Pages

J A N G A N terlalu mencari K E S E M P U R N A A N



Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...

Kerana ia akan
SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia
akan
MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ...
Setelah kamu memberi banyak
PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai
MENYAYANGIMU
hendaklah kamu
MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan
TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin
TIDAK dapat MELUPAKAN
segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....

cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH
seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu
KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu
MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan
TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan...
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU
. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba
MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar
KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan
KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL

4 comments:

MartolaVesitus said...

btui tu,semua manusia tidak sempurna,carilah kebahagiaan,bukan kesempurnaan...

Kumbang Jingga said...

takde yg perfect kt dunia ni..kalau cari sampai kiamat pun tak jupe kot hehehehehe

haqqiem said...

Like2 ;-)

mohd akmal said...

terharu