Pages

tauhu sumbat

salam.

mood macam swing sikit harinie.. hmm,yg ku tau ku nak wat tauhu sumbat balik kerja nanti. saya make sure nak blah awal dari opis harinie, nak pergi pasar malam cari bahanbahan untuk tauhu sumbat. nak sumbat kawkaw, sebab takde mood kan harinie..

hmm, asal takde mood, mesti nak makan. asal makan manyak jer, mestilah tembam, chubby, berisi! hmm, bantai la labuuu, tak kira, nak makan jugak. tapi tauhu tu kena goreng dulu. ada jugak resipi yang suruh kukus jer tauhu tu, tapi saya takde pengukus la pulokkkk kat rumah,, sadis betul ah. bukan tak mampu beli, mak saya cakap rm 26 hengget jer dah dapat satu pengukus kecil tu! tapi artis macam saya mana ada masa nak gi kedai cari pengukus, so saya decide tauhu tu nak goreng aje. miahahahaa..

hmm, takpelah, saya stop entry nie sampai sini aje. petang ni saya kerjakan tauhu sumbat tu kawkaw. esok lusa tulat tubeng ,lepas tubeng ape?? baru saya cerita pasal tauhu sumbat saya okehhhh ^_____^. resepi dah ada untuk kuah kacang, tinggal nak buat saje. tata~

**kalo tauhu sumbat tu comellote macam lisasurihani, saya upload pic okeh. kalo buruk, tak kuase lah pulak saya nak mengaibkan diri sendiri. theheheh *__*




bakar lemak dengan tali skipping


TAHUKAH ANDA?


~Melalui berskipping dapat membakar 1000 kalori per jam di samping baik untuk hati dan paru-paru!

~Kurangkan berat badan *ni lah yang saya cari! dan meningkatkan ketahanan tubuh.

~Free of charge *free la bila kau pinjam skipping member kau. macam yg saya praktikkan sekarang! thehehe *__*

~untuk dapatkan shape yang chanteq ~ pinggul yang chanteq, perut yang selim, paha yang halus & montot yang mengiurkan. lalala~ ceittt!



entry title dah macam title macam kevin zahari punya blog ar. kekeke. ekceli sabtu haritu, saya pinjam tali skipping tuty. saya lompat sebanyak 100 kali! agak pucat gigi plus muka nie, sebab jantung berdegup laju.

tapi sampai ke hari ni *isnin, otototot kaki rasa sakit gilerrr. uh pelis. nak jalan pun rasa sakit. terkedekkedek, dah macam orang injured baru lepas main bola. uhh, sakit taw! tegang semacam. maybe otot kaki nie tokojuttt. sebab dah lama giler an tak bersenam. sekali tersenam, maka tokojutlah ia. HAHA. ehh ker saya salah skil?? huhu, xperla, lepas ni saya study caracara lompatan yang betulllll *__*


*********malam nie nak lompat lagi sebanyak 200 kali. yeeha! esok lusa tulat tubeng loleng kekeng aku lompat 500kali pulak okeh!kekekekeeee ...... ^___^


terasa makin hampir perpisahan itu

hai semua.

oh hari isnin yang indah. kenapa indah? yelah, indah sebab hari nie saya bangun seawal jam 6:50am * ehh, awal la tu. bila dah bangun awal, otak pun rasa fresh, seronok n gumbiraaa! HAHA, ehhh harihari ke bangun awal? kekeke. bangun pagipagi, masak sup sayur. gigih kan. takpe lah, pompuan memang harus macam tu.

sampai opis macam biasa, lewat. HAHA. standard 8:34 am. tak lari jauh dari rekod pencapaian asal. tetiber teringat aktiviti yang saya & housemate buat sabtu lepas. seronok jugak, sebab berjalan sakan. walaupun gaji belum masuk, & purse macam selim sikit, tapi gasak la, jalan tetap kena jalan. takkan nak memerap kat rumah aje? bosannnn la kan.

sabtu lepas, kami keluar rumah lepas zohor. memang dah plan nak try mee ketam kat restoren pak su kat juru. sampai je kat kedai mee ketam tu, perut macam makin lapar sebab macammacam bau adoo. kami order mee ketam, kerang bakar, sutun bakar, & air kelapa.

bab mee ketam tu, dr segi hiasan OK la, chanteq. ketam dia letak sekor setengah. sedapppp. srlupp...tapi kan, kuah mee dia xpekat. kalo lagi pekat, lagi sedap kot. tapi ape pun, saya makan jer, licin kot, tinggal kepala ketam & tulangtulang ketam jerr dlm pinggan.

