Pages

Nafsu semata-mata

hoi..hoi..hoi.. *trademark shahir lah pulop


sesungguhnya

hati ini meronta ronta

entah kenapa dek terpandang salt

oh salt yg sy maksudkan ialah bukan
butiran butiran garam
jauh sekali garam kasar. salt yg sy maksudkan ialah movie.


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

jum temani aku nonton yuk!

*xsabar nak tengok kakak angelina jolie berlakon. ;)

hero handsome, semua pun suka

cik ahmad.hoi..hoi..hoi..

kamukamu semua dah menonton The Sorcerer's Apprentice? sila la tonton. sangat tertarik, menarik, kau memang da boom! hero & heroin sgt lah menawan, membuatkan mata jadi bling bling sepanjang tayangan. siyes tak tipu. hakhakhak.

cuba lihat watak dave yg dilakonkan oleh jay baruchel. si handsome yang sgt terel bab fizik. sudah lah handsome, pandai pula. dengan ekspresi muka yang macam jambu air kaler pink, memang buat mata susah nak lelap. dgn muka alaala budak hingusan comel tahap gila babeng yang kelakar dan suka buat muka innocent. huh, memang jejaka idaman hati*lob u erk...geligeleman!

jum cuci mata yang berhabuk itu dengan muka handsome milik jay baruchel. suke kau ketatketat. muahh *sy memang suka feeling sorangsorang, as long tak mengguris hati pihak lain. sekian ;)

alolo..senyuman itu memang membunuh selsel dalam badan ini~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nah, hasilnya bila si jay sudah mengemaskan diri. shave bulubulu dimuka itu bagus ya!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nah,abang botak! hambik kau, sekali dia botak, lagi tambah handsome!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tang mata tu yg lawa. ahaks. pujian ikhlas dr si penggatal setia! ouch~

tak ambil tahu @ tak penting?

hoi hoi hoiii..

farmville
.
.
.
.
cafe word
.
.
.
.
texas holdem poker
.
.
.
.
frontier ville
.
.
.
.
n so on! banyak kot kalau nak list. ahaks! *tak koser ye

sumer tu sy tak reti main. hahaha. baru 2 hari berjinakjinak dengan farmville. tak rasa apa yg seronoknya. mungkin sebab tak reti main. hehehe. lepas tu main redah je letak meratarata je, main tanam je. huh! memang failed la bab gamegame facebook ni. tak berapa nak mahir. lain la kalau game mcm bejewelled ke. hehe. yang tu layan lah kot. lepas tu, duk sibuksibuk chat ngan member yang kaki farmville, suruh ajar macam mana nak main. rasa sangal naif * ahaks, geli ketiak ini

ok lah, nak sambung main farmville. nak melawat farm neigbour yang lain. rasa kelakar pulak ye, farm org lain sume tahap kemas giler valve, tapi kebun saya, dah macam hutan, sebab sayur tumbuh meratarata. betapa tak berseni nya tangan ku ini. hahah. apeape pun, saya xkesah. dalam erti kata lain, ada aku kesah??


*ehh..eh...tibatiba rasa ketagihan nak farmville. ahaks! *gediksnye yerrr...

biskut mujarab

jepun oh jepun

boleh tak nak buat entry pasal biskut mujarab bernama "F Cup Cookies"?

hahha.ada aku kesah? nak jugak buat.
search punya search kt internet, terbaca pasal F cup Cookies ni, yang mujarab utk membesarkan buah dada.. ngeee.* ekceli i segan nak taip ni*


tapi betul ke ? boleh pecayee ke dr sekeping biskut, boleh membesarkan dan menegangkan?
tapi org jepun ni kan pelikpelik sikit. hurhurhurrr..

produk ni siap jadik hot seller in japan. hehe.jum kita cuba.. hahahaha*tipu je*. tapi, produk ni jugak baik utk diet. sebab boleh mengenyangkan.

sila la cuba. haha. boleh didapati di sasa dgn harga rm 168!
muehehe~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

tarra!!
ni lah dia rupa paras kotak biskut tu.


ewah ewah

hari ini hari rabu
hari rabu hari malas eh?
bukan utk semua org, hanya utk saya.

