Pages

Teaser: baju nikah

Salam.

hai hai hai. sehari ada 2 entry. lama dah tak berkelakuan sebegini rupa :D

nak cerita pasal kain nikah
inilah dia rupa bakal baju nikah saya

kain nikah ni dibeli dekat Madras Store, jalan masjid india.  range harganya dalam 140++ untuk 2meter 1/2 lace and 4 meter kain satin.  kain lace kat madras ni boleh tahan murahnya. cuba korang pergi sana. bandingkan harga dengan kedai lain. :)

Macam mana tertiba boleh masuk kat Madras Store ini?

Begini citer dia. dulu aku penah baca review sorang b2b ni, dia buat baju nikah guna kain sari. so aku pun try la masuk Madras Store. kain sari lawa2.  rambang mata. aku dah nyaris2 nak beli kain sari. tapi tunang aku tak berkenan pulak. kain sari lawaaaa kalau buat baju nikah sebabnya jenis chiffon silk, jatuh cantik je tuh kalau bikin kain yang jenis flowy2. takde rezeki aku lah tu nak nikah pakai kain sari. T_T. kain sari ni 6meter. harga dalam 100++. murah la tu. siap boleh buat shawl lagi. T-T

aku gi kedai madras ni 2kali tau. kali pertama masa nak decide  and aku decide beli kain lace. tapi masa tu hati berbelah bahagi. kali kedua aku pegi lepas hantar kain lace dekat taylor. time tu nasib baiklah aku  mampu kawal perasaan. kalau tak, aku kasi bungkus kain sari ni dan hantar taylor utk dibuat baju nikah. thehhee. :D


memang menangis bila tengok baju ini
 tangisan yg berganda
huk
huk

source by here

sangat2 adore baju afifah ni. and she's open this nikah attire for rent!! menarik, bukan?

takpelah.. harap2 baju nikah kain lace aku cantik jugak nanti bila dah jadi baju..

AMINN YA ALLAH..

:)

Projek DIY Bunga Telur

salam to all lovelies :)

Saja nak share tentang projek bunga telur yang di DIY secara sendirian berhad.

Bunga telur aku jenis bajet je, takde guna kristal ke hape. guna tisu je.

aku beli crepe paper kaler pink and biru. now tengah berusaha merajinkan diri setiap kali free. TAPI aku sekarang tiap2 minggu pun outstation. projek DIY kelaut. cuma weekend jelah masa yang ada. and memandangkan sekarang musim cuti sekolah, harus aku angkut segala barang2 utk diy bunga telur tu ke kampung. nanti aku nak buat kerahan tenaga untuk anak2 buah aku yang keboringan dikala musim cuti sekolah :D

marilah menjamu mata layan teaser yang tak berapa teaser ni.


hasil diy yang tak seberapa. mohon dipermudahkan segalanya. diberi kesihatan yg baik dan kerajinan yg berterusan. amin..


 harap2 tercapai la cita2 aku nak siapkan DIY ni. kena GIGIH, GIGIH dan GIGIH. sekian, wassalam :)




Wedding Preparation.. #1

Hai. salam semuaaa..

Blog yg tenggelam timbul kewujudan entry-entrynya

Hanya mahu mengupdate secara rawak

Date nikah/ sanding dah dapat. hanya perlu tunggu pengumuman tarikh pilihanraya, kalau kena time pilihanraya, memang kena postpone. sebaliknya, lompat lajulaju, sebab boleh kahwin on that day

Tengah gigih mencari vendor utk pelamin. nak yg murah, tapi nak pelamin mcm scha alyahya punya. :D




 baju nikah dah hantar taylor last week. harapharap outcome seperti yg diingini. 






Baju utk reception cadang nak sewa je. kalau cukup budget, teringin nak tempah. tengah berkirakira. masih gigih men'survey'.




Gilakan kain sari yg dijual di kedai bernama Madras Store, di Jln Masjid India. sampaikan nak grab sari utk dibuat baju nikah sebab sangat berkilauan sari itu dimata saya.  malangnya tunang tak suka. katanya better kain lace. hukhukhuk. tunggu eh sari, raya nanti, kita beli yek



Lepas hantar baju nikah pd taylor, nafsu makan dah serupa jin. matilah nanti baju nikah kena tetas pula. T__T. entah kenapa semangat nak kawal makan tak ada sangat. 


Hantaran for both side dah 90% settele. masingmasing ada pending 1 item on both side.



Idea utk door gift dah ada. suma kena decide yg mana satu menjimatkan dan murah serta mudah dihasilkan#dasarPengantinBudget



Bunga pahar DIY saja. ofcourse nak murah dan murah tapi cantik serta comel. tapi kena rajin dan rajin utk teruskan misi DIY bunga pahar itu  #dasarPengantinBudget


OP dah tempah. deposit dah bayar.





Utk bilik pengantin, cadar dah beli masa Sogo buat promotion "Different Cultures, One Romance promotion!" . cadar lawalawa, plus harga yg berpatutan. oh ye. langsir bilik juga dah beli, juga di Sogo.



Terpikir nak buat pre-wedding. dah survey banyak OP. tinggal nak decide dan lock date saja. tema? masih mencari. any idea?



kad kahwin baru nak design. nak tempah dekat zimie 




Sejak dh bertunang ni, tiaptiap minggu masuk sogo. botaklah..




Sejak dah bertunang jugak, dah jarang gaduh. alhamdulillah! :) takmo takmo takmoo 




OK. itu je serba sedikit yg banyak ttg wedding prep saya! Moga dipermudahkan segalanya. amin..


ok, next entry mcm nak buat teaser kain untuk nikahlah pula..

Fah Lean Floral Trading

Salam semua!

Siapa penah pergi Fah Lean Trading, kedai pemborong bunga dan jugak alat kawen-kawen, dekat Balakong? Aku dah pegi haritu. dua hari berturut-turut aku duk ulang alik gi kedai tu. sangat2-sangat menarik. and murah jugak.

bunga-bunga kat fah Lean ni  ialah artificial. walaupun bunga artificial, ada yg nampak mcm fresh flower dah. teruja oi. 





kat sini, korang boleh cari riben ke, bunga, semuaaaa la ade kat sini. nak compare to Nilai 3, aku rasa aku lebih sukakan Fah Lean. bunga-bunga pun bersepah yang gorjes2, sesuai la bagi sesape yg nak buat hantaran guna artificial flower. and buat hiasan pun cara juga. 

okay, marilah buat terapi mata dengan melihat gambar-gambar bunga di Fah Lean trading :)
















okay. pic yg last ni plak muka yg kepenatan lepas round 1 Fah Lean. kedai dia agak besar, and ialah dua tingkat. time nie aku duduk la, sebab tengah tunggu SA tu potongkan kain, utk buat alas bantal hantaran. 

FYI, aku memborong segala macam bunga and peralatan utk buat bantal hantaran aku nanti. utk kawen ni, aku dah decide nak guna bantal hantaran je. instead of guna dulang and bakul hantaran sebab time tunang dulu aku dah guna idea itu. plus idea bantal hantaran ni, kos lebih murah daripada guna segala bakul and dulang hantaran. 

pada kawan2 yg belum pernah pegi Fah Lean, boleh la google map nak ke sana. sangat senang okay. :)

nota ketot ::: Aku rasa nak kena gi Fah Lean lagi lepas ni. nak cari bunga utk letak dalam bilik :)