kerang bakar kat restoren pak su tu memang superb. sedap , meleleh air liur saya kalo duk bayangkan. sutun bakar dia pon sedap, ada rasa macam ikan bakar pun ye jugak. ehhh pelik an, sutun bakar rasa ikan bakar? lantak lah an. sedapppp.... tapi ade liatliat sikit. :p

yang syoknyer, kat kedai pak su tu kite tak payah nak pakai kipas angin segala. maybe kedai tu dekat dengan laut ker hape an. memang best sebab ada angin sepoisepoi bahase. sebenarnya agak lama jugak lepak kat kedai pak su tu, maybe sebab gigih sangat nak mengerjakan ketam tu. makan masa jugak nak perabihkan ketam tu. huhu. sambil makan, duk bergurau dengan tuty, risau gigi terpatah disebabkan makan ketam! HAHA! choyyyy~

lepas dah lepak agak lama kt kedai pak su tu, kami meneruskan perjalanan. dalam kepala, duk pikir mana la nak pegi. tuptup kuar idea nak gi pusing2 pulau. dah masuk pulau tu, kami kononkonon nak gi cuci mata kat pantai area batu ferringhi, tapi bila parking penuh jer sepanjang jalan, dan dah alangalang kat sana, kami naik atas lagi sampai teluk bahang. teringat masa kecikkecik dulu penah gi ngan family kat empangan teluk bahang tu. ramai jugak manusia yang duk tersadai kat tepi empangan tu. tempat tu nampak macam aman damai jer, kalau nak release apeape ke, boleh la gi sana.
ni la empangan teluk bahang. sumber dari sini



okeh, lepas jer kami lalu kat empangan teluk bahang tu, kami pun teruskan lagi perjalanan & naik atas lagi. ermm, agak menyesal sebab jalan kecik sangatsangat, dan macam bengkangbengkok tahap melampau. dah tu asyik bertembung dengan kereta yang asyik makan jalan jer. geram jer. memang saya ingat jalan kat situ macam belokbelok, tapi xsangka la horror macam tu sekali an. maybe sebab dulu orang yang bawak kereta, sekali diri sendiri plak yang bawak kereta, tu yang macam tokojutt sikit.

masa lalu kat jalan belokbelok tu, boleh nampak view balik pulau yang indah permai. hari tu macam nak berenti, tapi jalan sempit lah pulokk. so kami teruskan perjalanan yang agak memeningkan tu dengan jayanya. sampai la dh melalui jalan NORMAL *jalan yang lurussss :). sampai kat bawah tu, dah pukul 6ptg. perut kami tetiber macam lapar balik semula, so alangalang dah kat balik pulau, kami pun terus jer singgah kat restoren laksa janggus kat lik lau *nama manjhe balik pulau..... ^__^

ni la signboard kat laksa janggus, lik lau


ini kunjungan kami yang ke dua ke laksa janggus nie. maklum la, bila dah tau tempat, rajin jer kaki nie melangkah kesana. bukan apa, maybe sebab teringatingat kesedapan goreng pisang mokcik tu. petang tu kami makan goreng pisang jer, sebab tengahari dah makan mee ketam, so kasi pewot nie relax sikit la. :)

goreng pisang laksa janggus, lik lau ^__^. shedappp uols~ ngeh3


lepas dah kenyang makan goreng pisang plus ABC, kami pon teruskan perjalanan. oh rupanya dah senja. lepas solat maghrib kat surau area balik pulau, kami teruskan perjalanan & berhenti kat balik pulau.indahnya view kat situ. tambah pulak dengan angin sejuk, dengan keadaan pewot yang kekenyangan. seronokkk...


ehh, sape gadis chomel berteleku ittew? :p







nice view kan?







matahari yang mula melabuhkan sayap. Indahnya ciptaan Illahi *_____*




okeh, lepas dah duduk atas bukit tu hampir sejam, kami pon beredar. macam awal lagi, baru pukul 8lebih. kami pon plan nak pergi tesco baru bukak kat bukit mertajam. sebab ada gosip cakap kasutkasut kat situ chanteq & murah. sampai kt tesco tu, kami tengok macam biasabiasa jerk. mahal lak tuh. & tesco baru tu macam bosan, kedai tak banyak!

dh hampir pukul 10pm, kami pon gerak balik umah. nak tengok cerekarama katanyerrrr :) okeh, dah habis sesi berjalan utk hari sabtu.

tujuan utama entry nie diwujudkan sebab bulan doblas makin hampir. & bulan doblas jugak permit keja ai habis. eh dah macam indon plak main permitpermit. lalala~ so dgn adanya entry nie, bila ai dah kerja tempat lain, atleast boleh la mengimbau kenangan an. ^___^


****terbayangbayang muka sorang mokcik misteri kat surau balik pulau. ai kena maroh sebab lupa tutup lampu toilet. sekali kena jelingan tajam daa, siap kena sound setepek atas kepala! cis!


AHH TERIMA KASIH NESCAFE!

nescafe? ahh sebab nescafe lah mata saya segar bugar walopun jam dah pukul 2:02 am! denggggg!!!. leh buat meroyan nie. oh peliss, esok saya kerja wahai encik nescafe!! kejam lah kao. nie semua sebab siang tadi duk buat NESTLO kat opis! hampes sungguh. tak pernahpernah mata nie segansegan nak tido. OHHH mencik ahh! esok saya nak keja, nape buat saya macamni ??

hmm, dah macam orang gila saya rasa bila duk terkedipkedip sorang diri pagi buta ni. rasa seramseram kuku hanjen pon ada nie. orang lain syoksyok tido, ada yang dah wat peta pon. tapi saya? OHH nescafe, tahniah la, sebab kao berjaya meranapkan nafsu tidurku!

saya janji dengan diri sendiri, esok takmo dah sentuh encik nescafe. kejam bukan? tapi nie lah balasan kepada kenakalan encik nescafe! rasain lu! hmm, entry nie macam tak berkualiti, plus macam bangang, sebab saya tengah ting tong masa nie. semua sebab caffein yang ada dalam encik nescafe. agak kuat penangan kao yer. tataw pukul berapa mata nie nak lelap. sebab dah macammacam percubaan saya lakukan. kuak lentang, baring meniarap, peluk bantal, menonggeng sambil tumbuktumbuk bantal. nampaknye semua TAK BERHASIL. ohh kalo saya tau macam nie sekali penangan encik NESCAFE terhadap diri ini, memang saya takkan ambil caffein!!!!!!!!!!!!!!!

saya BENCI NESCAFE buatmasaini. TAPI bukanuntukselamnya :)




OH AKU TERINGIN!!!!

Serius saya rasa teringin bihun goreng dekat pantry itu. dengan warnanya yang alaala bihun singapore. ouh denggg!!! super hebat dugaan yang datang tahap mentibang laut!! sesungguhnya aku benci perasaan "TERINGIN" itu!! SEKIAN..............

p/s -----> takpe, balik rumah malam nanti kao makan roti yer sayang ^_^




saya sedang DIET & saya lihat seorang skinny person sedang makan Burger/Pizza di depan MATA, KEPALA saya!

salam semua.

oh apa nak buat nie? perut dah berbunyi nyanyi lagu dangdut kaoo. tadi masa kat surau, mak long *mak cik cleaner opisku tengah makan udang goreng rempah. ai rasa air liur merembes laju dah macam air terjun niagara. bayangkan tengah solat pon ai tak khusyuk kaoo. tu semua sebab udang goreng berempah tu!! aku menci kao UDANG!! mak oi, dugaan hebat bagi orangorang beriman macam ai. menciii taoo! takper, anggap jelah itu dugaan maha hebat bagi seorang pendiet tegar. kan org selalu kata, org BERIMAN memang selalu diUJI. miahahaha!! tapi baguslah kan, sebab memang misi & visi ai nak KUWOS macham doludolu. dolu ai selim taw taw tawwww. HAHAHA. eehhh kaoo asik nak cakap kaoo selim kan. HAHAHA. sedar la sikit yang sekarang kaoo dah GEMOKs okeh! ;(

dah la,takde mood nak tulih entry panjangpanjang. mata duk terbayang udang goreng berempah. siut miuttt!!

ehhh, tajuk entry dengan isi langsung xsama. layanlah kaooo ^__^

PUDING CARAMEL vs PUDING ROTI

salam. oh hapdate belog di kampung. sangat syiok ah. huhu. ape yang syiok? menikmati petang sambil makan goreng pisang & teh O, memang betulbetul syiok. ok ler tu kan, kalau kat kulim, xde masa nak goreng pisang. sebab penat memanjang *alasan je tu,sebenarnya aku malas. miahahahahhaa.

okeh, berbalik pada tajuk entry, petang ni, mak kesayangan ai tengah buat puding caramel. oh sedapnyer nyah. tak sabor nak ngap. nanti ai upload gambar puding caramel tuh okeh. and malam nie, ai pulak nak try buat puding roti. oh yang tu 1st trial. so harapharap jadi lah. kalo jadi lah puding tu, ai update yups. tapi kalo tak jadi, diamdiam sudeh. miahahaha. :)

eh esok cuti?

Ya, esok sy cuti. yeeha!! cuticuti jugeks, tapi agak kerisauan dihati ai yang agak tisu nie. bukan ape, sejak seminggu ni dah dihadapkan dengan beritaberita kemalangan ngeri. lepas tengok gambar, ai tengok video. lepas habis video ai ulang tengok gambar semula. haihhh.. habis sumua terbayang kat kepala hotak ai yang suci bersih nie. adesss...

apeape pon, doakan sy selamat sampai ke kampung dengan jayanya. maklum la, nie pertama kali balik sorangsorang. kalo sebelumsebelum ni ai balik dengan abang ai, kini tiba masanya ai berdikari memandangkan ai pon dah tua *ehhh, ade ke? baru 24 hokeh!. thehehe.