kenapa boleh malas ni?
mungkin ada banyak faktor.
saya malas sebab mengantuk
saya malas sebab cuaca kt luar mendorong saya utk memejamkan mata
kat luar tersangat la mendung ditambah dgn bunyi anginangin ganas memukul pokokpokok..iskk.*kronik
hari ni mata ni tersangatla berat.
berat sangatsangat daa
kena sendal dengan lidi
ehh, sendal?
apa tu?
sendal tu, tahan la..

hurm, apa saya merepek ni? sah la dah ting tongggg

hurmmm, taip sambil mata tertutup
wah,terelnya menipu!

titik. ok byee!


perang emosi

utk ke sekian kali nya
sy rasa mau lari dari kulim nie
bosan
sy rindu kl
rindu mak ayh saya
duduk kulim buatkan sy jauh dr merekamereka semua

arghh..
sy tensi
yg amat


saat ni, mau je berteriak * mcm org gila pulak.
rasa nak menangis

tibatiba je rs mcm terjaga dr mimpi ngeri
duduk di kulim tak pernah masuk dalam wish list sy
apatah lagi impian sy
betul lah org kata
manusia tak pernah bersyukur
sama mcm situasi sy skrg nie

dah duduk kulim, nak duduk kl pulak
padahal bukan sebab apa sangat, cuma rindu nak pergi shopping kat jalan TAR
lagi bertambah meroyan bila baru semalam tut cerita pasal miela shopping kain cotton vietnam rm 25 sepasang!!!
gilerr, memang gilerr..

kenapa lah perlu nak sedihsedih.
percayalah
bila dah tinggalkan kulim suatu hari nanti
mungkin akan ada entry bertajuk
"rindu kulim"






gambar curik dr sini

pink lah pulak



salam..hai, kali ni nak story fasal perodua yg akan keluarkan myvi limited edition berwarna pink.. waaaa. sila lap air liur ye. aduh, kaler myvi ni sangatsangat comel. bagi menampakkan diri lebih comel dan bergaya, sila la beli myvi limited edition ni. sure gadisgadis minat punyaa kaler ni.

jum kita skodengskodeng ape yg menarik fasal myvi limited edition ni. sila layan kepingankepingan gambar kat bawah nie occay.*sediakan tisu secukupnya.





nampak rare jugak ye? memang comel. yaa aa aww!





kaler pink sgt comel. rasa seperti nak jilatjilat. dah macam lollipop pun ada. yummy~




i loike the bungabunga. menarik woo.. sila meroyan * pesanan ikhlas buat diri sendiri





seat nya boleh tahan la. ade merahmerah sikit. merah itu cinta. hahaha.. uwek..




kesah ape dgn kaler pink? hihihi.. apa pun, sy tetap sayang, suka, dan sayangsayangsayang baby oren sy ini. cupp..cupp..mmmwwwwah!

kalau nak skodeng lebihlebih, sila klik sini ye. more info pasal myvi limited edition ni.











nikah kahwin

A : Jum kita nikah?

B : Bila?

A : Esok!

B : Okey, jum!!!

kalau lah semudah ini, dah lama saya nikah + kawin. ngeee..

Entry ni khas utk sahabat saya. Selamat pengantin baru buat nisa & mizie.

saya doakan mereka bahgia selalu. Rasa sebak. motif? Maybe? ehem..ehem.. haha, apaapa pun, saya doakan mereka kekal bahgia hingga hujung nyawa. titik.

babai~

sesi remove meremove

ya,ittew dia,entry panas kali ni..

ada orang kata, sy kaki remove friends list dr fb.
hurm, saya pun tak pasti, habit ke,atau memang saya suka bab remove meremove. sebenarnya tak suka sgt laa, tp dah dasar perangai!

masa mula-mula berjinak dgn aktiviti remove meremove ni, ada lah sekutil dua kekesalan dalam diri tu terbit sebab ter remove friend dr kalangan rakan-rakan opis. masa tu, kekesalan tu memang meng "down" kan diri utk seketika waktu. tapi, bila kawan-kawan opis dah mula OK dan tak kecil hati
( saya mintak maap ye kawan-kawan), saya dah serik nak remove mereka dr friend list.saya dah insaf, dan menganggap mereka-mereka semua rakan baik saya
( walaupun ada dikalangan mereka-mereka yg tak pernah bertegur sapa dgn saya). seriusly saya sendiri tak tau kenapa la gatal sgt tangan nak remove org masa tu, sampaikan member-member opis pun saya pegi bantai remove. kejam!.saya memang macam ni, dah buat, baru nak menyesal. ( haa,ni lagi 1 perangai jijik yg ada dlm diri saya!)

