Pages

TORA datang lagi!

hallawwww. salam semua!


mula mula sekali, aku nak menyatakan kerinduan aku untuk merapu dalam blog aku ni. sejak seminggu dah tak bekerja, mood nak hapdate belog ialah sangat ke laut! malas woo. hanya blogwalking aje yang mampu. tapi hari nie, mood mencanak naik serta merta tanpa diketahui sebab musababnyerrr.


buat pengetahuan korang yang mengenali aku, aku sekarang dah pindah kerja kt kl. and now aku dah pun menyewa kat sungai besi. so pada kawankawan yang rindu kat aku or nak ajak aku pergi broga hill ke, silasila la contact aku. muehehe.dialu alukan, sebab aku memang teringin sangattt nak pergi broga hill itu yer kawankawan!


memandangkan esok bermulanya tahun baru 2011, aku nak rewind balik apa yang terjadi dalam hidup aku sepanjang tahun 2010 nie. sedih oh. sebab tahun depan aku dah ter 25 secara tak sengaja. rasa macam bila dah mencecah 25, macam tua jerr rasa. aku tak sukaaaaa la. huahaha. tapi TAKPE, janji HATI aku tetap muda remajhe suwitt seventeen. hakhakhak!!


sepanjang 2010, aku stay kat kulim. best jugak duduk kulim. bila dah tak duduk kat kulim nie, mula la aku nak rindu itu dan ini yang ada kat kulim tu. adatla, bila dah jauh, baru terkenangkenang. hakhakhak. jujurnya, aku selalu terkenangkan bab makanan lah. bab lain tu kurang sikit. maybe sebab aku nie suka berjalan. lagilagi berjalan cari tempat makan. itu sememangnya aktiviti wajib aku. sebab tu aku 'selim' sejak duduk kulim. thehehe. :p


apa apa pon, aku rindukan kulim. & penang juga. boleh dikatakan every week aku tawaf dalam penang, cari tempat makan itu & ini. best ohh. walaupun kadang kadang time tu wallet ialah sangat nipis, berjalan tetap jadik aktiviti mingguan. apa apa pon, aku puas hati sebab aku dah cuba banyak tempat makan yang menarik kat penang tu. kira nanti kalau dah tuatua, boleh la aku bawak anak anak aku pulak kan. thehehe. haih, asyik cerita pasal makan jer. no no nooo!


memndangkan esok dah masuk tahun 2011, aku dah pasang azam baru. harap harap tercapai lah. :) agak sedih jugak nak meninggalkan tahun 2010 yang dah menyimpan macam macam peristiwa. bye bye 2010~~ ^__^


p/s :malam nie korang celebrate new year kat mana? aku duduk rumah jer. dari rumah aku boleh nampak klcc oh. bestt~ :)





Tuhan berikan kita beluncas agar kita dapat rama-rama yang cantik..


Salam. first of all, aku rasa syahdu, plus sedih bergandaganda sekarang ni. semalam last day kat mimos. sedih kot. kot? bukan kot, memang & nyata nya aku sedih! setahun setengah aku kat mimos. & sampai jugak masanya untuk berundur. aicehhh, perenggan pertama entry aku nie , ayat dah macam orang mati laki. muehehehe.

macam yang aku cakap lah, allah beri kita beluncas sebab dia nak bagi rama rama yang chantik. maksudnya sesuatu yang berlaku tu ada sebabnya. sebenarnya, semalam aku sedihh sangatsangat nak tinggalkan mimos. yelah, selama setahun setengah aku kat situ, macammacam benda aku belajar. dulu aku mana pandai sangat buat coding guna java. sekarang nie, aku dah tau macam mana nak buat. dulu aku tak tau apaapa pasal database, sekarang aku dah tau. dulu aku tak tau macam mana kalutnya bila nak TRR, sekarang aku dah dapat mengalami kekalutan tu. & macammacamlagi lah benda yang aku tak tau, sekarang dah tauuuu... hahah! takdelah, kira serba serbi aku belajar kat mimos nie. aku sangatsangat hargai! dan of course aku akan guna knowledge yang aku dapat ni, kat tempat lain.

ekceli apa yang buat aku suka sangat kat mimos nie, aku suka environment dia. syok oh. sejuksejuk gitu. hahah! takdelah, ekceli kat mimos nie tak ramai staff sangat. masa aku mulamula masuk mimos, aku macam pening jugak sebab bila masuk kat cube, sunyi sepi jerrrr. kalau ada pon, bunyi orang mengeluh kuatkuat, and hentak keyboard kuatkuat. hentak mouse lajulaju pon selalu aku buat, bila pc dah mula hang kejung macam patung. aku pun selalu buat macam tu bila dah pening and tak reti buat coding. ala, semua orang pon macam tu kot? haha.

