Pages

Kek Coklat Kukus

Salam




Apa kabar la korang semua kan. hope sihat la semuanya. aminnn :)


lately saya suke sangat memasak. konon-konon la. hari tu terbuat donut, terbuat yong taufu, terbuat karipap. lagi? hehe. takde dah, itu jer.


So weekend hari tu, terbuat kek coklat kukus. kakak saya punya resepi. try punya try, sekali menjadi lah pulak! dah la menjadi, sedap pulak tu. hakhakhak! masuk lif tekan sendiri


Okay, marilah kite same-same belajar bagaimana nak buat kek coklat kukus yg moist gitu. :)




RESEPI

Bahan A

1 cawan susu segar perisa coklat, 
1 cawan serbuk koko, 
1 cawan susu pekat, 
1 cawan gula,
1 cawan minyak masak

Bahan B

4 biji telur

Bahan C

1 cawan tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat --guna sudu kfc saje
1 sudu baking powder -- guna sudu kfc saje
***diayak***



cara-cara nyerrr :-

-- masak Bahan A diatas api yg perlahan
-- kacau hingga sebati

--kemudian blender Bahan B

lepas dah setel step-step diatas..........

--masukkan Bahan B dan Bahan C kedalam Bahan A. (jangan tak paham pulak. hehe)
--masukkan secara berselang seli dalam bekas Bahan A.
--kacau sebati, dan masukkan ke dalam loyang yang dah disapu marjerin.
--panaskan kukus, dan kukus sehingga 45 minit- 1 jam..

Utk membuat Topping kek

-1/2 cawan serbuk koko
-1/2 cawan susu pekat
-1 sudu marjerin
-2 sudu kecik air 

----panaskan secara double boiler. kacau sehingga sebati. maka boleh la diletakkan atas kek bile kek dah siap nanti :)




TIPS MEMASAK -INI SERIUS-: pastikan korang letakkan aluminium foil dalam pada penutup kukus tu, sebab takmo kejadian Kek berlubang macam kawah bulan. hikhikhik. sekian.....~~


Senang je kan?? 

okay, meh nak show off sikit kek coklat kukus yang saye buat. 






dari segi hiasan, agak sememeh yer disitu dengan topping yang merembes tak tentu hala. lain taun cuba lagi! USAHA PASTI JAYA! :)

sekian, bye byee ........


sakit gigi...................ehhh sakit gusi lah!

salam.


hye korang.


nak cerita pasal hari ni.


sakit gusi lahh pulakkk. pagi-pagi kepala dah berdenyut kencang. sume disebabkan gusi belah hujung, bengkak. macam nak tumbuh gigi pulak kat hujung-hujung dunia tu. layankan ajeeee. tapi sakit lah! huhuuuhu







amacam? ada muka orang sakit gusi tak? haha, dah laen macam je gaya ni. kbai~

saya careless? ha ah, memang punnnnnnnnn.........



1)  saya pegi kenduri kawen kawan saya. pegi dengan abg saya. lepas balik kenduri, plan nak lepak rumah abg saya sekejap. bawak sushi sekali  konon2 nak makan sambil lepak2 kat rumah abg sy. dah bawak naik sushi, TAPI tak makan pon.. dalam plastik sushi ada kunci rumah sewa sy. pukul 5 ptg plan nak balik umah. pukul 5:40 sampai parking umah sg besi. sekali check-check kunci rumah, takde dalam beg. normal practice letak kunci rumah dalam beg, sekali terlebih genius pegi letak dalam plastik sushi. plastik sushi plak kat rumah abg sy. maka itu careless namanyewww!! 




2)   jumaat lepas pegi kaunter CIMB utk mintak approval monthly deduction for insurans purpose. sain sana, sain sini. sekali tersain kat ruangan bank officer. hukhukhuk. maka tak memasal apply form tu kena reject. tapi salah saya, sebab careless. again? huhu




3)  pegi kaunter CIMB lagi. konon2 nak tukar kad cimb yang dah bertahun dipakai tapi tak reti-reti nak tukar yg cantek sikit . maka terus apply tukar kad debit + atm kad yg baru. kakak bank bagi instruction suruh tukar  pin number, tapi dia takde nak ingatkan ai suruh pegi  buat on the spot and make sure tak lebih dari 24jam. yg ai pon selenger jugak, nak kena suruh baru nak buat. huk3. maka lepas kad siap terus menonong pegi kat parking kereta sambil lalala kemudian terus blah balik opis. lepas 2hari kejadian tukar kad atm tu, baru la ai tersedar dari koma. kire dlm situasi ni, ai dah macam gadis dalam koma yang baru sedar dari koma sebab LEPAS DUA HARI BARU NAK TERINGAT. sangat tak bagus. apekah?? pun careless jugak namanyer. plus NYANYUK...............


