Pages

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Hari jumaat edisi luahan perasaan gadis teraniaya

Salam jumaat uols semua.


Mood lepas bangun tido pagi ini sangat fresh, siap boleh masak sup ayam versi sayur satu ladang ai taruk dalam itu sup. 


Sup ayam pon ada kisahnye. semalam balik keje ai singgah kedai kat tingkat bawah, beli semua barang keperluan untuk masak sup ayam. beli ayam and sayur yang macam-macam hade. naik atas rumah, terus mulakan aktviti memasak. lepas dah pung pang pung pang kat dapo, tumis bawang, taruk air, taruk ayam, taruk serbuk sup. pastu macam rasa ada benda yang kurang. rupenyer sup bunjut tak letak lagi. pastu cari punya cari dalam kabinet dapo, macam takde, maka sup bunjut ialah dah habis stok kat rumah ni. memang stress kejap. nak turun tingkat 1, memang kirim salam ar sebab rumah ai tingkat 17. pastu terus matikan api dapo, bagi ayam-ayam dalam periuk tu peluang bertapa ke, bertafakur ke,lantak diorang lah. haha


menda alah ni lah yang berjaya mematahkan semangat master chef ai malam tadi


Pastu pagi tadi sebelum gi opis, baru sambung masak sup tu. maen campak-campak je sayur dalam tu, ade kubis putih tu, letak sawi sikit, tomato, and bunga kubis, and my peberet ever and ever batang saleri pon hade jugak. 




HAHA. ok lah. aku dah tercerita pasal masak pulak. padahal nak citer pasal kejadian JEM pagi tadik je. aduhyai pon!


begini cerita dia. lepas maen masak-masak tu, dalam kul 730 setel lah semuaaa. maka kuar ler rumah kul 830 sharp okeh! memang jarang benor ler ai nak kuar rumah awal-awal cengitu.


sekali, kuar je simpang sup meletop, mood terus down sebab kereta penuh atas jalan. jem macam harrem. memang masa tuh rasa nak menyumpah je dalam hati. nak menyumpah dekat siapa? tak penah-penah jem kat situ, dibuatnye jem kat situ, memang rase nak meroyan kejap.


bayangkan kuar rumah pukul 830, pukul 945 baru lah lepas azab sikse jem tu. tengok kat depan tu, takde eksiden pon. pelik kenape perlu jemmm.. ah.. maybe sebab kl banjir kot. bila jalan dah clear tu,  memang ai bawak kete kat federal dah macam orang gile, main cilok jer sampai lori pon hon ai. tanjat boboi! . semua sebab masa dah time. ampunkan ai abg lori!!  haha. memang stress kooo! last-last, sampai opis kul 10suku! memang rekod terbaek yang memang rase nak hempuk! da lah asik2 muka ai ni je yang datang opis lambat. imej betul........


mase jem tuh, sempat lagi pikir, kalo susah2 sangat, uturn, balik rumah and sambung tidooo. tak pon , nak half day, yakni masuk lepas jumaat. tapi bile memikir testing tak habis buat lagi, terus je cancel niat tu. hehe! ape-ape pon syukurrr alhamdulillah berjaya sampai opis walopun time naik opis ter beriringan dengan geng-geng opismate laki yang baru balik breakfast. hew hew hew. nampak benor aku macam pempuan yang selebet yang bangun lambat ke opis. padahal titew tak macam tu pon #pang!!.. memang imej betul. huhuhu!


okay, thats all for today! :)


p/s : pftt, lega sungguh dapat menulis. haha. bayangkan, dengar sketsa johara time jem pagi tadi  pon gua tak gelak der. memang stress gua! sekarang tak stress dah ^__^  

Apa yang lawak nye pun? memang melawakkan pun.......

salam uols semua






minggu depan dah nak cuti sebab kaum cina nak sambut CNY. alangkah seronotnye dapat bercuti selama 4hari, walaupun cuti tu hanya balik ke kampung, and dah pastinya kena memasak, kena jemur kain baju, tapi tak kesahlah, janji boleh relax sikit.






walaupun cuti tu start minggu depan, tapi mood cuti dah terasa dahhhh sekarang nih...maklumlah..... mood nak cuti tu mestilah kena lebih sikit. hover ko kan, macam tak pernah dapat cuti je gayanya.




okaylah. hari nie sebenarnya saya nak cerita pasal MOOD.




sume orang ade mood. mood ni ada macam-macam. takyah describe pon semua orang tau. kalau kat facebook tu, bersepah umat manusia yang menyatakan mood secara terang-terangan kat status update diorang.


macam saye, pagi td memang mood ke laut laaahh time nak bersiap pegi keje. time tengah iron baju tu, boleh plak pikir "eh hari ni , kalau MC pon chantekk niii". tapi nasib baiklahhh bisikan syaiton tu tak power sangat, maka terbantut  lah hasrat murni nak MC ituh. 


lepas dh bersiap-siap dengan bedak pun tak pakai *kate takde mood, mane boleh mekap2 sangat, terus je la masuk dalam kereta, sekali lagi rase malas plus menyesal pegi keje sebab jalan kat kuchai lama itu jam pulak sesangat hover dan hazab, tak macam selalu.. TAPI....


mood yang takde tadi bertukar bila on dorio radio ERA, sekali dengar JoHaRa pagi ERA, dengar aje gelak "hahahhahahhhhaha" johan tuh, terus senyum sensorang.


 johara tu ialah gabungan johan, hanif dan ray.




memang ada orang kata, gelak johan dalam segmen johara pagi era tu sedikit annoying, tapi kesah pulak aku. hahaha. sebab bila dengar celoteh johan dalam tu, dibantu plak oleh ray dan hanif, terus jer mood happy. dah tak berapa nak  meroyan sangat dh nak bila time nak pegi kejaaa. see, kuat tak kuat nya pengaruh hiburan dan radio dlm kehidupan. hihi..


so saya syorkan, pada sape-sape yang boleh terima and masuk dgn  lawak johan, boleh la layan johara pagi era. bukan ape, ade sesetengah orang yg rasa johan tu annoying, but for me, he's talented. ada ciri-ciri pelawak yang memang lawak, yg masuk air and ting-tong jugakk. kire boleyy la nak buat gelak. 




gelak bile time johan jadi mak jemah..nak pitam ai gelak hokeyhh






okay, itu je pon nak share. meh kite pakat pasang radio ERA dengar johara pagi era. lalala~




*dulu kalau pagi-pagi suka dengar gandingan kerinting 3, kat suria fm tu. sekarang? tak mau dahhhh .... sebab ade kenchana dewi. hik3. 

Monday Blues.

Salam kawan-kawanku.


Saya terfikir apa benda yang saya nak tulis hari ni. dan benda pertama yang tercetus di fikiran ni ialah Monday Blues! what the..fish? mungkin memandangkan hari ni hari isnin.. hari yang lemau, bagi diri saya la. thehe. maybe korang tak lemau kan, sebab korang sukaaaa hari isnin. ;p. kalaulah setiap minggu bermula dengan selasa.. atau pun paling teruk pun, isnin bermula pukul 10 atau 11pagi!


okay, maka dengan itu saya nak berkongsi tips untuk "melawan aura monday blues". lets cekedouttt .. 


1) Buat senaman ringkas di awal pagi Isnin


    Ok, perkara terbaik yang boleh dilakukan pada pagi Isnin ialah senaman ringkas untuk melancarkan feel-good hormones dalam badan kita. mungkin ada yang kata tak sempat. oh jangan nak beralasan. naik tangga pun dah dikira senaman. apatah lagi kalau berjalan. maka, sila parking kereta jauh-jauh dari opis, macam rutin harian saya sekarang ;p


2) Turn on the music


     Yang ni mungkin boleh diguna pakai jika korang semua penggemar muzik, atau suka berhibur. mungkin korang boleh layan radio online atau youtube.  muzik boleh dianggap sebagai satu ubat yang memulihkan. sejarah terapi muzik telah termaktub pada zaman purba. sebuah buku yang mengandungi ajaran cina "I Ching" menyatakan "muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang". so pada siapa-siapa yang beremosi pada pagi Isnin, bolehlah amalkan terapi muzik!




3) Pakai baju cantik-cantik atau bermain dengan warna


    Jadikan hari isnin sebagai hari untuk melaram baju kesukaan. kalau ada bajet lebih, korang shopping baju ofis setiap weekend, dan hari isnin korang rasmikan lah. hehehe. itu pun kalau korang berbajet lebih. kalau tak berapa nak berbajet, korang pakai la baju yang bewarna ceria dan terang benderang. ;p


4) Minum kopi atau ambil caffeine


     Mungkin korang boleh cuba minum kopi, teh atau nescafe. walaupun tak berapa nak elok mengambil caffein atas sebab ketagihan, tapi caffein ni, jika diambil secara bersederhana, akan menjadikan pagi Isnin anda lebih umph!


5) Gantikan pagi Isnin anda kepada hari Jumaat


     Ya, iaitu dengan mengambil sedikit masa pada hari Jumaat dengan mengemas meja. Hari jumaat, jangan tinggalkan meja dengan keadaan yang bersepah. kemaskan meja sebelum pulang. lagi bagus kalau hari Jumaat tu buat to-do-list bagi menjadikan hari Isnin lebih teratur. nak lagi bagus, setelkan semua kerja sebelum balik. jadi hari isnin tak lah horror sangat. ;p




OK, itu je lah kot idea yang ada setakat ni. saya selalu guna tips nombor 2, nombor 4 dan 5. kalau korang ada idea lain, boleh la kongsi. mana tau boleh guna. 


ok, babai.