Pages

Salam ppl :)


Dah petang-petang ni mood macam swing sikit. rasa macham nak lempang orang lajulaju jerrr. haha, emo?? apehal nak emoemo ni. 


ekceli kepala sakit semacam, tekak pun dah mula nak sakit. sebab ape pun tatau. maybe faktor cuaca kot. tak pon, sebab balik keja malam, kemudian kurang tidur. hehe, itu alasan sematamata sebab menchi balik kerja malam. 


hari ni diet hari kedua berjalan lancar walaupun ada goyang-goyang sikit. pagi tadi makan bubur nasi, tuty bawakkan bekal. maceh tuty. u so sweet like candy ;p lunch pun makan bubur nasik. hohoho. diet ker tu?


wat pengetahuan korang, bubur nasi kurang sikit kadar karbohidrat berbanding nasik. hoho. so boleh dikatakan hari nie saya berjaya diet dengan cemerlang tanpa makan stik. huhu :D


kat bawah ni saya tepek pic menu lunch saya for 2nd day diet. :D





Maceh tutty frutty for the porridge. super sedap dan kenyang jugew. hoho


hari pertama diet - hancuss!

Salam ppl :)


Hari ni merupakan hari pertama saya diet. lepas dah hampir 3 bulan meninggalkannyer. haha. kononkonon 1st day nak diet, memang teruja dia lain macham sikittt. pagipagi saya bedal bubur nasik made in cafe kat bawah opis. lepas tu, tengahari kononkonon macam nak sangat tunjuk diri ini tengah berdiet, saya tak turun pegi lunch, maka saya makan roti aje. dah kul 6ptg, perut mula terasa macham ada tendangan-tendangan hallllusss. yang mana dalam pukul 7ptg, makin ganas tahap tendangan tu, hampir terkena usus kecil. ouch.


maka lepas balik keja, lebih kurang kul 10mlm, saya singgah kedai makan. niat hanya konon-konon nak minum air barli suam. sekali barli habis. disebabkan frust sangat sebab barli habis, sekali diri ini ternoda tergoda dengan sizzling stik lahh pullakkk. oh demmit, super sedap. tapi masa suapan yang pertama, makan macam tak sedar diri yang diri tu tengah berdiet. sekali dah tinggal separuh, barula rasa macam ade tamparan hebat di pipi lalu memberhentikan suapan setakat tu sahaja. sayang sebab stik tu tunggal separuh. ;p


okay, sekian saja cerita utk 'hari pertama diet'. esok hari kedua, macam mana la agaknya yerrr.. hohohoho!!


p/s : nak lost weight 5 kg jer lagi. pliss my dear pewot, sila beri kerjasama!!!! 

Dua dah mati, tinggal lagi dua.... sob.. sob..

Salam.


Okay, RIP for my sepasang ikan arowana. giller sedih. pagi tadi semangat bangun pagi sebab nak tengok ikan arowana yang memang dah nyawa-nyawa ikan tu. tak sempat nak bagi nama.. dah mati pun. arghhh.. sedihsedihsedihhh... im sorry ikan kuuu... ;(


tak dapat bayangkan cemana sedihnya bila tengok dua ekor ikan tu dah mati. saya keluarkan ikan tu pakai senduk sebab saya geli nak pegang ikan... kemudian saya masukkan ke dalam plastik, dan letakkan air, lepas tu ikatkan dengan getah. petang nanti balik keja nak pegi tanam ikan tu. ;(( nak tanam kat mana pun saya tak tau..


hmmm, nasib baik ikan laga comel tu hidup segar bugar lagi. saya rasa la kan, faktor ikan arowana tu mati sebab takde oksigen. nak kata tak bagi makan , itu macam tipu jer.. sebab sebelum saya masuk tidur, saya dah masukkan makanan dalam akuarium tu.. ok, sedih. malas nak cerita lagi. nak tumpu jaga ikan laga jelah lepas ni. 


p/s : semalam masa nak tidur siap wish gud nite kat ikan. maklumla,1st time bela ikan dalam hidup. ngehngehngeh. tuptup mati pullakkkk.. ;((

Saya dah ada anak ikan sekarang!

