Pages

Sedap kan, makan angin?

assalam semua..

hari ni 1st day bekerja setelah bercuti bermula hari khamis lepas sehingga semalam. ada lemau sikit ye.

fyi, last week, sy and kwn-kwn buat trip jelajah utara. dari kl ke kedah-penang-perak-pahang.

tujuan utama sebab nak jumpa kwn-kwn kat sana and imbau kenangan la konon-konon. hahah.. maklumlah, bila usia dah mcm ni, jiwa pun bertukar jadi sentimental sikit. sampaikan tengok pisang goreng pon boleh bertukar jadik sentimental. hover sangat tau.

overall, trip ni ialah best and tak best. kira fair lah. ada part best, ada part tak best. and siap boleh learn a lesson plak lagi dari trip nie.

part yg best tu ada banyak, first of all part makan-makan lah. see the body saje pon dah bole agak sy suka makan. yang ke-2, trip ni best sbb boleh jumpa kwn-kwn yg da lama tak jumpa.

part yang tak besh tu pulak, ialah........ biar la rahsia. huk3. just learn a lesson aje lah. chillllll yo ^__^

okay, nanti saya review lagi pasal trip nie. hari ni masih lagi berasa dalam blues sebab dah lama sangat bercuti. paling over bila pepagi tadi rasa nak sambung cuti lagi sehari. nasib baik sedar diri, cepat-cepat cancel niat tak murni itu.

okay, last but not least, marilah tatap pic trip tu. tapi sikit aje lah, ni pon pic dalam henpon. pic dalam kamera belum transfer dlm lappy. later ai upload banyak lagi.


 snap pic sendiri jelah, sebab guna henpon je pon. huk3

 steamboat time- cameron

 siyesly kali ni pegi cameron, meroyan bila tengok bunga. dulu-dulu tengok bunga tak plak rasa nak beli.kali ni, semua bunga rasa nak beli. siyes rambang mata!

 balik ke kl ikut tapah. tersangatlah peningnye. jalan mcm ular belok-belok. bahaya pulak tuh. singgah lata mangeshkar. eh slah. lata iskandar daaa.....


 HAHAHAHA. rase nak gelak tengok pic nie sebab dagu macam BOTOX gitu. ekceli ni bukannya sebab ape pon, ni sebab tudung tu tertutup dagu sket, tu yg nampak efek shape mcm botox 5kilo tuh. hikhikhik~







OKAY, sekian. bui bui ~

Dulu lain, sekarang lain

salam uols.


Sejak bertudung secara serius bulan Julai 2011, saya memang gila sangat dengan tudung fareeda. sekali pergi fareeda, saya beli sampai berbelas-belas tudung, bayar sampai almost 1k untuk tudung-tudung tu. macam membazir kan, tapi puas hati. hehe.. tapi, itu dulu.









Lepas 5 bulan , tetibe dah realize muka saya makin nampak lebar, plus bulat-bulat roundbout gitu, tapi ade hati lagi tuh nak pakai tudung berawning. hehe. maka try pakai tudung bawal, and sepupu sepapat tudung ala-ala bawal, macam satin, and soft cotton tu. sangat-sangat selesa, plus muka lebar saya sedikit tersorok disitu. hehe. tudung trick. :p






walaupun leceh sikit tudung bawal ni sebab nak kena iron bila time nak pakai, or kadang kala bila dah terletak elok atas kepala, timbul masalah tudung selebet sebab tudung macam tak betul, tapi tetap OKAY bagi sy. bila hati dah suka... semua pun OKAY. hehe. :p




OKAY lah. dah petang. bukan masa untuk membebel sangat. sekarang tiba time nak packing, nak balik keje dah! :)


rasa macam nak buat pre love fareeda. sebab ade 2helai lagi yg dah berbulan-bulan dibeli, masih tak pakai2 lagi!



