Pages

Sessi memanjakan perut

Salam.


Seindah suria di pagi Khamis, hati rasa seronok berbungabungaaa tatkala memandu menuju ke pejabat pagi tadi. seronok sebab kekasih hati belikan sarapan nasi lemak kepci pagi-pagi tadi. ngehngehngeh. 


hari ni nak cerita fasal makan. selasa lepas, lepas waktu kerja, saya dengan member, tuty,  terjah ikea utk pengalaman pertama merasa meatball ikea, sebab tengok kawan-kawan upload gambar kat fesbuk, semua cakap sedap sedap sedappp. yes, seriously people, saya tak pernah makan meatball ikea. pity kan..?? hehehee. jadi kami pun merajinkan diri meredah jem utk ke damansara. jem takyah citer, tapi demi sesuap meatball, kami gagahkan diri, yang sememangnya nampak seperti gadisgadis gagah :D


kitorang sampai ikea dah dekat maghrib. lepas maghrib, kitorang pun melajukan diri beratur. kalau nak tau, ni pertama kali saya masuk cafe ikea. sebelumsebelum ni saya pegi ikea untuk beli barang rumah je. 


nasib kitorang baik, masa beratur tu tak berapa nak panjang barisannya. kitorang ambik kek daim, meatball, pasta, dan muffin.


kek daim yang menyelerakan. sesesedappppp!



ini lah meatball ikea tu. sapa suka daging, sure sukaaa ni. saya suka kuah dia je. super sedappp!

masa suapan pertama utk meatball tu, macam "oit oit oitt sedappnya kuah meatball ni". bila dah masuk suapan ke 7-8, dan seterusnya, tekak dah mula mual. heheh. bukan sebab tak sedap, tapi bila dah makan banyakbanyak, rasa muak pulak. lagipun saya bukanlah penggemar daging :)


tapi kek daim memang sedap dan terbaiklah. haha. okey okey, dah mula ada benda yang saya gemar ni, susah sikit la nanti, sebab tiap-tiap minggu nak kena 'melawat' cafe ikea. heheh. macam mana ni? macam mana? oh proses diet nak mula minggu depan. jadi macam manaaa?? :(


kesimpulannya, pengalaman pertama makan meatball ikea memang syokk. tak rugi datang jauhjauh dari subang tu. lepas dah berjamjam lepak kat cafe ikea, kami decide nak balik and before balik, kami tapau karipap ikea pulak. makan makan makan. yer, itulah diet terbaik. makan kena kerap, tapi dalam kuantiti yang sedikit. erkk, tapi sedikit ker saya makan? ngehngehngeh .


ok, itu jer nak cerita. lepas ni, nak bawak kekasih hati pulokk pekena kek daim, sebab dia suke kek, suke cekelat. :))


p/s : bersedia mental dan fizikal untuk mulakan diet minggu depan. okay, sebut kuatkuat, DIETTTT!!! ngehngehngeh~



2 comments:

tuty latifah said...

DIET???ape tu??sejenis paru2 di salut tepung crispy kah?

Unknown said...

diet tu ialah ...sila tanya cik mat. macehh :))