Pages

DIY Bantal Hantaran

Salam to all lovelies

Saja nak tunjuk hasil diy bantal hantaran. 

Meh nak tunjuk gambar


 Bunga artificial je. beli kat Fah Lean. entry Fah Lean mcm tak up je lagi. dah 7 bulan duduk dalam draft. haha. apekah?


 

Okay. Done.

Malas nak teaser. Terus je tunjuk. kahkah. now kira dah siap 95%. kena kemaskan sikit nak kena tambah tassel kat bucu bantal tu je, and kemudian consider DONE. buat awal-awal senang. nanti taklah kelam kabut. 

Okay. tu je. kalo rajin nanti iols update benda lain. ^_^

Monolog Diri


Sahabat..

biarkan aliran airmata ini jatuh sesukanya, biarkan ia mengalir, mengucap kata seindah-indahnya.  biarkan ia, kerana airmata ini  tak bererti sedih, airmata ini tak bererti duka, malah airmata ini lambang bahagianya hati.  biarkan ia menemaniku di hari ini.  biarkan…..kerana ia memang hadir untuk ini, untuk sebuah perpisahan. melihatmu bahagia sudah cukup membahagiakan.


Sepatutnya hujung minggu ni saya kawin tapi

Sepatutnya hari ni saya dah bercuti
Sepatutnya hari ni saya dah sibuk kat kampung 
Sepatutnya hari ni saya dah sibuk kemas bilik pengantin
Sepatutnya hari ni saya dah sibuk kemas rumah
Sepatutnya hari ni saya punya jantung dah dup dap dup dap
Sepatutnya hari ni saya dah sibuk sibukkk dan sibukkkk
Sepatutnya hari ni saya ..

hah hahha

hamboi over beno tuh kemain nak banyak kali repeat sepatutnya hari niii

actually hujung minggu ni dah settle semua hal nikah kahwin sayaaa ni. 
sepatutnya lah...

tapi sebab PRU yang entah bila-bila, plus tunang saya dibekukan cutinya. 
terus la majlis postpone ke bulan JUN.
harapharap pak ajib cepatcepat la umum tarikh PRU.
kasihanilah kami orangorang nak kawin ini semua
dalam dilema risau tarikh kawin kami sama dengan tarikh PRU
apape pun saya mengharapkan Allah permudahkan segala urusan saya nak kawinnn.

Cerita pasal kawin, weekend ni saya akan pegi fitting baju sanding saya.  tak sabar ohh. harapharap baju sanding saya tu samaaa macam yang saya idamkan. harap tak ketatketat sangat sebab saya risoo saya dah gemuk sebab dua tiga minggu baru ni nafsu makan membuas sikit. kalau kat ig duk la post picca makanan sampai mana kawankawan yang pregnant boleh mengidam.wuwuwu. maapkan sayaa.


Kalau baju sanding tu dah ok, nanti boleh bagi teaser. 

oklah. macam dah takde benda je nak update kan. sekarang memang jenis mengabaikan blog nan satu ini. suke sangat baca blog orang lain tapi blog sendiri terabai. sabooooo jelah perangai.





tediaaa. saja nak include hari kejadian. nampak la banyak sikit bilangan hari tu. dup dap dup dap. percayaaalah masa 74 hari tu sangatsangat sekejap. tau tau nanti ehh dah bulan 5. lepas tu. ehhhh dah tiba hari kejadian. haha. okeh rasa macam over sangat pulak. wiwiwiwi.

bye!