 4)   hari sabtu pagi, bangun pagi-pagi konon-konon nak masak mee kari sedap  terbaek dari ladang (kenkadang ayat saya suke nak over2 kan) huhu. ampunn........ OK, kemudian rajinkan diri bukak semua tingkap, tingkap dapur, tingkap bilik, tingkap bilik air? erk.hhihi. cuaca pagi tu terang jer, tak bajet nak hujan. lepas masak, lepas makan-makan, plan nak pegi jusco. memula rasa nak tutup tingkap, tapi rasa macam tak hujan , so terus la keluar tanpa rasa bersalah. sekali balik rumah, tengok dapur dah banjir. banjir kilat namanyerrr.. hadoi. nasib baik dapur. kalau bilik yg basah, or tilam yg basah? tidur atas tilam air laaa nampaknyerrrr........




so, itu jela nak story pasal kekhilafan diri sendiri. huk huk huk. apekah faktor usia menyebabkan saya jadi sebegini rupa? .......................................







kahwin oh kahwin, besar oh besar. plus lebar jugak!

salam.


amboi, takuittt baca tajuk entry sendiri. huhu.


last week ai pegi kenduri kahwin sharina, ex teknik. sangat cantik lah baju sharina. kuning and hitam. ditambah pulak dengan kulit sharina yang putisss gebu tu, memang cun lah!


ai pegi dengan bakal pengantin lah! hehe. kuat betul laa bau nasi minyak. ai pegi dengan bakal puan IMAN and puan HAJAR.  semua pakai baju cun-cun belaka :) memandangkan diorang berdua pon akan kawin dalam msa terdekat ni, haruslah rajin tunjuk muka gi wedding kengkawan kan. hihiks~


tapi ada 1 hal yang tak cun. bila tengah seronok-seronok snap gambar tu. tetibe terperasan gambar-gambar yg diambik tu tak memberangsangkan! HUHU....


tak memberangsangkan tu ialah sebab dalam gambar ai kelihatan macham macho-macho gitu, dlam erti kata laen, nampok gagah sikit. heheheh!!! eeeiii MENCI! gagah lah, sebab macham demokkkkkk sikit. oh ai tak sukeee!!!!! huhuhuhu


acane nak bagi kuwos balik??? kalau ai dah beranak 2 ke, kira acceptable la biler nampak lebor cengitu. UHUK!!! k lah, bagi korang tatap sikit gambar kahwin sharina. malangnyer takde pun jumpa budak teknik on that day. maybe diorang datang lambat sikit kot?




PUAN sharina :)



to be PUAN hajar :)



to be PUAN iman



ambik berkat. :D



ala tomei-tomei



sama cantik, sama padan. menariksss!




the hantaranss




jeng.. jeng..jeng..hajar try pose, sebab tak lama lagik dia punya turn pulak! :)



oooo mai giiiiieee!!! demoknye org baju ijau tuh




HAAA, pic ni lah yang ai rasa nak lari terjun sungai bila tengok bebanyak kali. UHUK!!











hikss. ai suke pic ni sebab pipi macam tersorok sikit walopun tak sepenuhnya. plus pewot jugak tersorok! YESS ! hik hik hik~~

pic kredit to fb iman



sekian. lepas ni kenduri iman dengan hajar pule. owh diorang sudah request HADIAH. hik hik. sabar yer korang! :D ^___^


p/s : semoga sharina and husband bahagia hingga ke akhir hayat. and cepat-cepat dapat baby, biar comeyy macham sharina!



