Pages

Hilang


Hari ini genap sebulan arwah ayah pergi meninggalkan dunia ini. Terasa berat hati ini di atas pemergian ayah tetapi ayah milik Allah. Setiap yg hidup pasti akan merasai kematian. Inshaallah kami semua akan menyusul dan kita semua dapat berkumpul semula di akhirat kelak.

"Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun, bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran, berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya, masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka"









Alhamdulillah, saya dah kawin!

Assalam uols.

Hari ni saya dah start keja after cuti 2minggu!

Lemau kejap.

Kita dah kawin. alhamdulillah :)

Meh nak letak picca seketul dua. picca ni pun semua ambik dari facebook yg org tag2 jer. hehe :)




Okay.

tu saja. later baru review ya. babai :)

Wedding Progress: Cerita Baju Sanding

Salam

Alaa, blog dah berhabuk. memang bz dan tak sempat langsung nak curi masa utk update blog. 

Sabtu lepas, sy dah pun pegi fitting baju sanding. Baju sanding ni pun ada drama. Memula memang plan nak sewa je baju tu, tapi bile tengok, macam tak berkenan pulak. So dengan begitu last minute sekali, dalam awal bulan 4, baru decide nak buat baju baru.

Kali ni, taste songket pulak dah. cancel segala mak nenek chiffon. so terus tukar and sibuk cari idea sana sini  utk baju sanding tu. google punye google, terus berkenan and sebulat suara dengan tunang, nak pakai songket. 

So lepas discussion dengan kak jes, selaku owner butik Jessica Bridal, sy dah decide nak buat peplum songket. color? haruslah hijau. ingat nak cari hijau kepala itik mcm scha awal,kak jes try cari and tak dapat. so proceed dengan plan B, hijau zamrud. haaa, pasal nama hijau kepala itik tu, kak jes la yang bgtau. cepat2 google, oh rupanye memang ade hijau kepala itik =.='

songket hijau bunga tabur


then rabu lepas, kak jes call kate baju lelaki dah siap, and baju perempuan tengah buat beading. time tu mcm lega sikit sebab dah nak siap, dalam hati risau je kot2 baju tak sempat siap, sebab gi tempah and ukur baju pun awal bulan 4 hari tu. 

then hari sabtu lepas, sy pegi butik kak jes, tengok baju hijau sy dah ada kat badan patung. haruslah sukaa sangat. then kitorg fitting. baju lelaki ok, and tunang sy kata dia sukaa. :) tak perlu alter apa2 dah. cuma baju sy kena kecikkan. wuwu. dah kurus sikit sebab peplum tu besar sikit and lengan besar sikit. and now just kena maintain jelah and takleh nak makan beria2 sangat walaupun kadang2 selamba je makan satey malam2 buta :D 

next week last fitting baju sanding. hope semuanya ok :)



now mostly banyak benda dah setel.  dokumen nikah semua dah settle. alhamdulillah. cuma ada sikit2 benda lagi yg pending. akan diusahakan utk setel sebelum majlis. pada b2b and kawan2 yg nak datang majlis sy, dialu2kan utk tinggalkan address. nanti sy pos kad ya. 

Thanks for reading!





DIY Bantal Hantaran

Salam to all lovelies

Saja nak tunjuk hasil diy bantal hantaran. 

Meh nak tunjuk gambar


 Bunga artificial je. beli kat Fah Lean. entry Fah Lean mcm tak up je lagi. dah 7 bulan duduk dalam draft. haha. apekah?


 

Okay. Done.

Malas nak teaser. Terus je tunjuk. kahkah. now kira dah siap 95%. kena kemaskan sikit nak kena tambah tassel kat bucu bantal tu je, and kemudian consider DONE. buat awal-awal senang. nanti taklah kelam kabut. 

Okay. tu je. kalo rajin nanti iols update benda lain. ^_^

Monolog Diri


Sahabat..

biarkan aliran airmata ini jatuh sesukanya, biarkan ia mengalir, mengucap kata seindah-indahnya.  biarkan ia, kerana airmata ini  tak bererti sedih, airmata ini tak bererti duka, malah airmata ini lambang bahagianya hati.  biarkan ia menemaniku di hari ini.  biarkan…..kerana ia memang hadir untuk ini, untuk sebuah perpisahan. melihatmu bahagia sudah cukup membahagiakan.


Sepatutnya hujung minggu ni saya kawin tapi

Sepatutnya hari ni saya dah bercuti
Sepatutnya hari ni saya dah sibuk kat kampung 
Sepatutnya hari ni saya dah sibuk kemas bilik pengantin
Sepatutnya hari ni saya dah sibuk kemas rumah
Sepatutnya hari ni saya punya jantung dah dup dap dup dap
Sepatutnya hari ni saya dah sibuk sibukkk dan sibukkkk
Sepatutnya hari ni saya ..

hah hahha

hamboi over beno tuh kemain nak banyak kali repeat sepatutnya hari niii

actually hujung minggu ni dah settle semua hal nikah kahwin sayaaa ni. 
sepatutnya lah...

tapi sebab PRU yang entah bila-bila, plus tunang saya dibekukan cutinya. 
terus la majlis postpone ke bulan JUN.
harapharap pak ajib cepatcepat la umum tarikh PRU.
kasihanilah kami orangorang nak kawin ini semua
dalam dilema risau tarikh kawin kami sama dengan tarikh PRU
apape pun saya mengharapkan Allah permudahkan segala urusan saya nak kawinnn.