and tak lupa juga friendly reminder buat diri sendiri yang rakus nie, supaya memandu jangan melebihi had laju. esok ai janji dengan diri sendiri takmo bawak lebih dari 110! ehh biarla orang nak kata ai mengada ke, hape ke, kalo kena saman, ai jugak yang pening nak bayar. tambah pulak dengan mak yang suka callcall kalau surat saman sampai kat kampung. tensen ai. huhuhu. mau terbelirat urat otak nie nak pikir pasal saman lagi, pasal bebelan mak lagi, n nak pikir kat mana la abang polis tu menyorok & tembak plat kereta ai. ehh abg polis, i respect u lah. hehe. sebab pandai main nyoroknyorok! :)) muah. chup..chupp..

ok lah, tak koser lah heh nak bebel panjangpanjang. baik ai donlod lagu manyakmanyak, taruk dalam thumbdrive. esok boleh layan dalam kereta. chiaoo :))



ehh, macam ni lah kot bila ai dah TUA nanti. but ai CUN sikit la :)) miahahaha



p/s : eh semalam ai shopping baju kurung merah menyala macam lada kauuu. mak NGAH sangat kan!! mencapap tu hobi. nanti ai upload pict baju tuh k. nak pakai hujung bulan ni, kenduri kawin ida DBKL :))






ouh peningnya



hai. salam.

kepeningan lah pulok! sy tengah berkirakira nak keja mana pulak lepas nie. sekarang tengah gigih men"apply" kerja. huk aloh! bosangg lah. tak sabau nak balik keje kat KL semula. awww.


doakan sy sukses dalam misi pencarian keje. ingat, rezeki ada di manamana. cuma rajin @ tak rajin aje. kalau duduk diam jer, takkan la keje yang datang carik kiter kan.

semangat nak keja makin luntur, sebab dah terpikir nak pegi dari sini. macam penuh dengan manusia hipokrit sajerrrr. bukan la majoriti yang hipokrit, tapi jelas nyata , terang lagi bersuluh. mane diorang nak campak si kontraktor macam sy nie? baik berhenti dari diberhentikan. sob..sob.. ikhlas dari hati, ku hanya insan bertaraf 2 bintang, hanya sorang kontraktor. ada @ tiada daku disini, mungkin tak mengasilkan apaapa impak hebat yang boleh menggangugugat sesiapa. so better i moved from here & searching for new opportunity. eceh, tak sangka ada bakat bermadah pujangga. inilah berkat usaha gigih membaca novel sampai pukul 2, 3 pagi.

******datang opis, mood lebih terarah utk klik button
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

yes, syabas buat diri sendiri. tepuk! tepuk! :)

HERO MALAYA

Boy: "I wanna be a superhero, guess my name."

Girl: "Superman? Ironman?"

Boy: "(smile) YOURMAN"


Huk aloh, beshnyer kalau dapat bechinte dengan jejaka aka boipren macam gitu. harihari senyum kot. mau tak senyum harihari.haha.

sebenarnya nak tulis entry pasal ramai orang nak kawin bulan nie, dan bulan depan. lepas raya ni, ramai lah pulok orang yang nak kawin. aiih, semua laku nampaknyer. ai saje yang tak lakulaku. huahaha. takper, ai tak laku pon takper. kalau ai tak kawin pon, ai bulih jaga makayah ai. *ayat sedapkan hati sendiri.

sebenarnya ai duk teringat drama gerak khas yang ai tengok last week. dah lama tak tengok gerak khas, sekali tengok, ade polis hensem lah pulok! nama sebenar pelakon tu Shah Iskandar. dalam drama tuh, dia jadik inspektor hisham. dia jadik anak kepada SM (A. Galak). Hensem jugak la. kalah la si fahrin ahmad. haha.

dan sebab si inspektor hisham tu jugak, ai tak sabarsabar nak tengok gerak khas minggu nie. aww. gelenyai. naik ar rating gerak khas kalau duk letak jejaka macho & kiut miut dalam drama tuh. hebat betul strategi datuk yusuf haslam. takmo ambil ai berlakon ker? ai pon bulih berlakon . dapat watak datin pon ok dah. miahahahha~

eh ai malas la nak membebel panjangpanjang. pankreas dah kecut lah,hari nie kat opis sojukkk sangat lah pulok!!


motip gambo nih? nak bunuh ai ke nyahhh?

nie ai bagi link pasal shah iskandar si cute miut nih.