pagi tadi, terbangun pukul 630pagi. padahal hari nie bukan aku kena datang opis pon. start pukul 630 pagi aku dah takleh tido balik. pikiran duk melayangkat opis. terbayang coding, terbayang document yang aku bagi eros tapi tak siap tu. haih, kesian. aku bukan takmo siapkan, semalam aku buat kerja lagho, plus aku macam bizi uruskan halhal duniawi kat opis tu sebelum aku berenti. takpelah, aku nak mintak maap la kat team aku, kalau aku ada buat kerja separuh jalan & menyusahkan korang. shrettttt*sedut mucus*.

rasa nak stop tulih entry nie, sebab aku tak tau ape aku tulih. macam merapu. emosi shaye tak stabil sekarang ni. hohoho. takdelah, ekceli pagi tadi masa bangun tido, macammacam benda terlintas kat dalam kepala nie, tapi sekarang semua nanhado. dasar hadekhadek memang begitew. ok khas utk semua mimosian, shaye shayang korang semua!korang shayang shaye tak?? *pengsan!

****sedang mempersiapkan diri, mental, emosi, rohani & jasmani untuk kembali menghadapi interbiu. oh tak suka nyerrrrrrrrrrrrrrr****

BYE BYE MIMOS

Entry pendek. just a simple bebelan. today is my last day in mimos. sangat sedih. eh sedih ker? yer, sedih plus happy jugak. thehehe. esok lusa baru cerita panjang. agak kebizian hari nie, uruskan segala hal. 


" Tuhan berikan kita beluncas agar kita dapat rama-rama yang cantik"

HAPPY BIRTHDAY - 13 DEC

Salam.


Entry khas buat boipreng ku. hohoho. sebab aku tau boiprengku pembaca setia belog ini. maceh yer. hohoho*merry xmas~


hari nie 13 disember. bufday boipreng aku. awal pagi semalam, 12:10am, aku call boipreng utk wish bufday. kononkonon nak jadi orang first la yang wish bufday dia. sanggup aku set alarm kat henpon pukul doblas, tp dek kerana mata bagai di gam gam.. eh gam ker taek mata? hahaha. bukannya apa, sabtu & ahad pon aku kerja jugak. tu pasal la aku penat. pening kepala aku menghadap coding. time cuti pon kena datang opis beb, bengang aku. disebabkan kebuduhan orang lain, kena gak tempias tu kat aku. geram oh! ehh, ni entry bufday, entry happy, entry penuh kasih sayang, tapi terselit jugak kegeraman & kemarahan aku. lari topik!


okay, berbalik kepada main topic, aku nak ucapkan "SELAMAT HARI LAHIR yang ke-24 buat boipreng tershayang. dah 24 kan kan, so harap shayang makin matang, & kalau boleh, sila kawal kemarahan anda. kalau boleh, sifarkan tahap kemarahan itu yer. say NO to MARAH-MARAH. peace! ;p macam yang bb cakap pagi tadi, tiaptiap tahun kita sambut hari lahir, so kalau boleh, in every year, kita buat azam baru. itu yang terbaik untuk improve hidup kita.


agak kesian tahun nie tak dapat celebrate bufday samasama. kalau tak, boleh potong kek samasama, boleh tiup lilin samasama. aww. i colet kek kat pipi u, u plak colet kek kat pipi i. HAHA. hancur musnah impian & citacita i. terkubur begitu sahaja disebabkan jarak.  ya, kitorang jauh. sorang kat kedah, sorang kat lipis. memang seswai. ekceli jauh mana  la sangat kalau nak diukur jarak  lipis dengan kedah. paling lama pun, 6jam. ehh tak jauh kau kata?? oh takdelah, maknanya, kalau kau tengah berchinta, jarak tu bukan penghalang dah. lagi jauh, lagi kau rasa seronot. hoho. ini fakta, bukan auta taw taw. sebab apa, sebab aku ada testimoni. yelah, kalau kau duduk dekat, nanti bosan pulak kan, bila dah jumpa selalu. kalau duduk jauh, jarangjarang jumpa, lagi best kot. sebab kita akan appreciate masa yang sekejap tu, untuk spent time together.  macam sorang ex-opismate aku pernah cakap macam ni "dekat bau busuk, dah jauh, bau wangi". ye kot eh? haha.


boipreng aku ada wishlist dia sempena bufday dia tahun nie. wishlist bukan main nak gempak lagi. berbuih kejap mulut aku. dia mintak toyol. ha, mana aku nak cari?? ha, sapesape yang bela toyol, boleh la hadiahkan pada boipreng aku. hahaha. oh takdelah, sebenarnya boipreng aku mintak tayar kereta cap toyo. mahai kot tayar tu. dia macam tu lah, sikitsikit kereta. aku dah paham sangat. takpelah, nanti aku try tunaikan wishlist dia tu. maybe aku pecahkan tabung ayam aku, cukup kot ye? ;p




nak sangat tayar kan? kan?  ini jer shaye mampu, menggoogle & tempek disini. kek tayar khas buatmu shayang. hohoho!



ok, ucapan terakhir buat boiprengku sempena hari lahir beliau.
bila nak masuk meminang shaye? *malu* miahahhaha. bye! :p









Amalan-amalan di bulan Muharam

Salam Semua.