Cerita pasal kawin, weekend ni saya akan pegi fitting baju sanding saya.  tak sabar ohh. harapharap baju sanding saya tu samaaa macam yang saya idamkan. harap tak ketatketat sangat sebab saya risoo saya dah gemuk sebab dua tiga minggu baru ni nafsu makan membuas sikit. kalau kat ig duk la post picca makanan sampai mana kawankawan yang pregnant boleh mengidam.wuwuwu. maapkan sayaa.


Kalau baju sanding tu dah ok, nanti boleh bagi teaser. 

oklah. macam dah takde benda je nak update kan. sekarang memang jenis mengabaikan blog nan satu ini. suke sangat baca blog orang lain tapi blog sendiri terabai. sabooooo jelah perangai.





tediaaa. saja nak include hari kejadian. nampak la banyak sikit bilangan hari tu. dup dap dup dap. percayaaalah masa 74 hari tu sangatsangat sekejap. tau tau nanti ehh dah bulan 5. lepas tu. ehhhh dah tiba hari kejadian. haha. okeh rasa macam over sangat pulak. wiwiwiwi.

bye!






After a long hiatus

Salam semua!

Lama kan menyepi lepas kejadian majlis kawen kena postpone. konon-konon merajuk lettew terus takmo update blog. wah drama betul kan.

Lepas kejadian tu, i is bz yang amat uols. mana nak contact semua vendor and tanya diorang date baru tu samada available ke idok. drama toksah cerita. ada yang free, ada yang tak free. maka tak memasal je ada certain deposit burn begitu sahaja, apa nak buat kan. 

Part mekap ar benda pertama yang aku update dengan vendor Nurul Syamila. sadisss sekali bila date yang aku nak tu dia tak available.. nak buat cemana kan, so burn lah deposit. takde rezeki kan. .tapi kite dah dapat cari pengganti utk mekap. kalau korang cari dekat FB, nama dia Eyda kay. suka mekap mata eyda kay itu. harap2 nanti iols akan jadi gorjeslah masa nikah and sanding. kahkahkah.

Lain2 vendor semua takde problemo. alhamdulillah lah kan. betulla, sekarang bila bangun pagipagi tu, otak rasa free jer. dah tak stress sangat. sebab kita punye date nikah and sanding lambat lagi. insyaallah kalau xde aral pape, 1 and 2 jun. time tu cuti sekolah. hope and berdoa semoga semuanya OK and berjalan lancar. aminnnnn.

now tengah diy sikit2 kotak utk doorgift. and baju nikah dah siap. cuma tak gi fitting je lagi. baju sanding pun dah siap jugaa. haha. awal kan siapnya. maka kena laa diet. HARUS maintain je. sebab masa gi tempah baju nikah aritu masa tengah kurus betul. sekarang dah naik 2kilo.  jangan tak muat baju nikah tu sudah. ingat, cuma perlu MAINTAIN. 


hee, saje nak up pic sendiri. hasil menggunakan new skincare. wah malas ah nak review pasal skincare baru kite ni. ini picca tanpa bedak okey. mungkin jadi super putih nie sebab lighting yang hover melampaulampau kot. haha.  sekarang dah memang berlagak giler keluar rumah  pun dah tak berbedak bagai. guna krim siang and lipstick, and sedikit mascara untuk tampil menawan. juga sedikit sapuan blusher.  hahahha. oklah, macam iklan dah. :D


Majlis Postpone?

Salam.

uwaaaaa!!.

mulakan entry anda dengan uwaaa dulu yer. maknanya, betullah tu, majlis kawen iols is postpone! 

pertama, sedih jugak.

 kedua, senyum jugak sikit-sikit sebab bila bangun tidur, kepala dah tak berapa berat memikirkan pasal hal-hal kahwin sebab drag lama sikit. 

ketiga, kita kahwin bulan 5 okay. YA. bulan 5. dari bulan 3, terus lompat pi bulan 5. nampak tak kat situ? nampak takkkk? 

Terpaksa postpone sebab bakal laki kite polis, dah keluar arahan bulan 3 ada PRU13. maka cuti beku. makaaa takleh kahwin pd masa itu. maka sedihh dan pilu jugakk sebab nak kena jumpa dengan banyakk vendor. IYE. banyak vendor. nak kena rearrange date dan semua-semua lah. serabut jugak tu.

TAPI takpelah, nak buat cemana. ni semua dugaan. tapi geram lah jugak kan. tak ke menyusahkan kita? omg. memang geram. tapi geram-geram pun, nak tak nak kena la postpone jugak.

nasib baikkkkkkk kad kahwin tak print lagi. fuh!! NASIB BAIK okay. gila ni!

sekian, terima kasih.

Wedding Progress Update: Warna Tema

Hai Salam semua!

After pegi kursus kawen hari tu, sunyi sepi blog ni.

Tetibe mcm nak gelak baca "Warna Tema". so skema :D

Sedikit wedding progress update. okay, just a quick update

Nikah attire sedang dalam pembikinan.  Baju sanding pulak dah decide utk tempah baru je, juga dalam proses pembikinan. cuma tunggu tailor panggil utk fitting.

Maka kena maintainkan berat badan. memandangkan badan ni senang sangat menjadi gemuk, jatuh wajib utk aku  mengawal pola pemakanan aku. tak leh makan beria-ria sangat. fuh!

Baju nikah tu takde fesyen2 sangat pun, cuma baju kurung moden je. nak nampak comel sikit, letaklah butang bulat-bulat tu kat bahagian belakang and lengan. baju sanding pula berinspirasikan baju anne ngasri gitu. harap2 cantik mcm anne punya.

Meh nak tampal gambar baju idaman kalbu.




Iols punya theme color utk nikah ialah gold, and for reception is gold and emerald green.


Okay. thats all.