Wishlist yang bikin kepala berpulau *BOTAK*

saya nak Samsung galaxy Note sebijik! 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






harus kerja kerassss ^___^

duit claim, cepattttttttttttttt!!, come to mama~~~ngeeee

9.11.11- rumah manis rumah TERNODA!

salam..


semalam, balik kerja, perasaan mcm happy sebab dapat balik awal, plus jalan tak jam sangat. plus lagi, ada drama baru nak gantikan drama Soffiya ittew. TAPI ada sesuatu yang tak best berlaku bila ai sampai aje kat depan pintu rumah, semua benda manis-manis yang bermain kat minda tadi melayang, terbang dibawak angin secara tetiba.




sesampai depan pintu rumah, tengok-tengok grill dah terbukak separuh, kunci solex tu pun dah takde kat grill ittew. maka cepat-cepat bukak pintu rumah. lepas tu terus terkejut beruk matyeh la ai bila masuk-masuk rumah tengok rumah selerak. sebab???


sebab ada umat manusia yang masuk mencuri time ai pergi koreje. oh sangat-sangat la sedih time tu. tengok kat depan tv macam bersepah-sepah, masuk bilik baju, lagi la bersepah, habis terabur segala barang-barang, segala kotak-kotak, habis diselongkar dek manusia pencuri ittew!!!!!


maka cepat-cepat rasa nak nangis. huhu. sebab check kat tepi tv, laptop dah takde, kena ambik. lepas tu, budak pencuri tongong tu ambik spec mata rabun ai yang baru ai pakai tak sampai sebulan woi. menangisssss ai dibuatnyer! check lagi, duit syiling yang ai simpan dalam bilik ade lah dalam 80hengget pun takde jugak. oh man, memang sedih. lagi 1 yang buat ai sedih rasa nak menyumpah seranah sebab ai baru balik langkawi. ade la seketul dua cekelat. eh tak sebenarnye. lebih dari seketul dua!!! ai beli cekelat manyak-manyak-manyak. cekelat daim , hershey, ferrero rocher pon ada yang kunun-kunun nak bagi kengkawan..pon lesap jugak. dia tinggalkan sekotak jer cekelat yang ai rasa memang dia sengaja tinggalkan, konon-konon agaknya nak bagi ai hilangkan stress disebabkan perangai syaitonirojim diorang ittew! memang badigol soot punya pencuri. curi benda makan, memang kirim salam laaaa ai nak halalkan okey! huhuhu. gerrammmm!!


dalam banyak-banyak barang, pelik kenapa si pencuri tu tak curi tv ke, dvd player ke. ni tak, dia curi kad astro and remote astro. sabor jelah, memang terasa mcm dalam hutan la ai sekejap lepas ni sebab takde hiburan kat rumah. da lah duduk sebatang kera, bertambah kera lahhhh. huhuuhu T______T


pada korang-korang semua, ambik iktibar lah yer. macam ai, ai kunci jer pintu rumah, dah letak solex, dah kunci grill. tapi kalau nama pun pencuri, macam-macam cara la diorang guna utk masuk dalam rumah tu. ai dah buat police report. tapi macam mustahil la nak dapat balik barang-barang ai yang hilang tu kan. cuma mampu berdoa jelah. biar org yang buat tu dapat balasan. sekarang ni senang je. tak payah nak tunggu balasan akhirat, kalau Allah nak balas, kat atas dunia lagi Allah dah bagi balasan ^_^. cash and carry gituh. :)


cuma sekarang ni, kalau time tido malam-malam tu, macam risau sikit. and paling ditakuti ialah saat nak meninggalkan rumah.. sebab apa-apa kemungkinan boleh berlaku. huhu. for now, harus la kena bersabar, and kalau boleh nak cari rumah laen, nak pindahhh!! T___________T


kat sini ai letak sikit pic rumah ai yang dah macam kena tsunami, memang pandai betul laaa budak pencuri ni buat sepah rumah orang. 




dah macam orang ada anak 11 orang dah gayanya



habis disepahkan bantal-bantal busuk ai. oo, bantal busukkk ai tak nak pulak korang ambik yer!! eee, geram nyer!



bersepah tudung-tudung ai. eeee, kuangjaqqqqq!!



 ok, dah lah. itu jer. tunjuk pic lebih-lebih pun, bukan korang nak tolong kemas pun. hikss!!




mood sekarang : banyakkan gelak ketawa sebab hari ni balik rumah still tak tau apa nasib seterusnya. harap-harap kejadian yang sama tak berulang kembali T____T (nangis jauh-jauh)...............~~~







Nak belajar buat Doodle please?

salam.


haha. tajuk tak boleh tahannnn. nak belajar buat doodle?
eh eh. 


ye lah, suka sangat tengok doodle kiut miut, TAPI saya tak berseni. HAHA


tengok doodle orang lain semua kiut-kiut. geram jer tengok. hehe.