*ouh tak sabaunyer nak tengok gerak khas malam jumaat nti. oh lalala~



eh rindu betulbetulbetul nie

mak aih, entah syaitonn apa yang merasuk diri suci ku ini? miahahahha! ayat macam arnab! eh ai rindu kat as lah. siyes rindu tahap gigil dah nie. 1 level lagi nak ke paras kejang. kalau kejang, silapsilap muka tukar jadik hijau macam katk pisang.

hmm, as gi kursus kat bahau. ai rasa macam jauh jerk. macam lah dia kat obersea. haihh, mengada pulak ai sekarang nie kan. hmm, bukan apa, dah 3 minggu tak jumpa. ai rindu. ehh rindu betulbetul nie.. kalau la ade kuasa magic, dah lama ai terbang. wah, ayat macam dongeng giler babeng. contact by phone jer. kadang tu 3G. ape lah sangat. setakat nampak lubang idung jerk. HAHA. ai nak yang real punyerr. baru la leh sekehsekeh kepala as. ehh silap. baru la boleh cubitcubit idungsikit. aww! gatai~

ai tak sabar nak tunggu hujung bulan. kira kalau ibu mengandung, tengah counting days tunggu hari deliver baby. miahahahha! ai tak tawu nak belikan apa untuk hadiah anniversary kitorang. macam nak belikan henpon baru, tapi ai rasa macam syahdu jerk kan. hahaha, sebab kalo ai belikan henpon, sure berpulau kepala ai. huhu. so tunggu je lah hujung bulan, nanti ai pikir apa nak bagi. :)


ehh aku pilu kau tau apa?

hurm.. ia kecalaran lagi buat kali yang ke empatbelasribu. wah, so menipu. bukan kali ke empatbelasribu, tapi utk kali yang ke-5 AJER!!!! huh! hambik kau. apa yang kecalaran tak perlu dinyatakan disini, kerana hati nie menangis hebat. huwahahah! ehh pilu sungguh!



ada suka, ada duka

semalam tarikh cantik, 10-10-2010. macammacam kejadian berlaku pada tarikh tu. ada suka, ada duka. yang mana suka, pastilah happy. dan yang mana duka, mungkin akan tinggalkan kesan mendalam sampai bilabila dalam memori..


semalam jugak, berlangsungnya majlis persandingan Sheikh Muszaphar & Dr. Halina. agak meriah, & bolehla dikatakan sebagai wedding of century. memang ada class. superb. nak komen lebihlebih pon ai tak tengok tv semalam, maklumla sehari suntuk keluar. ai ada gambar majlis tu yang ai ambil dari beautifulnara.

dalam pada nengoknengok gambar kahwin Sheikh Muszaphar & Dr. Halina tu, ai dok membayangkan majlis ai pulok!! aww, gatai. takpe, memang dah layak kawen pon ai nie, cuma takder orang nak ajer. miahahahaa!


dah la, korang layan la gambargambar pengantin 10102010 nie k.






Sama cantik, sama padan








aww, ai pon nak jugew , boleh??





so suwittt





ok, itu cerita suka. yang ni pulak cerita duka.
kemalangan maut di lebuhraya plus. membuatkan ai takut nak drive balik kampung. dan takut juga nak naik bas. tapi kena ingat, bukan semua ajal maut dia atas jalan raya. kalau tersurat itu ajal kita, tak kiralah kat mana dan bila masa sekalipun, tetap akan jadi..apa yang penting, kita berhatihati jerk lah k masa memandu..

ni antara gambargambar kemalangan ngeri tu.
































samasamalah kita doakan kesejahteraan yang baik untuk semua mangsa. & mari sedekahkan alfatihah pada yang terkorban.

p/s -- pandu dengan cermat...




-------> ai pon ada citer menarik pd 10-10-2010. later ai update :)

KEBOSANAN TAHAP JULA JULI BINTANG 3

Jula juli bintang 3 tu tak silap citer lama, citer p. ramlee ke? adeh, malasnyer nak google. huhu. tajuk entry macam bangang. sebab ai bosan tahap cicak kubing kat rumah nie. nak keluar, tapi mana sangat la destinasi yang patut ai terjah. lagipon dah pagi buta. ai kan anak dara kena duduk rumah diamdiam. miahaha.

malam ni ai takde teman sms sebab as pegi KL lah pulok. as macam tu lah, ade bisnes jual kereta katanyerr. ai layankan ajer. sebab dia dah janji nak belikan ai iphone. tapi ai tak rasa ai dapat iphone 4G utk anniversary ni. paling baek pon, 3Gs. elok la tuh, ai dah bosan dgn norkiah e-72 yg ai pakai tak sampai 5 bulan tu. humm, sebab ai dah bosan bosan bosan.