Salam ppl! :)


Oh ye, saya dah ada anak ikan sekarang! semua elokelok! comelcomel. gebugebu. kulit licinnn jer, gred AAA. hebat tak? mana dapat anak ikan pakej macam tu? dan  boleh pulak boifren saya izinkan saya bela anak ikan, malah dia yang dapatkan anak ikan tu, dan berikan kepercayaan penuh pada saya untuk jadi seorang mak ikan yang berkaliber dan penyayang. kahkahkah..!!


eh eh ehh, apekehalnya saya nak menjadi mak ikan pulak ni? thehehe. yang sebenarnya, saya sekarang dah ada kawan baru kat rumah. kawan dengan anak IKAN beb.bukan ANAK IKAN yang spedospedo tu. NO NO NOOO! ini the real anak ikan. ada 4 ekor semuanya. dua ekor ikan laga, sekor tu kaler pepel, sekor kaler biru. lagi dua ekor ikan arowana.  semua comel-comelll. geram rasa nak gigitgigit, nak cubitcubit. nak pegang ikan tu, tapi kan.. saya rasa geli la pulak nak pegang bendabenda licin dan bergerak ni. .


sebenannya ikan tu boifren saya belikan petang tadi. balik keja, tengok-tengok ada ikan. eee, sukeeee sangat tau, sebab memang dah cakap dari dulu kan, teringin nak bela ikan. finally, dapat jugak. tapi.........tapi.......kan... ikan arowana kita yang sekor tu buat hal pulak tadi. tibatiba tak nak berenang. and duduk kat bahagian bawah akuarium je. saya ingatkan dah nak mati sebab insang dia dh terbukak luas.


terus saya rasa nak termenangis sebab sayang lah kan, baru jer bela ikan tu tak sampai 24 jam, kemudian ia dah nak mati. apekah?? dengan penuh cuak, saya tukarkan air akuarium tu, titiskan cecair anti klorin, dan masukkan balik ikan tu dalam air yang dah ditukar tadi. kemudian saya taburkan makanan ikan. dengan perlahan ikan arowana yang macam dh nak mati tu berenang semula, dan makan makanan tu. tak lama lepas tu, ia kembali aktif, siap berenang kuak lentang lagi. hehe. amin!! nasib baik tak mati, kalau tak, siasia saya jadi pembunuh. ngengengeee~


OK, baru saya tahu, rupa-rupanya ikan arowana nie kuat makan. padahal saya dah masukkan agak banyak kuantiti makanan ikan dalam akuarium tu. lepas tu habis. bagi makan lagi, lepas tu habis.apekah??? nampaknya, anak ikan saya kuat makan, kalah owner nampaknyer. tehehe, takpelah, lepas ni saya kena beli makanan ikan banyakbanyak. jangan mati sudahhhh. kata nak komitmen kan? hehe. amik kau, sekarang saya dh galas tanggungjawab, utk menjadi seorang mak pembela ikan yang penyayang, bukan si pembunuh ikan. kehkehkeh~


ha, lupa nak bagitahu. nama ikanikan tu masih dalam pencarian. miahaha, haih, macammacam lah kan pe'el mak ikan ni. ngehngehngeh. ok ppl, doa saya  semoga bangun pagi esok, ikanikan ku bernafas segar TANPA ADA YANG TERBUNTANG MATANYA!!. hihihi. niteeee!!!!!


p/s: disebabkan saya muflis tiada henfon berkamera malah tiada kamera, gambar ikanikan saya tak boleh nak show off. tungguuuuu yer :)

Oh my! pucat gigi ai.

Salam ppl :)


Dulu bila tengok drama @ movie cerita seram, saya la juara, sebab saya tak tutup muka dengan bantal sikit pon macam yang kawan saya selalu buat. thehehe. sampaikan kawan saya tutup muka dengan bantal, dan tanya saya, apa yang terjadi dalam tv tu, dan saya boleh cerita sebijik sejibun apa yang berlaku dalam tv tu, even hantu tu tengah muncul dengan muka buruk gilerrr.  punyala berani time tu. berani  pun sebab ada orang duduk sebelah temankan. tapi sekarang...


tapi sekarang kan, sekarang........saya jadi takut sampai pucat gigi taw taw nak tengok drama seram ni. huwaaaahaha. asal ada cerita seram, opkos nak tengok. tapi bila part hantoo keluar, cepatcepat alih siaran! whatthechomellahkan. gedik habis.. kehkehkeh!! maybe sebab saya tinggal kat rumah sorang-sorang. tu yang jadi takuttt tu. padahal dalam hati nak tengok, nak tengokkkk. tapi tetiba jadi penakuttt yang amat. heheh. entah kemana perginya keberanian yang dulu. cey cey ceyy. keberanian katanyer. mengaku jerlah yang diri tu penakut *___*. muehehehe :D


tapi kan, taakut tu sekejap je. bila dah lepas sejam dua lepas tu, never nak ingat dah cerita hantohanto mengarut itu. hakhakahhak~ hebat kan sayeee :D. sila angguk dan cakap saya hebat sekarrrang. big LOL! :p



setakat hanto kak limah ni, sikit pun saya tak takottt. haa,cakap besar..cakap besarrrrr.  ;p


Sessi memanjakan perut

Salam.