Ekceli nak review sikit pasal bulan Muharram. mana tau, lepas baca ni, kita samasama boleh tambahkan amal ibadat kita. samasama dapat pahala :)

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" atau "dipantang" iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.




 Brgsiapa yg berpuasa pd hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kpdnya pahala 10,000 malaikat ;
 dan barangsiapa yg puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah, dan 10, 000 org mati syahid;
 dan siapa yg mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dgn rambut satu darjat;
 dan brgsiapa yg memberi buka puasa org mukmin yg berpuasa pd hari Assyuuraa', maka seolah2 memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
 

AMALAN SUNAT PADA 10 MUHARRAM :

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram) :

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

menarik, bukan?? so apa tunggu lagi? :)

p/s : mintakmintak dapatla merasa bubur asyura tahun ni. sedap oh, nikmat!




ni ler bubur asyura. ada jagungjagungnya, ada kacang kacangnya, ada rasa rempah rempahnya. hohohoh *


Terasa diri macam bangla pulak

salam :)


first of all, aku nak bagitau semua orang yang hari ni hari sabtu, & aku berada kat opis. motif? aku pon tataw. mungkin sebab "dah nak terberak, baru sebok nak gali lobang". haih, zaman sekarang mana ada orang berak gali lobang lagi la, orang berak dalam jambans lor. tapi agak seswai peribahasa tu kalau aku bagi ikhlas, tampal sticky note elok2 & tempek kat depan pintu bilik manager aku tu. memang seswaiiiiii!


ekceli dah lama bebenor aku tak jejak kaki ke opis time weekend. agakagak lagi seminggu aku nak meninggalkan mimos, bos aku bagi "hadiah" kat aku, suruh datang opis buat kerja. oh so heaven. heaven sesangat, lagilagi bilamana pagi tadi masa baru nak keluar dari rumah, hujan turun mencurahcurah. alangkah heaven kalau masa tu aku masih dalam selimut berpelukan bersama bantal busuk merah aku tu. nikmat oh.


rasarasa, best tak bila kena kerja time weekend? oh ye, boleh ambik replacement cuti. tp lagi berapa hari lah sangat aku kat sini. rugi oh. takpelah, demi sayangkan bos, demi sayangkan kerjaya, aku sanggupkan diri. wallah.. sejak biler aku jadi penyayang, lagilagi dengan bos botak askar komando tu? ah betul ke aku eja komando tu? persetan kan itu semua. oh pelis, sape tak tau, bos aku komando hokeh. tapi ai dun like, sebab si bos komando itu banyak menyusahkan hidup aku & merobek hati aku! pissed off.


oklah, aku nak sambung buat kerja. ekceli aku saja curi masa sekejap, sebab dah seminggu dah tak hapdate apeape, aku cuma rindu nak merapu jer. hohoho. adios.






"salam sayang dari bangladesh". uhuk!--aku & bantal busuk merah kesayangkuw, ehh & rambut baru jugak. kontot sudah!-- :p


Onitsuka Tiger satu!

Orang kata kalau first time tengok, kita dah jatuh cinta, itu namanya chinta pandang pertama. camno pulak bila kali pertama terpandang kasut, dah tersuka? oh dem dem dem. itu  nafsu serakah haram jaddah yer kawankawan. realitinya, itu yang aku alami buat masa sekarang yaw!


Dua hari lepas baca majalah RAPI cover depan elyana. my ouh my, elyana show off kasut Onisuka Tiger dia. pergh, memang chantik kot. yes, memang chantik sangat. aku nak satuu!!!! TAPI search kat internet macam takde jer pattern elyana tuh. 


Sekarang aku dah mula berjinakjinak mengumpul sneakers. last two weeks aku dah merembat hush puppies sepasang, so tunggu next gaji, kasi rembat Onitska Tiger pula yaw. eh macham manyak je duit kau? oh tidakla berduit sangat, cuma me"reward" diri sendiri, itu elok untuk tumbesaran otak yang sehat! juga bagus untuk proses  membothak lichinkan kepala serta mendapat kepala dari jenis yang berpulau. ^__^


okeh, sekarang aku nak menunjukkan keghairahan aku meng"search" kasutkasut onitsuka tiger yang agak chantik & seksi. cekedoutttt!!!




Aku suka sebab ada kaler pink, tapi aku hanya suka, tak mungkin akan beli pink sebab aku segan nak pakai pink. hohoho



yang ini super CHANTIK! harga RM 285. memang seksi da boom!


yang ini pun sempoi. simple and adorable. miahaha

ini juga OK

mencapap itu perlu. itulah gunanya warna warna striking ;p


ok,siap sudah sessi mengoogle. sekarang sessi untuk berjimat cermat. hujung bulan boleh beli.:)
tata

Salam Sayang,