HAHA. cepat gelakkan doodle sy nih T_____________T 
ni percubaan pertama buat doodle. hihi. betapa tak cantiknyer.nampak garisan hasil dari KEGIGILAN TANGAN sy! hihi~

kenapa orang lain boleh buat doodle cecantik?? huk huk huk!


haha, ekceli rasa kelakar tengok doodle sendiri. TAK BERSENI langsung. huhu T_______T


anyone? ajarkan sy doodle please?

ajarkan cemana nak colorkan doodle, guna PAINT TOOL SAI. please??? ^__^


Mari Buat Senaman Hidung!

Salam semua!


Nak reveal sikit pasal Senaman Hidung yang hanya sesetengah orang saja boleh lakukan. contoh manusia  yang terpaksa lakukan senaman hidung, tak lain tak bukan ialah saya!


sebab ape?


sebab ada orang gila meroyan kencing dalam lif kat umah saya!


tak pasti samada orang tu buat-buat gila meroyan lalu beliau pun kencing atau ada sakit sawan kencing merata-rata? takpun, ada penyakit takleh tahan kencing. huk huk huk.. memang takde sivic punye orang! geram sungguhhhh lah! dah lah saya duduk tingkat tujuhbelas! nak menahan hidung dari bernafas dalam tempat yang kecik tu, maybe muka dah naik biru mulut buih-buih bila sampai tingkat tujuhbelas nanti. sabau jeklah!




bukan sekali dua ada orang kencing dalam lif ni, tapi dalam sebulan tu ade la 4,5 kali. eeee, pengotor. uwek!!




nota kaki : patut potong jer anu orang yang kencing dalam lif tuu.

Gila Drama!

Salam

amboi sunyi sepi je blog ni lagi-lagi lepas raya hari tu. apa yg dibusykan pun, tidaklah diketahui. hehe. sebenarnye mood berblog kelam... tenggelam. just blogwalking yang mampu dibuat dek orang malas ni. suka baca blog blogger-blogger lain je. silent is better. tak gitu? tapi kalau berbulan-bulan silence nye, org ingat owner blog dah arwah pule. AMPUNN!

sebenarnye, nak share kegilaan ai sejak akhir-akhir ni. sampai merela balik opis seawal yang mampu. paling mampu dan rekod terawal pernah dibuat dek sy ialah pukul 5:30ptg. thehe. tu dah habis awal dah tuuuu. tapi sekali jelah.  tu sebab nak balik tengok drama Soffiya. gila best  kooo cite tu. suke sangat tengok Tiz Zaqyah yg super cun tu berlakon. tapi si Izara Aishah tu ada sikit-sikit gaya macham Fouziah Gous. and petang ni harus sampai rumah sebelum pukul 7, sebab mebi Soffiya kawin dengan Kamal petang ni. agak jelah. hehe.


Lepas tu pulak, drama yg tengah in sekarang, ialah Jiwa dan Lara. yang ni ada kalanya ai terskip sebab dah tidurrrr kroh kroh, maklum la, nama pun bebi. sejak makin bebi ni, makin cepat tidurnyeeee.

Jiwa dan Lara nie jadik best sebab ada abang Aaron Aziz, walaupun dalam tu dia jadi Zaman yang maha jahat, menyampah ai. walau menyampah, tetap sanggupppp tengok hokey.


Kendian, next drama is Cinta Elysa. yang ini memang ai gila sangat sebab ada si Botak Juvana yang berlakon. walaupun dalam tu dia kerek-kerek tapi tetap comel di hati ai. hak3!

lagi satu, OST drama nie sangat sangat la sedap, mcm sedih-sedih gitu lagunyewww. kisah dondeng by stacy.maka harusla tengok tetiap minggu. sanggup kuar dinner lambat kooo, sebab nak tunggu citer tu habis pukul 10mlm!



kendian lagi, drama Suria di Cordoba. yang ni ai suka tengok sebab ada Sari Yanti yang kecik molek comey lotey, ada fahrin ahmad and ady putra. semua yg elok-elok jer yang berlakon drama ni.hik3.~

ai suka tengok mekap sari yanti yg neutraleeeee aje, takde tebal-tebal sangat. just nice and suit her . lagipun dia mmg dah sedia maklum chantik tertariks kan.



ok, maka itu jelah nak share ye dengan korang. dengan adanya drama-drama mcm ni, menyusahkan ai nak keluar memalam. hehe. motif  takmo download? maklum la, internet kat opis ni serba serbi nak di block nyewww.. tak kuasa mak cemah hoi!



nota kaki : jangan dikutuk drama melayu.. sape lagi yang nak tengok drama Melayu kalau bukan orang melayu macam ai.. :-)

Salam aidilfitri *lambat benor engko wish*

salam n salam aidilfitri to all of u :)

lama tak berhapdet belog nie. ucapan salam raya pun baru ni lah nak wish. nampak sangat bizi, time raya tu toksah cakap la, bizi tahap resakse gordon dah. nak mekap di pagi raya pun tak sempat dah sebab sibuk mengerjakan benda masak memasak kat dapur. harus ler khen, budak rajin (geli adik beradik aku baca ni gamaknyer)


sana sini sibuk duk hapdate pasal raya. lepas tu pasal open house. ai? huhu. takde ape nak hapdate sebab lately rase macam malas benor nak citer itu ini. dah tak serajin masa muda muda dulu. mebi sebab ? entah, takleh nak describe sebab ape. hoho.

gambar raya pon takde tepek kat belog pon. tengok la, esok lusa, kalau mood rajin menerpa, ada la sekutil dua pic raya. eleh, korang bukan nak tengok pun kan ai versi hari raya. hehe. tapi raya tahun nie meriah sebab sume sibling ade. taun depan ada la yg takde sebab ikut giliran katenyewwwwww. hukhuk!

okay la, ai saje gataigatai nak menaip, padahal takde isi pon entry ni. nama pon blog picisan. so paham paham lah. sesambil menunggu run apps, itu lah sebab duk taip menda alah ni.


oklah kengkawan sume,ai undur diri dulu. selamat beropen house :) n selamat menambahkan lemak yer. (nk wish jugak sebab mcm tak aci bila aku sensorang tambah berlemak lepas raya nie)......

TAK SEMANGAT NAK RAYA

yezza, tak semangat nak raya.  menciiiiiiiiiiiiiiii macam ni..ok bai!!!

raya! raya! raya~

salam ppl.

semalam ai soping barang rumah untuk rumah baru mak ai. memandangkan mak ai kat kampung ada buat rumah baru, maka nya nak lah deco deco sikit. maka ai terbeli lah lampu untuk rumah mak.

beli kat puchong je pun. penat meredah jem dari sg besi ke puchong, finally sampai jugak ke kedai lampu ittew. abang ai yg duk suruh pegi kedai tu, murah katenyewww. sekali pegi, terus mata duitan ni bertukar jadi bling bling. lip lap lip lap gituh. sebab bila dh duk kedai lampu, terus bajet terasa muka suci gituh, disimbah limpahan lelampu.

meh nak show off lampu raya mak ai. harap harap mak suka, bukan mak je, hope sume orang suka. namo la ade yg kutuk lampu ittew. hehe. penat tau ai beli, kalo ada yg kutuk, mau merajuk takmo makan nasik seminggu. ok, seminggu jek pun....



 ni lampu bila tak on suiz
tadaa.. ni la bila dh on suiz. siap bole pusing tau. okay, dh puas show off. ngeh3~

lampu ni ada 3 juntaian. wah, juntaian katanyewwwwww. ok, lampu da beli, so da bole raya sekarang. sedey ai tau, baju raya takde sepasang pon lagik, tapi lampu nie jugak yg ai beli. thehe. tapi takper, tema raya ai tahun ni, BATIK. tak kisah la, kain batik lepas mak ai ke, kain batik jawa ke, baju batik rasmi masa zaman sekolah dolu ke, sume bole. janji ada baju rayaa!~~*propa sangat okey!


KERA yang sumbang

yezza.


i felt so kera today. sesangat terserlah ke ke ra an itu pada hari ini. thank yewwww coz make me felt like a kera sumbangsss. tadada. mood nak ghaye melebih lebih tapi tak berapa nak lebih sangat biler GAJI TAK MASUK MASUK LAGI. bos suruh raya pakai kain batik je kut.






ai bukan spesis kera yang ini. ai manusia normal tau. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............



Sekian!

Andai ini Ramadhanku yang terakhir

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi


Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini.. 


ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………