wah, laju jer aku update belog. nampak sangat aku bosan kat tempat keje, and takde benda yang boleh aku lakukan selain surfing and blogging. sesungguhnya aku bosan, bosan, dan bosan!
memandangkan esok cuti CNY, akulah manusia yang paling happy . bukan sebab aku nak makan 'busat' (busat ialah besar yer kawan-kawan), tapi sebab aku dapat cuti sampai hari ahad. gumbirrrrararara, kata kauu!
okay, berbalik kepada tajuk entry kali ni iaitu ARNABatau nama omputihnyer RABBIT. semua orang tau arnab sejenis haiwan yang chomel lotey. arnab adalah haiwan keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. mereka-mereka yang dilahirkan pada tahun arnab dikatakan seorang yang gumbira, berbakat, senang didampingi, rendah diri, tidak sombong, tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi dan sentiasa beruntung dalam apa jua yang dilakukan.
Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka adalah teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain.
Masyarakat Cina percaya tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan pada tahun arnab. Segala yang dirancang, jika direncana dengan baik akan memberi hasil yang menakjubkan. Jika anda menceburi bidang perniagaan, pengeluaran, ia adalah tahun yang amat baik untuk mengembangkan perniagaan dan mengaut keuntungan.
Namun, masyarakat Cina juga percaya. mereka ini perlu berhati-hati dan tidak terlalu menurut kehendak serta berlengah.
Okeh, itu lah serba sedikit pasal puan seri arnab yang aku ambik sumber dari bharian.com.my. arnab chomel kan. nowadays ramai yang dah berjinak-jinak bela arnab. tak mahal pon, dalam 40 henget dah boleh dapat sekor, tapi harga mengikut baka lah. kalau baka baik, maybe mahal ler sikit.
tapi sekarang aku cenderung nak pelihara ikan emas aka gold fish ;p. pergh, ikan emas lah pulok. nak beli emas tak mampu, mahai sangat. so ingat nak bela ikan emas aje lah. tunggu gaji, nanti aku nak beli ikan emas and letak dalam bilik. hohoho. baru lah aku ada kawan kat rumah, memandangkan aku pon duduk sorang-sorang kat umah ^__^.
nota kakiku: sedang sebok menggoogle cara-cara nak bela gold fish. risau nanti baru 3,4 hari duduk dengan aku, aku dah jadi pembunuh bersiri, sebab gold fish aku KO. thehehe ^__^
salam sayang,
ctzainal
No comments:
Post a Comment