Pages

Review: E-day outfit

Salam to all lovelies :)


Since aku dah tak berminat nak separate kan blog wedding and personal aku, jadi aku akan buat review about e-day aku kat blog ini jelah. senang aku nak manage :D

Jadi hari ni aku nak teruskan  review fasal outfit yg aku pakai pada hari kejadian.

Baju aku pada hari tu, aku just sewa. sebab aku tak sempat nak tempah.  a few month before hari kejadian, aku memang outstation memanjang. maka solution yang paling senang, sewa sahaja. tak de nak pening-pening kepala. Aku pilih warna dusty pink. sweet sangat warna pink belacan itu :D since time tu aku tak kisah sangat bab warna  tema, janji tak merapu sangat. 


Aku sewa dari salah sebuah butik pengantin dekat Jerantut. Dress, veil, dan jugak tudung. total paid, RM150. 




Totally aku puas hati dengan baju tu. WALAUPUN aku rasa banyak kali aku terpijak kain sendiri. sebab kain itu ialah sangat labuh okey. oh! aku tahu aku ialah renek, tapi kakak butik tu tak berapa nak alter sangat tang kain dress tu. penyudahnya, aku cuma guna kaedah lipat pinggang kain sampai 4 kali T___T

Ekceli bahagian baju and kain ialah separate, maka kain aku makin lama makin kebawah bila aku terpijak, maka lepas tu haruslah aku sekejap2 tarik kain ke atas sikit. hukhuk. tak best okey.. 



kemain meleret kain ni. kalau pakai heels, ok lah. takkan dalam rumah aku nak sarung heels pulak kan T_T


DAN

1 hal yang aku tak puas hati, aku ialah GEMUK time aku tunang. berat aku is almost .... haha,  aku dah taip tadi, TAPI padam balik, sbb tak sanggup nak aibkan diri sendiri. mihmihmihh.. >.<




Iyerrr, aku akui itu salah aku, sebab dalam masa sebulan lagi menuju hari kejadian, aku terlebih kencang dan gigih meneroka segenap kedai makan sedap. plus selalu plak outstation kat melaka. melaka semua makanan sedap. grrrrr.. ada coconut shake, nasik lemak ayam, goreng pisangggg.  pergh. semua tu adalah menuju kearah KEGEMUKAN yg abadi......



PALING SEDIH

Bila aku tengok picca aku pada hari kejadian, aku tak sukeee sangat sebenarnye. lepas tu, kakak tunang aku cakap, aku nampak gemuk dan berisi, time tu aku rasa mcm nak tikam  diri sendiri. hahaha T__T.  TAPI memang betul pun apa diorang cakap tu. memang sedih la time tu. hati menangis siapa yg tahu :D 


Kak yati : engkau gemuk   | |    Aku: maceh.. hukhuk  T__T


SELEPAS KEJADIAN

aku tekad nak kecikkan badan. sebab aku tak nak nampak gemuk. dalam hidup aku, inilah rekod paling gemuk penah aku cipta. haha. TAK SUKA....... sepanjang hidup, tak pernah besar mcm ni  T__T 




PEMBAKAR SEMANGAT

Aku jadikan kata-kata kakak tunang aku tu sebagai  perangsang utk aku kawal makan.  kalau dia tak kata aku gemuk, aku mungkin tak reti-reti nak INSAF. aku betul-betul control makan lepas tunang tu. sampai satu tahap aku tak lalu dah tengok nasik. T__T and now, Alhamdulillah, dah berhasil usaha aku tu, dan dah kecik sikit. kalau boleh, nak maintain sampai majlis kawin nanti. bertabahlah! :) 



 harusla letak picca once dh kurus. >.< ini ialah time raya aidilfitri


dan ini yg latest. :) 




OKAY.

review baju e-day dah bertukar jadi luahan perasaan :D Maafkan daku! :D




Jadual cuti sekolah tahun 2013

Salam to all lovelies

Hari ni nak share tarikh cuti persekolahan tahun 2013

so senang lar sket sape2 nak lock date utk kawen tahun depan. tapi utk sape2 yg decide nak buat time cuti sekolah lah. time lain pun boleh je nak kawen :) Takde masalah..