malam ni ai nak flash back time as masuk pulapol. ehh kejapkejap. ai tulis blog and wujudkan entryentry pasal ai sebab ai boleh jadikan diari ai, sebab ai seronokseronok and nak ingat kesahkesah silam. sebab ai rasa happy n fresh bila dpt menulis n bercerita. so ai takmo ada yang tak senang dengan entry ai. kalo tak suka, boleh cepatcepat klik pangkah saje kat tab di atas sana. :)))

ai ingat lagi, masa as apply polis, dia ada mintak opinion ai. ai masa tu just jawab "OK, mintak lah kalau dapat", sebab ai xbajet dia betulbetul siyes. tuptup dia call, bgtawu yang dia dapat intebiu polis kat IPK selangor. dia pegi intebiu tu pagi n ptg tu, dia balik n cakap dia lulus intebiu tu. tapi kena tunggu surat ape tah, baru tau confirm dapat masuk polis or tak, ai pon macam lupalupa sebab banyak benda nak ingat time tuh. ai kan student masa tuh. haruslah :)

lepas dah confirm dapat masuk polis, as bgtawu yang dia kena masuk kursus polis selama 9 bulan. hambik kau, ai terus protes masa tuh. ai suruh dia pilih antara ai, atau masuk polis. HAHAHA. giler mengadangada ai masa tuh, rasa nak gegetgeget jer sebab terlalu geram dengan kegedikan diri sendiri. tapi confirm lah as pilih nak masuk polis kan, sebab dia cakap, kalau tak kerja, ai pon sure takmo ngan dia. lepas ai dah waras sikit, ai pon macam redha dia masuk polis n tinggalkan ai kat luar nie selama 9 bulan.

sebab utama yang i protes ialah dia takleh bawak henpon. giler hape. dah jadi rutin harian ai mangon tido sms @ call as. xpenah miss sehari pon call @ sms. henpon pon stok tiaptiap hari kena ada credit. sekali hambik kau, as takleh bawak henpon masuk pulapol. memang ai rasa sedih giler masa tuh kan, tapi ai redha. masa as dah masuk, ai memang nanges. kadangkadang time nak makan pon ai nagis. HAHAHA. giler mengadangada. ai pon tak paham lah kenapa ai leh jadik cengeng macam tu pd masa tu. :p tapi as tiap2 hari call ai, selalu dia call time malam, tak pon time dia nak gi semayang subuh. pukul 530pg kadangkadang dia dah call ai. ai memang kena alert la. smp no public pulapol muar tu ai ade simpan lagi dalam henpon ai sekarang! :))

lepas sebulan as masuk pulapol, ai gigihkan diri pegi muar sorangsorang naik bas dari KL. giler kau, tak pernahpernah jejak muar n tuptup pegi muar sorangsorang naik bas, ai macam selamba jerk kan. dah sampai bandar muar, gigihkan diri naik teksi tambang 12 hengget pulak nak masuk pulapol tuh. memang ai berani kot masa tu sebab rindu punya pasal. dah tu dapat jumpa lebih kurang 4 jam jer, n petang tu jugak ai balik KL semula naik bas. sampai KL dah malam. giler gigih!! ai ingat lagi masa jumpa as kat pulapol tu. jumpa pon kat bawah pokok yang ade 2,3 helai jer daun. giler panas. balik dari muar, tak pasalpasal muka n tangan ai berbelang. hebat , dah macam ai yang masuk pulapol!miahahahaa~

lepas 3 bulan kt muar, as praktikal ke hape tah, ai pon tak ingat istilah tu. tapi dia masa tu dh pindah kat balai polis @ ipd sungai petani, ai pon tak sure lah, lupa. dah seminggu dua dia kat sana, ai pegi lagi sekali melawat dia kat sungai petani. gigih sangat masa tu. tak penahpenah jejal SP, sekali ai pegi sana sebab nak jumpa as. macam kagum kalo pikir balik, dah la naik bas. bukan apa, sebab ai kena survive sendiri, ai kena sorangsorang aje masa nak naik bas, nak cari hotel, sebab as duduk kat hostel tu, dia takleh nak uruskan ai. sedih sangat, tapi macam redha je.

makin lama as kat pulapol, ai dah mula ada agenda sendiri. huhu. biasa la, nakalnakal sikit tu biasa la kan. tapi ai macam jahat la buat as macam tu. bukan apa pun, masa tu ai kadangkadang keluar malam curicuri tanpa pengetahuan as. tapi tu lah kan, bila buat jahat, memang senang giler nk kantoi. ada sekali tu, terkantoi pulak dengan as sebab masa ai keluar, dia call ai xdapat. dia pun call housemate ai.lalu housemate ai terkantoikan ai. ape lagi, as terus macam feeling sayusayu gitu sebab dia kata dia buat semua tu sematamata sebab ai, masuk polis sebab ai, tapi ai pulak tipu dia. lepas peristiwa malam tu, as dah takde call ai macam selalu. selalunya tiaptiap harii dia call. sebab dia dah pesan kat housemate ai yang dia nak putus n takmo cari ai lagik. ai macam sawan lah time tu sebab 2 hari dia tak call ai. punyala seksa sebab ai rasa menyesal yang amat sangat. tuptup hari ke-3, dia call balik, n cakap tak dapat lupakan ai. HAHHA. so ai mintak maap yang beria n janji takmo gataigatai lagikkkk. :)))

hmm, lepas dh dekat 8 bulan tu, as masuk pulapol muar semula n tamat latihan pon kat sana. ai pergi masa as tamat latihan tu. ai ingat lagi, ai pegi dengan apez n ros. kitorang tido hotel ape tah, kat muar tuh. time tu jugaklah ai kenal makayah as n kakak ijah as n family.

