Pages

Happy 4 months old Aryan Ziqri!

Aryan Ziqri,


Hari ni Aryan dah berusia 4 bulan. Selama 4 bulan ni, mama cium aryan dan gomol pipi aryan yang makin hari makin lebar tu. mama peluk aryan dan dodoikan aryan tidur walaupun sekarang Aryan dah pandai keraskan badan masa mama nak dodoikan Aryan. selama 4 bulan ni, mama cuba biasakan diri menjadi seorang mama.  Setiap hari mama memanjatkan syukur kepada Allah kerana menghadirkan aryan dalam hidup mama dan ayah. Selama 4 bulan ni juga, baru mama tau perasaan sebenar bergelar seorang mama. Selama 4 bulan ni, mama dah merasai kepenatan. tapi ianya adalah antara perkara terbaik yg pernah berlaku dalam hidup mama. Aryan sekarang semakin membesar. macam tak percaya bila tengok booties aryan makin tak muat. dah besar anak mama.  dulu mama nak pegang pun takut2 sebab lembik sangat! 


Mama suka sangat bila aryan dah pandai senyum. senyuman aryan buat mama cair. ye. senyuman tak bergigi aryan boleh punahkan rasa penat mama seharian di tempat kerja. hebat betul kuasa senyuman tak bergigi aryan tu. mama tengok sekarang aryan suka 'bercakap' bahasa aryan. 'enggehh', perkataan kesukaan aryan sekarang ni. kadang aryan ketawa sorang2 'hekkkk hekkkkk' sampai naik2 bahu aryan ketawa. mama rasa bahagia sangat tengok anak mama dah mula pandai menggenggam dan pegang barang mainan yang ayah belikan.


aryan suka dengar mama nyanyi walaupun kadang-kadang mama nyanyi lagu buai laju2 je pun. tersengih2 aryan gelakkan mama. aryan suka tengok tv. kadang2 aryan ketawa kuat bila mama tunjukkan flash card pada aryan. 


Mama doakan agar bulan depan akan jadi lebih seronok untuk aryan. aryan akan explore banyak lagi benda baru. semoga aryan akan jadi anak yang bijak, juga soleh yang mendoakan mama dan ayah. 





i love u to the moon and back Aryan Ziqri mama!


4 comments:

شركة مكافحة حشرات said...
This comment has been removed by a blog administrator.
شركة مكافحة حشرات said...
This comment has been removed by a blog administrator.
شركة مكافحة حشرات said...
This comment has been removed by a blog administrator.
شركة مكافحة حشرات said...
This comment has been removed by a blog administrator.