salam semua.
pagi tadi masa nak turun pegi keja, sy tunggu lif sensorang kat tingkat 17, kendian datang jiran sy, sorang aunty tunggu lif secara berjemaah.
tunggu lif bukan main lama lagi sebab daripada 3lif tu, just 1 lif je yang elok. sambil menunggu, aunty tu bukak cerita pasal anak dia umur 9 tahun pernah naik lif sesorang dari tingkat bawah and sampai kat tingkat 17, bila pintu lif terbukak, ada dua orang budak lelaki duduk betul2 depan lif, acu pisau and then mintak barang apa yang anak aunty tu ada.
anak aunty tu pada masa tu ada duit RM5 hengget and henpon seketul. anak aunty tu cakap dia just ada RM5, tapi budak jahat dua orang tu tak kesah, tetap nak jugak duit and henpon..
seee... bayangkan mcm mana kalau kite semua kat tempat anak aunty tu... kalau macam sy ni, pegi keje balik keje duk angkut laptop, henpon, and duit dalam purse.....takkan bila dah kena acu pisau, sy tak bagi pulak kan. for sure akan bagi. huk3.
seeee, betapa tak selamatnye pangsapuri permai ni. erm, bukan kat sini je tak selamat, kat mane-mane pon tak selamat jugak kan. takpelah, just berwaspada aje lah buat masa nie..
sama2 kite semua amalkan.. kadang2 kalau benda nak jadi, kita sendiri pun tak sedar..
No comments:
Post a Comment