tapi,sekarang, hati saya rasa nak remove friend dr fb.membuak-buak. rasa teruja yang lain macam. sebab saya semak tengok friend list saya dah cecah 587 orang!
padahal bukan semua saya kenal.

but for now, saya hanya akan remove insan-insan yg saya tak pernah kenal. bukan lah saya anti sosial ataupun bajet-bajet suci gittew, cuma rasa malas. kadang-kadang, saya yang add mereka-mereka tu, mungkin sebab profile pict mereka-mereka itu comel, lalu menggerakkan naluri saya utk add mereka-mereka itu. salah saya jugak kan. thehehe..so tunggu ye,kejap lagi, saya nak pastikan mana-mana insan yg saya tak kenal, tak kira la, artis ke ( kadang-kadang saya suka add artis),pun akan saya remove(kecuali shahir af8!, itu kekasih nombor dua, selepas asnawi!).


Rayulah aku,dan aku mungkin tak mempercayaimu. Kritiklah aku, dan mungkin aku tak menyukaimu. Acuhkan aku, dan mungkin aku tak memaafkanmu. Semangatilah aku, dan mungkin aku tak kan melupakanmu. *takde kena mengena dgn entry ittew ye kawan-kawan.


sekian, daa~




gembira saja




rindu.
sungguh.
saya rindu.



rindu dengan buah hati saya (ececehh, sila jgn buat muka geli! :) )
biarpun hanya sehari setengah
jika ditanya
sudah cukupkah?

saya menjawab "ya, sangat-sangat cukup"
sekadar menyedapkan hati,
syukurlah, sekurang-kurangnya dia datang ke mari. (k.lipis-kulim)


pusing penang (sampai pening) yang tidak begitu familiar bagi kami
yang kami tahu cuma batu ferringhi, queensbay dan gurney plaza
nak cari apa pun kami tak tahu

apa pun, tempat peberet kami lepak iaitu di tepi laut
bethul2 depan queensbay
sambil makan sushi
ditemani tikus-tikus comel di balik-balik batu
sambil tengok gelagat orang ( saya suka aktiviti ni, cuci mata katanyerr)
macam-macam adooo!



puas kami cari tempat soping macam di sg wang
tapi masih tak jumpa-jumpa
rindu sg wang ( kena kesah jugak ke??)
terakhir kali jejak kaki kat sg wang 3 bulan lepas
( sedih kot, sebab nak carik jacket leopard mcm eda harga 30 hengget kat penang tak jumpa2!!, eda beli jacket tu kat sg wang uols)


kami fikir penang bosan,
ya, memang sangat bosan!

kalau ada peti cadangan
dah lama rasanya melempar sekutil dua cadangan

yang hairannya, bila ada dengan dia, semua rasa best. kan ?

hati oh hati.


ececeyy


saye rindu awak already ( padahal baru sejam 3 minit yg lalu awak pergi tinggalkan saya)
take care. (bethul-bethul suruh take care, lagi-lagi bila awak call 10 minit lepas, sebab ditahan polis memandu laju kat taiping!)
love you so much.
always..


sempena hari tua saya (12 julai)
saya tak minta hadiah kebendaan (bukan 1 beg hadiah, mcm yang awak janjikan)
saya cuma pinta awak berubah .
bukanlah perubahan drastik yang saya mahu
cukup sekadar 3/4 dari sebelumnya
dr seorang yg suka menipu (sy akui awak memang terel bab kaber line.tahniah!)
dr seorang yg suka mengabaikan saya (kadang-kadang je, sebab saya takde teman sms time awak jaga lokap, siyes!)
dr seorang yg tak suka berterus-terang ( awak suka hidden banyak benda, bila dah kantoi, reti pulak awak mengaku ye. weksss!!)
dan paling penting

awak sayang diri saya seadanya


mahupun

saya makin lebar ( dari sisi depan, ni awak yang cakap)

mahupun

saya makin tebal (dari sisi tepi, hurm.. awak yg cakap)

mahupun

pipi saya makin labuh ( pun awak yang cakap)

mahupun

jarum penimbang makin ke kanan bila sy di atas

mahupun

saya makin tua ( trend lelaki zaman skrg, suka cari perempuan muda bergetah-getah!)