okay. aku dh rase mcm ada date yang bagus. tinggal nak discuss je dengan famili kedua2 belah pihak. hope semuanya berjalan lancar. :)

ok, mari kite upload gambor tuan blog pula. memandangkan aku dh lost weight sekarang ni, maka nak la tayang sikit. wah riak kauuuuu. EH takde niat pun. mana2 pompuan pun akan hepi bila dia dah kurus. sape yang tak hepi kan bile sebelum ni badan kau ok2 je, pastu tetibe je naik mendadak sebab kau gila makan itu ini dengan senang hati, sampai bila kau bergambar, pastu post gambar kat fesbuk, semua orang nak cerca kau, " eh mengandung ke", " eh engko ke ni"." besarnye pipi" haaaaaa........ tak menitis air mata kau baca komen2 cercaan sebegitu. T___T

lepas aku tunang itu ari, aku start diet. aku ambik Herbalife. muka ade la nampak kecik sikit walaupun tak kecik mana. atleast, nampak la comel sikit. mihmihmih >.<


okay. see the different. pic kiri tu, i iz yg kat tengah2. veri the mok mok. okay.

later i update lagi. tata~



Aku yang mahu kahwin!

Salam to all lovelies :)


Yeah, finally, tanpa berselindung lagi, dengan ini diumumkan mood nak kawen is ON. 

After bertunang dh hampir 4bulan.... soklan paling femes yg ditanya, ialah BILA NAK KAHWIN. hahahahah. hahahah. hahahah. okey. itu gelak sebab nak coolkan diri sendiri yg terlampau rileks konon2 imma super cool, padahal ialah menggelabah.

seriusly lepas bertunang itu ari, aku ialah cool nak arwah. kire dah setel tunang, aku mcm boleh rileks goyang2 kaki, blog B2B langsung aku tak jenguk. but semua tu berpunca dari keje aku yang makin menggila bizinyer sekarang ni. since habis cuti raya aku dah pegi outstation, non stop setiap minggu. nak bercinta pun tak dan dah, inikan pulak nak bukak blog B2B. phew!

but now.. everything dah back to normal, which is aku dah berada kat ofis. yakni aku start pegi outstesen after raya haji nanti. now blh dikira bizi , tapi bizi2 manja je, tak bizi menggila. so aku ada masa utk gunakan kepakaran aku menggoogle segala mak nenek tips  utk rancang perkahwinan aku supaya menjadi sukses.

and memandangkan aku dah randomly plan nak nikah awal tahun depan, aku dah nak kena mulakan every single things dari sekecik-kecik hal hingga segajah-gajah hal, bermula dari sekarang. aku takmo buat semua benda last minit, sbb nanti aku yg akan tension senirik. ngertik?


Kursus Kahwin
okay. aku dah boleh buat check list dah. semua benda aku kena catit kat satu buku, memandangkan aku bukannya makin muda utk ingat semua benda. benda paling penting, is kursus kawin. aku ialah tak pegi lagi. huwaaa! tunang aku dah pegi time kursus polis itu ari, cuma aku jela kira tak settle lagi ni. tapi takpe, aku dah plan nak pegi dgn bff aku dlm waktu  yg terdekat ni. kire takde masalah lah bab kursus kawin tu.


Borang Nikah
lain2, mcm borang nikah, aku dah print dari website JAIP, memandangkan aku anak Pahang. and aku sebenarnye blur2 lagi bab wali2 semua tuh. and aku tak paham sangat bab saksi ke ape tuh. aku kena rujuk pada kawan aku yg baru nikah 2minggu lepas. or kalo ade antara B2B Pahang yg nak share anything psl prosedur nikah semua tuh, lagilah aku suka dan dialu2kan! :)

Hantaran
And esok aku dah start kena cari barang utk gubah hantaran aku. which is aku decide nak DIY. ececey. tinggi cita-cita tu. harap2 berjaya. sbb time tunang aritu pun aku buat sendiri je hantaran aku and tunang aku. begitu. utk kawin ni, aku nak guna bantal hantaran. masih memikir-mikir nak guna bantal , or instead of bantal aku boleh guna gabus yang dibalut. nak kena kaji dulu kos dan tahap senang/ susah nak buat.



