Saya mahukan perubahan. jadi disini, saya ingin menukar gaya penulisan saya yang dahulunya lebih banyak menggunakan ganti diri "saya", dan tidak lama kemudian menukar dengan "aku". Maka kini, saya akan digunakan sepenuhnya ya, kawan-kawan.
Semalam hari sabtu. hari untuk merehatkan minda, hari untuk bersuka ria. tapi pada saya, semalam tak lah seceria, sehappy hari-hari lain. makin lama, saya rasa ia makin pudar. ia makin layu. mungkin berkesempatankah bersatu? mungkin tidak? ya, mungkin ramai tertanya-tanya, apa yang makin pudar, apa yang makin layu? jangan cuba meneka, kelak anda yang sakit. :p
berbalik pada cerita sabtu, semalam saya tengok wayang. macam biasa, kat times square. dekat dengan rumah dan taklah beratur panjang, sebab kat level sepuluh pun boleh beli tiket, selain level 3 yer kawan-kawan. maybe ramai yang tak tahu kat level 10 boleh beli tiket wayang, sebab memang jarang orang beratur kat situ, melainkan kat level 3 yang sememangnya ramai.
semalam, saya tengok "The Mechanic". plot cerita yang sangat sangat menarik, juga hero yang menarik. mengisahkan tentang Arthur Bishop lakonan Jason Statham yang pernah berlakon cerita Transporter tu. arthur bekerja sebagai 'mekanik'. yer, mula-mula saya ingatkan mekanik encik pomen, tapi mekanik disini ialah pembunuh elite dengan bakat yang unik. Tapi bila Bishop membunuh mentor dan merangkap rakan baik beliau iaitu Harry, bishop mula rasa lain macam sebab dia tahu yang dia dah ditipu oleh orang yang upah dia untuk bunuh harry.
lagi mengharukan, bila harry meninggal, anak harry, steven nak berguru dengan bishop, cara-cara nak bunuh orang dan self-confident. bishop ajar anak harry , dan kemudian diorang sama-sama buat assigment bunuh-membunuh orang. last sekali, steven tahu yang bishop la pembunuh ayah dia, harry. maka nya, di akhir-akhir cerita, steven plan nak bunuh bishop. tapi biasa la, mana ada hero yang mati kan.bishop tak mati, tapi steven yang mati. kalau nak tengok macam mana bishop berjaya melepaskan diri dari dibunuh oleh steven, korang sila la tengok cerita ni kat panggung wayang. saya bagi 3.5/5 bintang :)
No comments:
Post a Comment