Apa yang lawak nye pun? memang melawakkan pun.......

salam uols semua






minggu depan dah nak cuti sebab kaum cina nak sambut CNY. alangkah seronotnye dapat bercuti selama 4hari, walaupun cuti tu hanya balik ke kampung, and dah pastinya kena memasak, kena jemur kain baju, tapi tak kesahlah, janji boleh relax sikit.






walaupun cuti tu start minggu depan, tapi mood cuti dah terasa dahhhh sekarang nih...maklumlah..... mood nak cuti tu mestilah kena lebih sikit. hover ko kan, macam tak pernah dapat cuti je gayanya.




okaylah. hari nie sebenarnya saya nak cerita pasal MOOD.




sume orang ade mood. mood ni ada macam-macam. takyah describe pon semua orang tau. kalau kat facebook tu, bersepah umat manusia yang menyatakan mood secara terang-terangan kat status update diorang.


macam saye, pagi td memang mood ke laut laaahh time nak bersiap pegi keje. time tengah iron baju tu, boleh plak pikir "eh hari ni , kalau MC pon chantekk niii". tapi nasib baiklahhh bisikan syaiton tu tak power sangat, maka terbantut  lah hasrat murni nak MC ituh. 


lepas dh bersiap-siap dengan bedak pun tak pakai *kate takde mood, mane boleh mekap2 sangat, terus je la masuk dalam kereta, sekali lagi rase malas plus menyesal pegi keje sebab jalan kat kuchai lama itu jam pulak sesangat hover dan hazab, tak macam selalu.. TAPI....


mood yang takde tadi bertukar bila on dorio radio ERA, sekali dengar JoHaRa pagi ERA, dengar aje gelak "hahahhahahhhhaha" johan tuh, terus senyum sensorang.


 johara tu ialah gabungan johan, hanif dan ray.




memang ada orang kata, gelak johan dalam segmen johara pagi era tu sedikit annoying, tapi kesah pulak aku. hahaha. sebab bila dengar celoteh johan dalam tu, dibantu plak oleh ray dan hanif, terus jer mood happy. dah tak berapa nak  meroyan sangat dh nak bila time nak pegi kejaaa. see, kuat tak kuat nya pengaruh hiburan dan radio dlm kehidupan. hihi..


so saya syorkan, pada sape-sape yang boleh terima and masuk dgn  lawak johan, boleh la layan johara pagi era. bukan ape, ade sesetengah orang yg rasa johan tu annoying, but for me, he's talented. ada ciri-ciri pelawak yang memang lawak, yg masuk air and ting-tong jugakk. kire boleyy la nak buat gelak. 




gelak bile time johan jadi mak jemah..nak pitam ai gelak hokeyhh






okay, itu je pon nak share. meh kite pakat pasang radio ERA dengar johara pagi era. lalala~




*dulu kalau pagi-pagi suka dengar gandingan kerinting 3, kat suria fm tu. sekarang? tak mau dahhhh .... sebab ade kenchana dewi. hik3. 

30 minit Ustaz Don

Salam uolss




hari ni nak promote Ustaz Don lah! 








korang pernah ke tengok rancangan kat tv Alhijrah, 30 Minit Ustaz Don? 






Kalau tak pernah tengok, sile lah tengok. tengok sekali, lepas tu pasti nak tengok lagi, lagi dan lagi !!


sebab ape?


sebab ustaz don nie, dia menyampaikan dakwah dia secara sempoiii dan bersahaja, ada unsur-unsur lawak. dan yang paling pentingnya, hujah yg disampaikan oleh ustaz don sangatlah jelas dan mudah difahami. remaja sure suka! sebab saye pon remaja! yeke remaja??? :p




ustaz don ni selain daripada sedap mata memandang, heheehee, beliau sgt lah mesra penonton. and dia taklah macam baca skrip sangat kan, sebab dia begitu bersahaja. suke buat lawak, dicampur dengan slang kedah dia tuh..


malam semalam, saye berkesempatan ikuti rancangan ustaz don. ustaz don bincangkan pasal syarat sah solat. dia terangkan dari 1-9 syarat sah solat. dah setel terangkan kesembilan syarat sah solat, ustaz don elaborate pulak 1 persatu daripada 9 point syarat sah solat.


maka semalam ustaz don terangkan tentang "menentukan waktu solat", siap buat amali lagi camane nak tentukan dah masuk waktu solat atau belum.. sebenarnye macam sedikit terkesan bila ustaz don kate, berdasarkan kajian yang dilakukan di lembah klang, sebanyak 80% yang bersembahyang di hujung waktu solat. dasyat kan.....


sebab ustaz don kate, solat di akhir waktu tak digalakkan . sebab masa tu lah pertukaran waktu solat, maka tak digalakkan.....alah, ramai orang yang tau, tapi tetap buat. contoh, macam saye penah la terbuat... sekali 2 terbuat, mase kat opis. sebab kadang-kadang khusyuk buat keje sampai tak sedar lagi 5,6  minit nak masuk waktu asar. maka cepat-cepat solat zohor, then asar sekali. 



Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu :
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". 
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya". 
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)- Sumber




maka lepas ni janji pada diri sendiri, tak nak dah solat zohor lambat. sebab solat lain tu takde masalah. cuma zohor - asar ni yg jadi masalah sikit, sebab kat opis kan time tu.. nak berubah seribu daya kan.. hurmmm, tapi ada sesetengah tu, yang sengaja melewatkan solat zohor, dan solat asar dalam 1 wudhuk sebab sayangkan mekap, mekap mahal katenyerr. hukhukhuk.  tak mau dahhhh *tiru gaya iklan pantene.....same-samelah kite berubah ke arah kebaikan ye:)


OKAY. berguna tak menonton rancangan 30 minit bersama uszat don ni?


kalau nak tau berguna atau tak berguna, jom sama-sama kita tengok okay....


30 minit ustaz don
setiap isnin hingga rabu
10:00 mlm , siaran tv al-hijrah 

Isnin : Fardhu Ain
Selasa : Hukum Tajwid
Rabu: Fardhu Ain (Bab 2)


OKAY.

Rancangan nie amat terkesan di hati sanubari. alhamdulillah :)

Tetap Nak Cakap Ombak Rindu itu Best!

Salam uols. hi and selamat hari jumaat ;)

yeahhh..................... itu dia tajuk entry pasal movie lah pulak. 
sebenarnye tertengok movie Ombak Rindu. itu pun lepas ramai orang laen dah lama tengok, and saye pulak baru sekarang terkecoh-kecoh nak heboh, sbb saye jugak dah tengok. semalam. hihi



Menggila kejap sebab suke sangat dengan abang aaron ajis. 
selalu mata ni, kalau pukul 1130 malam, dah sampai time la tu utk tertutup, 
tapi semalam abang aaron ajis punya pasal, sanggup bersengkang mata....hihi..sangat..

boleh pulak menangis tengok cerita nieeeee, bajet feeling sangat konon bila  tengok part izzah kena buli dengan haris. kau kejam haris!!! walaupun kejam tapi kau hensem!!?? apekah?

walaupun sebelum menonton movie ni, saye dah baca banyak jugak bad review pasal Ombak Rindu ni, tapi saye tetap tak kesssah. hehe. WALAUPUN izzah pakai jam besar gedabak hasil penukaran suke same suke dengan haris, WALAUPUN izzah punya tudung ade masa lawak ada masa cun. WALAUPUN ... ahh malas dah saye nak pikir lagi dan lagi. hehe. TAPI ape yg penting............saye sedih hokey.........sedih. sangat.

ada banyak jugak dialog yg sy ingat, antaranye............... perlu ke? memang perlu ponnnnn

tolong jangan tenung saye mcm tu abang haris ..pittammm saye nanti...

haris
- abang rinduuuu izzah. rindu sangat sangattttt
- lepas ni jangan panggil encik haris lagi. panggil abang
- kenapa tak sally ke ... eiiii comel pon comel lah *ini untuk nama kucen izzah
- kau memang perempuan murahan! aku kutip kat tepi jalan macam mana kau kutip kucing kau tu! *yang ni saye rase nak lempang-lempang harris, harris okayy.... bukan aaron ajis okaaay!

tudung izzah tak cun time nie. kena baiki sikit yer izzah.

izzah
- cinta itu tidak kejam. cuma manusia yg tak pandai menghargai cinta
- ambillah jam izzah sebagai hantaran
- saya takkan menuntut sebarang hak sebagai isteri 
- izzah tak mengandung. memang bila datang bulan izzah selalu muntah dan mual2 *time ni sumpah rasa kesian kat izzah.time ni lah pon air mata merembes. hambikk.ayat novel ko..
 

mila yang banyak meroyan
- surprise surprise !
- tekejut kan ? i pon tekejut. u jgn bagitau haghis tau. haghi ni birthday dia. i ader supghise utk dia. i belikan jam sbb i tengok jam lama dia tu bughok..!
- one day i will make sure that u will deadly in love with me!
- itu bukan ghedha tapi pasghah! ghedha itu ikhlas, pasghah itu menyeghah
- siall. SIALLLL !


peace yoo, pak dollah *tengah marah sangat time nie

pak dollah
- sufiah ! arwah suami kau dulu yg merayu2 kat aku ''dollah tolonglah dollah. bagila anak kau pada aku. aku tak mau sufiah meroyan" *comel pak dollah mase nih. kehkehkeh


hikhikhik. itu lah saje antara skrip-skrip yang mampu saye ingat. 



