dengan bangganya saya kena saman lagi. hurm, saman kali nie utk yang ke -6 sepanjang setahun saya pakai kereta. hampeh betul. hurm, sebanyak 4 saman dah setel. ada lagi dua saman yang belom setel. rasa agak hampes disitu sebab mak dah bising-bising suruh bayar saman tu. memandangkan bulan depan nak renew road tax dan insurans kereta. dan mungkin agak botak licin lalu berpulau kepala saya mungkin..utk beberapa bulan akan datang termasuk bulan ini. hurm..

kali ni saya kena saman kat lebuhraya utara selatan ,kilometer 214.8. agak berpuaka jalan disitu. kena saman pada 28/8/2010. huahaha. masa tu nak pergi shah alam, kira macam nak shopping raya lah. agak hampes yer. time bulan syawal orang dapat duit raya,tapi saya pulak nak kena bagi duit raya pada abg polis. oh no. i hate this.

pada kalian kalian semua, lain kali jangan jadi macam saya. pandu kereta berhati hati, macam pesanan mak saya sebentar tadi "lain kali, bawak kereta tengok sikit meter tu".......
hurm... alahai polis.. kenapalah main saman-saman ekor plak ni? wa tak puas hati betol. hampessssss!! *saya protes + bengang!!!

ok lah, entry ni kena pendek *tapi nampaknyer dah terpanjang..
p/s : selamat hr ghaye. kalau ada open house, jangan segan segan invite saya :)))

kerinduan

Salam. agak lama tak update blog. Sibuk yg makin menjadijadi kat ofis ni. Hari nie hari rabu, bersamaan 29 syawal. Dan hari ni saya half day. Dalam pukul 2, gerak la balik pahang. sgt syiok woo. mood nak kerja 20% aje, tapi mood raya meningkat naik 130%. camno tuh?

Dikesempatan ini, sy nak memohon kemaafan jika ada tersalah kata @ percakapan yg menyingung perasaan kamu kamu semua. SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL :-)