dan tak kira lah berapa banyak mahupun....

saya cuma mintak awak sayang saya sorang.
mcm saya sayang awak.
kadang-kadang memang saya nakal (saya akui)
tp dalam hati saya ada awak sorang sajeeeeee ( sila pecaye kata-kata saya, sebab saya cakap sambil buat muka comel ala-ala crayon sin chan)

walau apa pun

saya doakan awak

cukup sekadar menjadi sang setia,
( setia pada saya bukan bermakna mata awak dihalang dr melihat wanita-wanita cantik, jauh sekali meng "add" wanita-wanita comel @ cute di fb, alaaaaahh.
macam yang selalu awak buat tu, sampaikan saya hampir sawan. ngeehngehhngehh. ( itu dulu, tp sejak 12 julai, sy dah mula ubah fikiran dan beri kelonggaran pada awak. ape?? tak pecaye? sila pecaye okeh!!)



okeh, saya rasa sessi geli-geli saya hampir tamat (sebab ramai yang buat mula loya masa baca en3 ni)
takpe,saya tak kisah. saya tulis utk awak.
hanya awak.
bukan utk mereka-mereka
;)

terima kasih..
:)
terima kasih syg
belikan saya kek cekelat yg mampu menaikkan paras gula sy dan si pemakan yang lain ke paras bahaya
terima kasih layan kerenah saya
terima kasih sebab happykan diri saya
terima kasih sebab datang jauh-jauh semata-mata sebab sy

:)

tiba-tiba saya ketandusan idea, otak rasa makin ketat.

cukup lah sampai sini

kawan-kawan, sila jgn muntah laju-laju bila baca en3 ni.



ngehngehngeh~

ok,babai :)




cerita pagi sabtu

si A : eh,pagi ni kena gi opis pukul brp ye?

si B : mr tee ckp, pukul 9 bole, 9:30 pun bole. (jawab sambil tgn sedang meng iron baju)

si A : ooh, yeke.adei, malasnye nak gi opis. ok,aku mandi dulu yee..

maka, lepas si A & si B siap-siap dan keluar dr rumah, mereka dgn spontan menuju ke kedai makan utk mengisi perut yg terasa makin nipis (rasa saje nipis, tp fizikal agak tebal ye kawan-kawan).

sambil makan, si A & si B sembang-sembang. sambil komen pasal asam pedas yg mmg sedap kat kedai tu. skali makan, pasti nak lagi. (bethull, tak tipu). lepas komen pasal asam pedas, si A dan si B komen pula pasal sambal belacan yg sedap, tp agak pedas (lepas ni,kalau ada pertandingan masakan, sila la jemput si A & si B jd juri @ paling tepat, tukang komen).

tengah syok-syok si B suap ikan kembung bakar ke mulut, tiba-tiba si A berbunyi

si A : eh, aku lupe bawak henfon lah, tertinggal lah pulok

si B : oh yeke, takpe, nanti lepas makan, kite blk rumah semula

si A : ehh, takpe, aku hantar kau gi ofis dulu, nanti mr tee ngan goh bising pulak.

si B : okeh, bole je.


Lepas si A & si B makan, dah siap bayar tu, maka si A bawak kereta menuju ke opis yg lebih kurang sekentut jaraknya dr kedai makan ituu..sambil pandu kereta, si A & si B bernyanyi girang dalam kereta. maklum la, bila perut dah kenyang, rasa bahgia je.

sampai di opis, si A turunkan si B.

si A : okeh kakak, kite blk rumah jap tau, ambik henpon.

si B : okeh, bwk kete molek-molek deh..