*kredit to blog rilla kandadinda*
ini contoh bantal hantaran yg guna kapas


* kredit to blog http://mesdamestobe.blogspot.com *
kalo nak guna kapas ni, kena cari yg murah. anyone tau kat mane?



and yang ni guna gabus sajer. nampak kemas sikit, sebab kapas kite kena masukkan bebetul, kasi nampak kembung sama rata. yg gabus ni plak dah terbentuk lawa. tinggal nak balut dgn kain cantik je.

tapi pun nak kena survey juga mana kedai yg jual gabus murah.  phew!! bajet betul engko. :p
*kredit to belog  http://itizmine.blogspot.com *



aku prefer guna gabus. kehkehkeh. emang dasar pemalas nak sumbat2 kapas. itu hari time tunang aku borong barang2 kat kedai vivian jalan raja bot. bole tahan murah jugak la. ingat esok nak cari kat situ jugak. and boleh start buat bantal ni slow2. semoga diri sendiri sukses dalam misi pertama nanti.

Pre-wedding photoshoot
Then, aku dah berangan nakshoot utk pre-wedding sebab aku boleh guna gambar2 tu nanti utk letak kat bunting or kad kawin aku. tinggi bukan , cita-cita aku? hakhak.. aku dah pun pm Mol kat fesebuk itu ari, cuma kena tunggu tunang aku free je, baru boleh confirmkan date balik semula. Mol ni yg jadi OP Intan Norazam time nikah aritu. super cantik kn, gambar2 dia.

Door Gift
Berinspirasikan B2B jugak, aku plan nak beli kotak aje instead of bekas2 or kotak lawa2, sebab aku risau aku kecik hati nanti bile tengok orang buang merata2 je goodies bag aku itu. maka demi untuk menjaga hati sendiri and bajet , aku decide nak guna idea B2B Dyll Basri yang sangat berguna itu. harap2 kedai kek itu tak naikkan harga okey. by this week jugak aku kena pegi kedai kek tu utk check harga. kalau still murah, boleh beli terus.
*kredit to blog dyll *
OKAY, kretif kan dia? bunga seketul itu comel betul. 


Baju nikah/ sanding
Yg ini ialah tak fikir lagi. sebab tunang aku plan nak guna baju istiadat polis time sanding. so  maybe aku akan pilih dress. masih kabur2 disitu. And baju nikah jugak masih tak plan apa2, warna ape jugak masih buntu. mak aku berkenan warna putih. suci murni katenyer. aku kalau boleh nak guna warna lain cth mcm blogger  Kina guna warna biru , sbb boleh recycle  utk masa akan datang. kalau putih, segan kot nak guna lepas nikah.
*kredit to belog Kina*


Okay. itu je yang boleh aku pikir sekarang. lain2 belum terlintas lagi. bab kad kawin semua tu, OP, jugak masih kabur. sebab exact date ialah takde lagi. aku kena diskas dengan tunang dulu, and pilih date yg seswai. once date dah dapat, baru boleh bertindak lebih pantas dan bermacam2 ! :)


till then, hope ade blogger yg blh membantu and bagi tips2 or tempat2 murah nak beli barang gubahan hantaran. ya, and bunga artificial jugak. kedai mana lagi boleh pegi selain kedai Vivian jalan raja bot


Entry Bergambar

Salam!

Lama dah tak update gambar baruuu. harus peminat-peminat semua ternanti2 (matila kena carut lepasni)

Kawan aku, suzilawati, dia ialah dah selamat menjadi sorang isteri  pada 2 minggu lepas. tengah mood honeymoon kot eh sekarang nih.

mari kita tepek sedikit2 pic masa hari perkahwinan beliau yg ada dalam henpon ini. 

Dimulakan dengan gambar si pengantin. hayu jelita. ini ialah malam nikah yer.

 confirm jantung pengantin laki dup dap dup dap time nih kanz. aku pun ikut same nervous. over kan engko.

taraa.. dah selamat nikah dah ni. halal dah. tu yg pengantin duk senyum jek :p

 meh hambik aura pengantin meh. fuh! fuh! fuh! 

 besties :)

okay. belah kiri tu mungkin bakal pengantin ya. belah kanan iz no komen (jawapan artis2 sangat engko kanz)

OKAY

setel part nikah.

then tibalah hari bersanding.



 Sekali lagi, diharap agar pengantin dapat menurunkan aura pengantin itu kpd org sebelah 

 my besties :)

pengantin perempuan nampak malu2 sangat time ni. hhaa. mcm tak caye suzilawa sorg yg  pemalu >.<



Okay. nama saje hari persandingan. TAPI gambar pengantin bersanding ialah tiada okay. maapppppppppp.. .... :)

okay

 aku doakan agar suzilawa & suami, mat noor, aman bahgia kekal selamanya sampai kepintu syurga, gaduh2 manja tu biasalah kan. :)

more photo, sila stalk fesbuk aku. :D