lepas dh tamat latihan, as ditugaskan kt IPD lipis. Miahahhaa. agak shukew n seronoks di situ sebab dah dekat dengan kampung ai. sebab tu sampai sekarang, dah 3 kali raya as beraya kat rumah ai sebab tak dapat cuti. kesiannn.. :))

ok lah. tetiba ai rase macam mengantuk sebab dah pukul 3 pg. ai nak masuk tido dulu, sebab esok ada plan nak pegi queensbay, nak cari "tako tao". tak pernah cuba pon before nie. esok ai cuba n update k. :))

mak oii, putihnyerr kau

later ai upload banyak sikit k. :)





selamat ulangtahun shayang





hohohoo. gila jiwang tajuk entry ai. lalala. biasa ler, bila angka umur dah makin meningkat, memang patut lah kalau nak berjiwajiwa. sebenarnya ai tengah duk menghitung hari. my oh my.... ai tak sabar *ketar kepala nak tunggu 29 Oct nie. tarikh tu ai punya anniversary yg ke 4 tahun okeh. mak oi, kemain lama kawan, tak kawinkawin lagi ker? HAHA. rileksrilekss, jangan gelojoh sangat. tak apa, orang kata, jodoh tu akan datang, cuma cepat @ lambat. *giler ayat tak boleh belah .

kalau duk ingatingat balik kan, memang macammacam hal lah yg jadi kat hubungan ai dengan as selama 4 tahun nie. tapi walaupon dah hampir 4 tahun kawan, ai tetap tak bosan okeh! cinta mati nie taw taw taww. miahahaha. walopun kadangkadang ai ade termenggatal dengan orang lain. tu biasa lah kan. maybe as pon ada buat, tapi takper, tu dulu. sekarang ai dah pasang cctv kt umah as taw. so apa dia buat sumer i tawu. :))

yang paling best, tempat kami kenal kat expo ajer. walaupun tak romantik, ai tetap sukee. HAHA. masa tuh ai cuti sem, bulan puasa, jadi ai tolong mak cik as niaga kat expo sungai besar. ai jaga biskut raya, yang si as plak jaga jeruk. yang pelik sepanjang ai keja kat expo tu 14 hari, never nak bertegur dengan as. kira kalau selisih bahu, masingmasing tak tegur sapa. sebab ape eh? sebab si as tu muka asyik nak ketat jer kan. sapa yang suka. ai pon tak suka taw tawww tawwww. rase meluatt sangat. ahaks!! tu dulu la, tp sekarang ai dah shukee n shayang pulok! . aww! :)

yang ai ingat, masa kat expo dulu, as suka tengoktengok ai. *hahahha, ai xperasan okeh, sebab bila ai pandang dia balik, dia cepatcepat pandang tempat lain.HAHA. bila sekarang ai tanya dia, dia kata memang dia suka tengok ai dulu, sebab dia ckp ai comel. wakaka. jangan ler muntah baca nie. ai pun geligelimanja nak taip nie. biasa la, kenyataan memang sukar nak ditelan ye kawankawan :))

masa malam last expo,kira selalunya expo raya tutup dalam pukul 3, 4 pagi sebab orang sibuk lelonglelong barang kan. esok kan dah nak raya, trend pembeli memang mcm tu, sebab barang dah murah kan. lepas semua barangbarang niaga habis licin, kami pon mula la kemaskemas tempat niaga. dah siapsiap kemas, ai pon nak balik umah la tido. giler fenat taw, tapi ai seronok sebab sebelum balik cik ani (mak cik as) bagi ai upah niaga. ai dapat duet manyak hasil niaga tuh. bayangkan sehari ai keja dia kira 70 hengget, so darab dengan 14 hari ai keja, lebih kurang 1000 jugak ai dapat. giler suka melompatlompat time tuh. lepas dapat duet, teros tak jadik nak fenat. muahaha. nak dijadikan cerita, masa dah nak balik, ai lalu depan si as yang tengah bunuh diri atas motor *smoking. tetiber dia tegur ai " siti, slmt hari ghaye. maaf zahir jer, batin lom lagik". HAHAHAHA. memang ai sukee masa tu, sebab 1st time as ni tegur ai. ye lah, as kan kerek. kira bila dia tegur tu, rasa macam melayang kejap. HAHA. ai pon sengihsengih manjhe jerk lah kan n belah balik rumah, sebab mata memang dah ngantuk giler, n esok pagipagi ai nak balik beraya kat pahang pulak.

sampai kat rumah, dh siap mandi segala, baru nak lelap, ai dpt 1 sms. no tu ai tak save. msg tu lebih kurang macam nie lah " hi, slmt hr ghaye. mtk maaf zahir je, batin lom lagik". tu lah kannn. ayat macam sama jer dgn ayat as tadi. ai pon macam malas nak reply sebab mata memang setim dah time tuh. lepas tu ade pulak call masuk. rupanyer as yg anta msg tu. sebab ai xreply so dia call la pulok! lepas dari malam tu, kitorang duk callingcalling, n berbalas sms. memang rasa syiok giler time tu, sebab mungemungecinta tuh dah ada. miahahaha. tak lama lepas tu, dalam seminggu je kot, berkat hasil daripada ayatayat manis as,kami pon declare dengan jayanya pada 29 oct 2006. yaa aa aww.

sampai lah sekarang, kami still kawan. tapi macammacam dah berubah. dulu masa kenal as, ai student lagi,tengah muda remaja,tp sekarang ai dah kerja. as pulak dulu, keje technician computer aje, skarang as dah jadik polis. haa, sebut pasal as jadik polis, masa tuh as masuk pulapol muar 9 bulan. hambik kau, menangis air mata darah ai mata tuh. yelah kan, as takleh bawak henpon. nanti lah, next entry nak story pasal as masuk polis. masa tuh hubungan agak goyah sebab kegatalan ai yang luar biasa. miahahaha.

tetibe tak sedar entry dah macam report sajerrrr. panjang kemain. :)) so dengan segansilumanjhemanjhekucing, ai stop dulu utk entry kali nie. sekian :)






phewit...kuwosnyer awak!

wah, kuwosnyer awak sekarang!!

oh my ! teringin nak dengar katakata kiamat tu dari mulut kawankawan terdekat, sedara mara, jiran tetanga & kalo boleh, nak semua orang yang jumpa cakap "wah, kuwosnyer awak sekarang!! muahahaha.

erms, bukan apa. sebab sekarang nie badan makin naik. pinggul rasa besar la pulok. kalo dulu boleh pakai t-shirt saiz S, sekarang dah segan nak pakai. nak pakai memang boleh, tapi segan la sebab lemaklemak terbojol sana sini. daripada orang duk kutukkutuk ai cakap ai demok *maaf, menggunakan bahasabahasa gedik, lebih bagus ai sorokkan lemaklemak tu. kan lebih bagus tu.

tang lengan pun sekarang nie bukan main mantop. dah macam lengan ahli bina badan. nak up jer kan. lengan dah macam ade ketulketul. hebat woh. tak tau macam mana tertiber leh dapat lengan macam tu. tu yang sekarang dah jarang beli baju short sleeve, sekarang beli baju semua stokstok long sleeve. aww, ai nak kaver lengan laaa wooiitt. sedeyhhh!!!

sekarang ni pun, ai dah mula berdiet. eceh, belah la, diet konon. ehh, tapi betul la, memang tengah diet sekarang nie. bukan lah diet yang extream, tapi diet manjamanja jerrr. diet manja nie lebih kurang cenggini.

kalau pagi, ai makan la kuih lapis yang beli kat restoren saji, depan rumah ai tuh. lepas tuh, time lunch ai makan sup sayur. masak siapsiap waktu malam, lepas tu bawak pegi opis. kadangkadang ai makan roti gardenia putih tu, tak pun roti wheatmeal, makan dengan sosej rebus, letak kacang panggang sikit, cicah dengan mayonis. memang menyandar la lepas tuh. wah, HEBAT nya diet ai. miahahaha!!!

kendian, malam pulak, ai tapau jer. selalunya ai tapau kat kedai sebelah petrona taman bersatu. menu malam ai xlari jauh. dalam kitaran kueytiaw kungfu , bihun goreng. kueytiaw ladna, kueytiaw hongkong, bla, bla, blaaaa.. tapi ai sure tak makan nasik. sebab nasik faktor utama yang membuatkan lengan ai berketulketul hebat! *tepuk tepuk.

setakat hari nie, dah 2minggu tak telan nasik, walaupun sabtu lepas tertelan 3,4 ketul nasi impit kat open house kawan pp. redha jer, sebab tertelan. secara tak sengaja okehhh. nama pon TER. dimaafkan. tp nasik impit tu xsempat nak jadik lemak, sebab lepas makan nasik impit tu, ai dah bakar lemak ai dulu kat SCM. jalan keliling SCM tu sambil cucicuci mata. huhuhu.

huh! tetiber rasa entry nie panjang. ehh, nak kata syok sniri pon takper. niat tulis blog saja sukasuka. bukan nak suruh semua orang baca. ai tak kesah. nak kutuk? sila lah. tak heran..*aww, kereknyerrr :))

ok lah, cepat la doakan ai kuwos. lepas ni boleh pakai baju chantik2 tanpa rasa malumalu meoww. kalo selim cikit, baru rasa yakin. huhuhu* ayat tak boley blah!


tetap nak pose walaupun lengan dah macam ahli bina badan. tskkkk.. sabor jerk lah

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


saye mahu LENGAN yang INI, INI, INI & INI!!!!