maka, si A tanpa berlengah pandu kereta menuju ke rumah. sampai aje kat rumah, si A terus ambik henpon yg tertinggal kt atas tilam, bethul-bethul sebelah bantal busuk merah si A.
bukan apa, tujuan si A balik rumah ambik henpon tg tertinggal tu sebab tak nak ada sape-sape yg kena sawan. yelah, kalau ada org mesej atau call si A, tp si A tak angkat, mula lah ade setan-setan gonjeng yg akan hasut si sawan sampai jadik sawan. maaf ye cik sawan, sbb terpaksa cerita pasal penyakit cik sawan..(saye tak state kan nama, jadi, sila jangan terasa ;p)

ok, maka lepas je si A ambik henpon yg tertinggal tu, si A tanpa berlengah pandu kereta lagi sekali menuju ke opis ( ehh, kenapa dr tadi asyik cerita pasal si A pandu kereta?). takpe,mmg skrg ni nak cerita psl si A yg suka sgt memandu (ehh,sejak bila ko suka memandu??? tipu!)


ok, setelah dipendekkan cerita.maka.......tiba-tiba.......

si A dah sampai kat perkarangan opis yang nampak sepi daripada biasa sebab hanya ada sekutil dua je kereta kat parking opis tu. lepas si A dah keluar dr kereta, macam biasa la, kalau dtg opis time weekend, mmg wajib tulih nama kat buku depan pak cik guard tu.

tiba-tiba...............

adik C: Kak, nama akak tak ada dalam list pekerja yg nak datang kerja hari minggu

si A : errkk..yeke..memang nama saye takde ye dik?

adik C : aah kak, nama akak tak ada. sekarang ni, kami tak boleh bagi masuk opis kalo nama takde dalam list tu..

si A : oo,yeke, tapi sebelum ni takde pulak prosedur gitu dik ?
(si A dah mula rase malu-malu alah,sebab ade 2-3 org budak maintainance duk ushar dari lobi, wooi, korang tengah mengata si A ye??)


adik C : aah kak, baru je ni, sebab ada org komplen. mintak maap ye kak (adik C ckp sambil senyum-senyum. kalo nak tau, si A suka adik C, sebab kesian tgk adik C ni muda-muda dah kerja.lagi pun , adik C ni budak baik ye kawan-kawan)

si A : ooyeke, dik, takpe lah kalo mcm tu. hehe, saye ingatkan bole masuk. ok, time kasih lah ye ( kata si A sambil berlalu menuju ke kereta dgn rasa geram campur malu-malu sikit.)

lalu, si A pun cepat-cepat nyorok masuk dalam perut kereta, sebab masa tu, si A dah malu yang amat. rasa tebal muka si A.

si A mula bercakap sorang-sorang dalam kereta ( si A memang suka monolog dalaman)

si A : elehhh,dia ingat aku nak sgt ke gi opis weekend-weekend cenggini??(ayat kaber line sebab tak boleh masuk opis)..baik aku balik tido lagi bagus. si A bercakap sambil tgn sibuk mendail no si B

si A : haluuu cik B ( nama perlu disensor, atas sebab-sebab privacy)

si B : haluu.. kenapekah?

si A : huhuhu, ko tau tak, aku dah kesempo ni ( kesempo ialah rasa malu yang teramat, tapi bukan malu-malu kucen, jauh sekali malu-malu alah!)

si B : hah, pasai ape?

si A : potpetpotpetpotpettt.........(tak perlu cerita, sebab semua dah tau cerita, cuma si B je lambat sikit dapat tau. ngehngehngeh)

lepas aje sesi meluahkan perasaan, maka si A terus start kete, sambil belahhhh dari opis tu dengan berjuta rasa. agak tragis jugak cerita si A, sebab berapa kali ulang alik. dah la jalan kat pekan kulim tu sesak, tambah pulak dengan pemandu-pemandu kulim yang sume berperangai macam ..(malas nak cakap, sila la buat ayat sendiri).

sekian lah cerita si A & si B di hari sabtu yg mulia ini. sekarang, si A tgh duduk bersantai di rumah, sambil makan-makan goyang kaki menonton tv.sambil menanti panggilan si B utk dijemput pulang.

okeh, cerita hari sabtu dah tamat sampai situ ajee.. tunggu sabtu minggu depan pulak ye, kita tengok apa yg jadik :)

pesanan ikhlas dr penulis -> lain kali, pihak opis, sila la EMAIL BESAR-BESAR, tulis la memo, pada sape-sape yang tak beri nama, sila jgn datang opis. tak kan lah itu pun cik penulis nak ajar kot ye.



sekian... renung-renungkan.. dan.................. selamat beramalllll~~

:)