Pages

terasa makin hampir perpisahan itu

hai semua.

oh hari isnin yang indah. kenapa indah? yelah, indah sebab hari nie saya bangun seawal jam 6:50am * ehh, awal la tu. bila dah bangun awal, otak pun rasa fresh, seronok n gumbiraaa! HAHA, ehhh harihari ke bangun awal? kekeke. bangun pagipagi, masak sup sayur. gigih kan. takpe lah, pompuan memang harus macam tu.

sampai opis macam biasa, lewat. HAHA. standard 8:34 am. tak lari jauh dari rekod pencapaian asal. tetiber teringat aktiviti yang saya & housemate buat sabtu lepas. seronok jugak, sebab berjalan sakan. walaupun gaji belum masuk, & purse macam selim sikit, tapi gasak la, jalan tetap kena jalan. takkan nak memerap kat rumah aje? bosannnn la kan.

sabtu lepas, kami keluar rumah lepas zohor. memang dah plan nak try mee ketam kat restoren pak su kat juru. sampai je kat kedai mee ketam tu, perut macam makin lapar sebab macammacam bau adoo. kami order mee ketam, kerang bakar, sutun bakar, & air kelapa.

bab mee ketam tu, dr segi hiasan OK la, chanteq. ketam dia letak sekor setengah. sedapppp. srlupp...tapi kan, kuah mee dia xpekat. kalo lagi pekat, lagi sedap kot. tapi ape pun, saya makan jer, licin kot, tinggal kepala ketam & tulangtulang ketam jerr dlm pinggan.

kerang bakar kat restoren pak su tu memang superb. sedap , meleleh air liur saya kalo duk bayangkan. sutun bakar dia pon sedap, ada rasa macam ikan bakar pun ye jugak. ehhh pelik an, sutun bakar rasa ikan bakar? lantak lah an. sedapppp.... tapi ade liatliat sikit. :p

yang syoknyer, kat kedai pak su tu kite tak payah nak pakai kipas angin segala. maybe kedai tu dekat dengan laut ker hape an. memang best sebab ada angin sepoisepoi bahase. sebenarnya agak lama jugak lepak kat kedai pak su tu, maybe sebab gigih sangat nak mengerjakan ketam tu. makan masa jugak nak perabihkan ketam tu. huhu. sambil makan, duk bergurau dengan tuty, risau gigi terpatah disebabkan makan ketam! HAHA! choyyyy~

lepas dah lepak agak lama kt kedai pak su tu, kami meneruskan perjalanan. dalam kepala, duk pikir mana la nak pegi. tuptup kuar idea nak gi pusing2 pulau. dah masuk pulau tu, kami kononkonon nak gi cuci mata kat pantai area batu ferringhi, tapi bila parking penuh jer sepanjang jalan, dan dah alangalang kat sana, kami naik atas lagi sampai teluk bahang. teringat masa kecikkecik dulu penah gi ngan family kat empangan teluk bahang tu. ramai jugak manusia yang duk tersadai kat tepi empangan tu. tempat tu nampak macam aman damai jer, kalau nak release apeape ke, boleh la gi sana.
ni la empangan teluk bahang. sumber dari sini



okeh, lepas jer kami lalu kat empangan teluk bahang tu, kami pun teruskan lagi perjalanan & naik atas lagi. ermm, agak menyesal sebab jalan kecik sangatsangat, dan macam bengkangbengkok tahap melampau. dah tu asyik bertembung dengan kereta yang asyik makan jalan jer. geram jer. memang saya ingat jalan kat situ macam belokbelok, tapi xsangka la horror macam tu sekali an. maybe sebab dulu orang yang bawak kereta, sekali diri sendiri plak yang bawak kereta, tu yang macam tokojutt sikit.

masa lalu kat jalan belokbelok tu, boleh nampak view balik pulau yang indah permai. hari tu macam nak berenti, tapi jalan sempit lah pulokk. so kami teruskan perjalanan yang agak memeningkan tu dengan jayanya. sampai la dh melalui jalan NORMAL *jalan yang lurussss :). sampai kat bawah tu, dah pukul 6ptg. perut kami tetiber macam lapar balik semula, so alangalang dah kat balik pulau, kami pun terus jer singgah kat restoren laksa janggus kat lik lau *nama manjhe balik pulau..... ^__^

ni la signboard kat laksa janggus, lik lau


ini kunjungan kami yang ke dua ke laksa janggus nie. maklum la, bila dah tau tempat, rajin jer kaki nie melangkah kesana. bukan apa, maybe sebab teringatingat kesedapan goreng pisang mokcik tu. petang tu kami makan goreng pisang jer, sebab tengahari dah makan mee ketam, so kasi pewot nie relax sikit la. :)

goreng pisang laksa janggus, lik lau ^__^. shedappp uols~ ngeh3


lepas dah kenyang makan goreng pisang plus ABC, kami pon teruskan perjalanan. oh rupanya dah senja. lepas solat maghrib kat surau area balik pulau, kami teruskan perjalanan & berhenti kat balik pulau.indahnya view kat situ. tambah pulak dengan angin sejuk, dengan keadaan pewot yang kekenyangan. seronokkk...


ehh, sape gadis chomel berteleku ittew? :p







nice view kan?







matahari yang mula melabuhkan sayap. Indahnya ciptaan Illahi *_____*




okeh, lepas dah duduk atas bukit tu hampir sejam, kami pon beredar. macam awal lagi, baru pukul 8lebih. kami pon plan nak pergi tesco baru bukak kat bukit mertajam. sebab ada gosip cakap kasutkasut kat situ chanteq & murah. sampai kt tesco tu, kami tengok macam biasabiasa jerk. mahal lak tuh. & tesco baru tu macam bosan, kedai tak banyak!

dh hampir pukul 10pm, kami pon gerak balik umah. nak tengok cerekarama katanyerrrr :) okeh, dah habis sesi berjalan utk hari sabtu.

tujuan utama entry nie diwujudkan sebab bulan doblas makin hampir. & bulan doblas jugak permit keja ai habis. eh dah macam indon plak main permitpermit. lalala~ so dgn adanya entry nie, bila ai dah kerja tempat lain, atleast boleh la mengimbau kenangan an. ^___^


****terbayangbayang muka sorang mokcik misteri kat surau balik pulau. ai kena maroh sebab lupa tutup lampu toilet. sekali kena jelingan tajam daa, siap kena sound setepek atas kepala! cis!


No comments: