Pages

Kisah aku & syaitoon


Siyesly aku seorang manusia yang mudah dipengaruhi syaitoon
durjana!

Segalanya bermula apabila ada syaitoon
gonjeng yang rasuk aku utk berpoyapoya! memang dasar syaitoonkan, suka ganggu hidup orang beriman macam aku. maka bermulalah kisah aku berkawan dengan syaitoon.

Masa mulamula berjinakjinak dengan syaitoon, aku bagaikan lupa pada segalanya. aku lupa mak ayah aku, aku lupa family aku & yang paling teruk, aku lupa boipreng aku! itu lah penangannya bila terlampau syok berkawan dengan syaitoon.

Sampai satu tahap
gaban, boipreng aku dapat mengagak yang aku & syaitoon saling berhubungan sejak aku asyik mintak topup dengan dia, & kredit aku cepat habis disebabkan asyik melayan syaitoon itu.

Maka, apabila boipreng aku mula mengetahui aku berkawan dengan syaitoon, atau istilah lain aku kantoi berkawan dengan syaitoon, aku dicacimakidandihinanista oleh boipreng aku.dalam masa yang sama, aku dihukum untuk meninggalkan dunia pondan fesbuk yang penuh ranjau. oleh yang demikian, perlahanlahan aku meninggalkan dunia fesbuk dengan hati yang tak rela!

Setelah hampir 10hari aku tidak berfesbuk, aku mengalami sindrom cepat bosan bila berada di ofis mahupun di rumah! parah. jiwa aku kacau.

Tapi, banyak pengajaran yang aku dapat. aku mula insaf selepas dibrainwash oleh mak aku. mak aku nasihatkan aku agar jgn berkawan dengan syaitoon lagi. aku mula insaf & berjanjhi pada diri sendiri tidak akan terjebak dengan hasutan syaitoon.

sekian lah cerita tragis antara aku & syaitoon .

imma sexy devil babeh!!


p/s - sebab syaitoon tu jugak aku tukar no henfon. ai loike!!!!

1 comment:

zarifahmr said...

nak kawan dengan syaitooon jugak lah, nanti boleh tukar iphone 4 hehehe