Kesimpulannye, overall movie nie, ialah sangat best. perasaan rasa terbuai-buai bila tengok pemandangan yg menarik sepanjang diorang berlakon. siap boleh berangan .. kalaulah dapat rumah macam yang izzah tinggal tu, alangkah.. ....berangannya aku. pemandangan kat sekitar rumah tu pon cantik sesangat, romantikkkkk. 


 serius cantik izzah time pakai shawl ni. so sweetttt

OMG. romantika de amor. nie dah nak ending cerita. ^__^


OKAY. itu aje lah setakat nie. nak cerita lebih pon tak best kalau korang pon tak tengok lagi. hahaha. saje nak berlagak kat org-org yg belum tengok  :)

7 hari mencintaiku

Salam uols.


amboi over betul tuan belog ni. bile dah termula update blog, mula lah asyik nak update je. maafkan sikap tuan belog yer. :)


kali ni, nak review psl novel 7 Hari Mencintaiku, hasil tulisan Siti Rosmizah.






Meh baca sinopsis yang ai ambik sumbernya dari google .




SINOPSIS NOVEL 7 HARI MENCINTAIKU


Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!” 

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….” 

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita? 

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. 





maap la, pic amik dr google, tak dan snap pic sendiri :) tengok, tebal, kan? but have fun!! :D




OKAY.


Amacam?Dah baca sinopsis novel hasil karya Siti Rosmizah ni? rase-rase best ke tak? Pada sy, memang best. jalan cerita dia sama dengan novel dia sebelum ni yang sy pernah baca, Kau dan Aku. yang tu pun kisah pasal kena kahwin paksa.


ade lah 3, 4 kali sy menitiskan air mata sepanjang proses nak mengkhatamkan novel ni. huhu. sampaikan masa kat ofis pun teringat-ingat pasal novel yang ditinggalkan kat rumah.


paling best, masa baca novel ni, boleh bayangkan khuzairi tu aaron aziz again?hehehhe.  Mia Adriana plak jue aziz, ala-ala manja gitu sebab mia ni manja and cantik gitu. haha. helmi plak sape tuh, benjy ank azean irdawaty. hehe. sebab dia mcm nakai-nakai sikit. haaaaaaa.. itu mcm laaa. baru la feel sket mase baca novel tu. hiksss..


OK lah, pada korang yg kaki novel and suka baca novel cintan cintun yang feeling-feeling sendu, bole lah beli novel ni. memang agak tebal la. mau makan 2,3 hari nak habis. tapi kalau GIGIH, 24jam pon boleyyyy :)


ok , itu lah saje review ai pada kali ini. ai beredar dulu. sekian. :)



Langkawi - Day 1

salam uols..




Tahun baru 2012 tak banyak pon mengubah hidup saya.  rutin masih seperti biase, pergi keje, balik keje,  tengok drama petang-petang, baca novel.  eh eh.  tak larat nak list semua. hikhik.


tapi ade kemusykilan sikit,  sebab beberapa hari ni otak ligat rewind perkara yang lepas-lepas. apekah?


ekceli  otak duk teringat nak tepek gambar pergi langkawi last year. hehe. adalah kerane disebabkan hari tu penah kate nak review, review lah sangat,  sampai dah basi cerita ni, tetap tak review jugak lagi. so, now kite kasi review sikit yekkkk.


ekceli ai pegi langkawi kali ni sebab ikut company trip. kalau tak, tak pegi pon. ai dah pernah pegi langkawi sekali before ni, tapi pegi untuk 1st time tu semata-mata untuk shopping. hehe. boleyyy? tapi kali ni, disebabkan join company trip, maka nyer terlebih la sikit aktiviti yang dilakukan, tapi shopping tetap shopping okey!


sampai-sampai jer kat langkawi airport,  company ai sewa dua buah van and terus pegi hotel untuk check in and letak barang. kami stay kat Awana Porto Malai.  selesai, terus kami pegi ke cable car station. 