Seindah suria di pagi Khamis, hati rasa seronok berbungabungaaa tatkala memandu menuju ke pejabat pagi tadi. seronok sebab kekasih hati belikan sarapan nasi lemak kepci pagi-pagi tadi. ngehngehngeh. 


hari ni nak cerita fasal makan. selasa lepas, lepas waktu kerja, saya dengan member, tuty,  terjah ikea utk pengalaman pertama merasa meatball ikea, sebab tengok kawan-kawan upload gambar kat fesbuk, semua cakap sedap sedap sedappp. yes, seriously people, saya tak pernah makan meatball ikea. pity kan..?? hehehee. jadi kami pun merajinkan diri meredah jem utk ke damansara. jem takyah citer, tapi demi sesuap meatball, kami gagahkan diri, yang sememangnya nampak seperti gadisgadis gagah :D


kitorang sampai ikea dah dekat maghrib. lepas maghrib, kitorang pun melajukan diri beratur. kalau nak tau, ni pertama kali saya masuk cafe ikea. sebelumsebelum ni saya pegi ikea untuk beli barang rumah je. 


nasib kitorang baik, masa beratur tu tak berapa nak panjang barisannya. kitorang ambik kek daim, meatball, pasta, dan muffin.


kek daim yang menyelerakan. sesesedappppp!



ini lah meatball ikea tu. sapa suka daging, sure sukaaa ni. saya suka kuah dia je. super sedappp!

masa suapan pertama utk meatball tu, macam "oit oit oitt sedappnya kuah meatball ni". bila dah masuk suapan ke 7-8, dan seterusnya, tekak dah mula mual. heheh. bukan sebab tak sedap, tapi bila dah makan banyakbanyak, rasa muak pulak. lagipun saya bukanlah penggemar daging :)


tapi kek daim memang sedap dan terbaiklah. haha. okey okey, dah mula ada benda yang saya gemar ni, susah sikit la nanti, sebab tiap-tiap minggu nak kena 'melawat' cafe ikea. heheh. macam mana ni? macam mana? oh proses diet nak mula minggu depan. jadi macam manaaa?? :(


kesimpulannya, pengalaman pertama makan meatball ikea memang syokk. tak rugi datang jauhjauh dari subang tu. lepas dah berjamjam lepak kat cafe ikea, kami decide nak balik and before balik, kami tapau karipap ikea pulak. makan makan makan. yer, itulah diet terbaik. makan kena kerap, tapi dalam kuantiti yang sedikit. erkk, tapi sedikit ker saya makan? ngehngehngeh .


ok, itu jer nak cerita. lepas ni, nak bawak kekasih hati pulokk pekena kek daim, sebab dia suke kek, suke cekelat. :))


p/s : bersedia mental dan fizikal untuk mulakan diet minggu depan. okay, sebut kuatkuat, DIETTTT!!! ngehngehngeh~



Penghijrahan. bila tu??

Salam.


saja jer nak update malam ni, walaupun takde story yang best. yang tak best ada banyak nak story, antaranya kerja yang kelamkabut kat ofis tu sampaikan balik pukul 11malam. apekah?? tapi saya redha. cuma itulah, kalau dah malam, otak nie dah penat. sampai tak larat dibuatnya.

ok, berbalik kepada tajuk entry, penghijrahan. penghijrahan tu ada banyak konsep. tapi yang saya nak cerita kat sini fasal bertudung. saya akui saya selalu on & off bertudung. kalau boleh, saya nak on memanjang. teringin nak pakai shawl belitbelit comeyy tu. tapi itulah, tak guna kalau niat nak bertudung tu sematamata kerana nak berfesyen, tapi biarla niat tu datang ikhlas dari hati. insyaallah nanti tibalah masa tu... DOAKANLAH! ^__^


ok, nak upload pic saya bertudung. ini edit k. 







ok, amacam, comeyyy tak? HAHA. lempang T__T

ok,sekian ^_^

REVIEW yang tak berapa nak REVIEW

Salam semua.


Malam ni saya teramatlah bosan. duduk rumah sorang-sorang. dengan astro yang dah kena potong. walau dah bayar, tapi tetap tak boleh tengok lagi. inactive card katanyerr..layankan jerlah. nasib baik ada laptop hakmilik company sedekah kat saya, dapatlah online kat rumah. berbekalkan berukband celcom yang sekejap-sekejap disconnect. rasa macam nak lempang-lempang ajeeeee.


hari ahad lepas, saya tengok movie "I am Number Four". overall memang best. mantap jugak, cuma banyak scene yang bercakap. dan ada makhluk-makhluk "Mogs" yang  bermuka seram dan menggelikan. ai dun like. ape-ape pon, korang wajib tengok sebab hero and heroin dia super hawt. :D


okay, malas nak cerita panjang sebab menyampah dengan berukband yang asyik nak dc.apekahhh?? mintak kena campak ler tu. haihhhh!!!


layan gambar nie k. 


OKAYYY! berukband is so selow. cannot upload pic. tensen. BYE!!


*****geramgeramgeramgeramgeram dengan celcom berukband*****