Alaa, blog dah berhabuk. memang bz dan tak sempat langsung nak curi masa utk update blog.
Sabtu lepas, sy dah pun pegi fitting baju sanding. Baju sanding ni pun ada drama. Memula memang plan nak sewa je baju tu, tapi bile tengok, macam tak berkenan pulak. So dengan begitu last minute sekali, dalam awal bulan 4, baru decide nak buat baju baru.
Kali ni, taste songket pulak dah. cancel segala mak nenek chiffon. so terus tukar and sibuk cari idea sana sini utk baju sanding tu. google punye google, terus berkenan and sebulat suara dengan tunang, nak pakai songket.
So lepas discussion dengan kak jes, selaku owner butik Jessica Bridal, sy dah decide nak buat peplum songket. color? haruslah hijau. ingat nak cari hijau kepala itik mcm scha awal,kak jes try cari and tak dapat. so proceed dengan plan B, hijau zamrud. haaa, pasal nama hijau kepala itik tu, kak jes la yang bgtau. cepat2 google, oh rupanye memang ade hijau kepala itik =.='
songket hijau bunga tabur
then rabu lepas, kak jes call kate baju lelaki dah siap, and baju perempuan tengah buat beading. time tu mcm lega sikit sebab dah nak siap, dalam hati risau je kot2 baju tak sempat siap, sebab gi tempah and ukur baju pun awal bulan 4 hari tu.
then hari sabtu lepas, sy pegi butik kak jes, tengok baju hijau sy dah ada kat badan patung. haruslah sukaa sangat. then kitorg fitting. baju lelaki ok, and tunang sy kata dia sukaa. :) tak perlu alter apa2 dah. cuma baju sy kena kecikkan. wuwu. dah kurus sikit sebab peplum tu besar sikit and lengan besar sikit. and now just kena maintain jelah and takleh nak makan beria2 sangat walaupun kadang2 selamba je makan satey malam2 buta :D
next week last fitting baju sanding. hope semuanya ok :)
now mostly banyak benda dah setel. dokumen nikah semua dah settle. alhamdulillah. cuma ada sikit2 benda lagi yg pending. akan diusahakan utk setel sebelum majlis. pada b2b and kawan2 yg nak datang majlis sy, dialu2kan utk tinggalkan address. nanti sy pos kad ya.
Thanks for reading!