sampai kat sana, colleagues discuss dengan beberapa orang salesgirl? eh eh. atau korang boleh panggil promoter? eh eh. hehe. ape-ape jelah panggilan diorang tu, yang penting, diorang tengah promote pakej untuk pegi mangrove tour or island hopping. tapi company ai memilih untuk pegi mangrove tour pada esoknye, untuk day 2 nanti. ikutkan ajelah, sebab ai tak kuar duit pun untuk trip ini, melainkan duit untuk shopping. ditaja khas katanyerrr. hiks!


lepas perbincangan pasal aktiviti tu dah setel, kitorang pun memulakan aktiviti naik cable car. seram sejuk jugak sebab nampak macam tinggi sangat-sangat. habis semua doa ai baca. hehe. sampai je kat atas tu, rasa nervous and gayat hilang bila tengok view yang sangat-sangat cantik, plus angin lembut terbang menampar lembut pipi ini. hihi. seeeee, ayat terpengaruh dengan NOVEL.


untuk day 1 kat langkawi ni, memang sangat-sangat have fun sebab merasa naik cable car, turun tangga, panjat tangga sampai kembang kempis hidung ni. hampir nak pitam kooo dibuatnye dek tangga tinggi itu. ape-ape pon, enjoy!


then , after settle aktiviti kat cable car, kitorang balik ke hotel and rest. after solat maghrib, kitorang pergi makan-makan and round-round area pantai chenang sebab malam dekat sana sangat lah happening. 


so lets layan gambar masa ai di langkawi okay *bajet macam artis lettew*


DAY 1

harus dimulakan dengan gambar ai ye. dengan lafaz bismillah. hiks :p



 langkawi dari view atas

  Tadaa. sampai dah kat tempat tinggal kami selama 3hari 2malam nanti . Awana Porto Malai

 Penat kot time ni, sebab panas. hehe

 saje nak show off beg kawan kite. hehe. cute, tapi gigi tak kaver langsung. hiks!

 muka teruja ni, konon-konon sebab 1st time nak naik cable car. menggigil lutut nieeeeee. haha. lama-lama dah OK :)

 see, betapa OK nyer muka masa ni, haha. dah lama-lama sket, hilang segala nervous, excited pulak. :p

 dah boley senyum, tandanya dah tak takut. kita enjoiceee!!

 nak terjun ke tak nak? hehe. nasib baik tak, kalau tak, tak sempat nak review :p

 ala tomei- tomeiiiiiii..


 sekali tengok dah tak kenal diri sendiri, sebab makin lebor. huk3~

 para hadirin yg hadir :)

 ini kawan saye. comel kan dia. cepat cakap YE, dia comel :)




 Macam seram sikit jambatan nie sebab goyang-goyang sikit kena tiup angin



 ini lah bos ai, suresh. betui ke ejaan tu? bantaiiiiii aje lah. hihi such a kind person. ai loike hoho. 

 tuty latifah. my bestfriend. love u lah! 

 ai yg snap pic ni, sebab jakun konon-konon ade bot tengah laju meredah lautan. cess!




 gambar secara berjemaah yang berlatarbelakangkan gunung yang tak diketahui nama nyerrr

  yeay, masa untuk mendaki. tadi turun tangga kemain laju. nak naik? hehe. penat dibuatnye.

 banyak lagi anak tangga ni, curam and tinggi, and buruk jugak tangga ni. hehe. ate dah dalam hutan, takkan nak letak tangga bermozek plak yer. hihihi

 seee, orang belakang saye tu. dah penat sebab mendaki tangga. hehe. ai pon tengah kaber idong jer tuh. hehe. penattt oii

 hehe. dalam penat-penat pon sempat peace. cool :)

 ok, dah penat berhempas pulas di puncak sane, maka turun juge kebawah dengan selamat :) alhamdulillah, syukurrr

 tak tau ape motip tuty pandang sane. hehe :p

 posing la konon. ces.

  

ok, ni lah bilik kitorang.  selesaaaaaaa and  yg paling penting, depan swimming pool.  sedapp sedapp seddap! :p


 see, dah sempat shopping tu. hehe. pantang lalu pekan kuah. pasti menyinggah :p




 konon-konon ai nak tunjuk skill nie. skill lah sangat



dah malam. sempat round-round hotel sambil tunggu orang lain utk pegi dinner 





tuty again :)

DONE. hihi. penat lah korang nak scrool ke bwh. okay, tu jelah untuk day 1. untuk day 2 nanti, akan dimulakan dengan aktiviti breakfast yg yummeh. see u guys on next entry :)