Pages

Happy 4 months old Aryan Ziqri!

Aryan Ziqri,


Hari ni Aryan dah berusia 4 bulan. Selama 4 bulan ni, mama cium aryan dan gomol pipi aryan yang makin hari makin lebar tu. mama peluk aryan dan dodoikan aryan tidur walaupun sekarang Aryan dah pandai keraskan badan masa mama nak dodoikan Aryan. selama 4 bulan ni, mama cuba biasakan diri menjadi seorang mama.  Setiap hari mama memanjatkan syukur kepada Allah kerana menghadirkan aryan dalam hidup mama dan ayah. Selama 4 bulan ni juga, baru mama tau perasaan sebenar bergelar seorang mama. Selama 4 bulan ni, mama dah merasai kepenatan. tapi ianya adalah antara perkara terbaik yg pernah berlaku dalam hidup mama. Aryan sekarang semakin membesar. macam tak percaya bila tengok booties aryan makin tak muat. dah besar anak mama.  dulu mama nak pegang pun takut2 sebab lembik sangat! 


Mama suka sangat bila aryan dah pandai senyum. senyuman aryan buat mama cair. ye. senyuman tak bergigi aryan boleh punahkan rasa penat mama seharian di tempat kerja. hebat betul kuasa senyuman tak bergigi aryan tu. mama tengok sekarang aryan suka 'bercakap' bahasa aryan. 'enggehh', perkataan kesukaan aryan sekarang ni. kadang aryan ketawa sorang2 'hekkkk hekkkkk' sampai naik2 bahu aryan ketawa. mama rasa bahagia sangat tengok anak mama dah mula pandai menggenggam dan pegang barang mainan yang ayah belikan.


aryan suka dengar mama nyanyi walaupun kadang-kadang mama nyanyi lagu buai laju2 je pun. tersengih2 aryan gelakkan mama. aryan suka tengok tv. kadang2 aryan ketawa kuat bila mama tunjukkan flash card pada aryan. 


Mama doakan agar bulan depan akan jadi lebih seronok untuk aryan. aryan akan explore banyak lagi benda baru. semoga aryan akan jadi anak yang bijak, juga soleh yang mendoakan mama dan ayah. 





i love u to the moon and back Aryan Ziqri mama!


Baju Nikah Untuk Disewa

Assalam

hai, mencuri masa sedikit untuk update

Aku cadang nak open baju nikah, veil dan shawl untuk disewa. 

meh nak tunjuk sikit baju yg open for rent tu yer.

Full pic baju nikah yang nak disewakan













Baju pompuan je tau yang open for rent. kalau sapa2 berminat, atau nak lebih details, boleh email yer.

Email : ctzainal3885@gmail.com

Thanks!



Aryan Ziqri

hai assalam semua

phuhh.. phuhhh. 

tu konon-konon macam hembus habuk kat blog ni.

last update blog masa pregnant 7bulan lebih. now dah selamat melahirkan pun. anak pun dah masuk umur 3 bulan lebih.  lamanyeeelah tak update blog.


16 september 2014. selamat melahirkan seorang bayi lelaki, beratnye 3.03kg. diberi nama Aryan Ziqri. yang membawa maksud,  kekuatan penuh, yang memuji Allah. Inshaallah.


Cerita pasal sakit nak beranak?haih. masih segar dalam ingatan.. hehe. ingat lagi kata-kata midwife kat labour room tu. orang bersalin ni, takde macam kat dalam drama tu. sakit sikit je, teran sikit poppp terus keluar anak. lol. 


sikit kronologi masa nak lahirkan aryan. malam sebelum tu tawaf 1 downtown seri kembangan. before nak pegi tu, macam ada rasa sakit kat bahagian ari-ari. tapi rilek je lagi masa tu drive pegi downtown. balik umah pukul 1 pagi. pagi tu dalam pukul 7lebih, ada rasa basah sikit. pergi toilet. balik dari toilet, dah mula rasa sakit sekejap2 kat perut, macam sakit perut memulas.


pukul 11:00 pagi, ajak husband and mak pegi hospital. terus pegi kat kecemasan, kemudian doktor check bukaan, dah 5cm. masa tu tak sakit sangat pun, masih mampu tersenyum. ditolak masuk labour room menaiki wheel chair. perasaan macam2 masa tu. macam tak caye diri dah nak bersalin. sebab ikutkan due 21hb. means lagi 5hari nak ke tarikh tu.


dalam pukul 12, masuk labour room, midwife setup semua benda alah CTG scan, and masuk air kat tangan .and time tu, dah mula sakit sikit-sikit. midwife offer sedut gas entonox. kata dia, once dah 5cm bukaan, no more epidural.  memang kalau boleh tak nak ambik epi. 


start zohor tu, sakit contraction makin ganas. haha, yer, sakit dia mcm mana nak cakap. lebih kurang macam nak kena cirit birit yg bulu roma tegak berdiri tu. ha gitu kot? ke sakit lagi. mungkin lebih sakit dari tu :D


dalam pukul 2 lebih tu, doktor datang adjust apa benda tah kat tempat masuk air tu. sejenis induce ke? tak pasti. ada org cakap induce ada 2 jenis, 1 yang masuk ikut bawah guna pil. and 1 lagi jenis masuk air. tapi once doktor adjust bagi kuat benda alah kat tempat masuk air tu, sakit contraction tu makin hebat sampai suruh husband kipaskan.panas kot. berpeluh2.  ada dekat 3jam husband berdiri kat sebelah tolong kipaskan. puas belah kiri, dia gi belah kanan. haha. peluh takyah cakap, macam baru lepas joging kot eh.  tapi masa tu, tenaga kurang. sebab apa? pagi before gi hospital, just minum susu kambing secawan and kuih bahulu seketul. pastu malam yg gi downtown tu, boleh pulak tak makan ape2 konon2 kenyang. cheh. ambik ko, masa nak push kemain tak larat.


pukul 4:33 ptg, selamat melahirkan aryan ziqri dengan susah payah. oooo gitu rupanye sakit bersalin. hebat betul rasa dia. terus rasa insaf and sayang sgt2 kat mak sendiri. haha. sebab dah tau mcm mana sakitnye nak bersalin tu. bila kenang balik kesakitan masa contraction, rasa seram pulak.


kronologi macam tak best sgt eh? malas nak cerita detail sangat. haha. janji main point dia. betapa sakitnye bersalin tu, hanya diri sendiri yang rasa. setiap org, sakit dia lain2. ada yang sakit sikit2 je. ada yang tak sakit. eh ade ye? haha. 


meh nak belanje sikit gambar aryan. first time di blog kan :)



Fresh dari dalam perut :D



layan perasaan



start umur seminggu dua, dah terer keluarkan tangan dari bedung. hehe
kenyit mata sikitttt



senyum semasa tidur tu biase kan yayan kan
Ni tengah tido ni. tapi senyum. 
Dalam pantang lagi ni, wan mandikan 
rambut lebat masa ni
dah botak! yeayy

dah pandai selfie pandang kamera. good boy!




ok, dah bujang sikit :D
Hah. kemain banyak dah gambar aryan. nanti mother sambung update pasal aryan kat blog.  mother ketandusan idea dah haha. :D