Pages

Bawal Power.. Aidijuma pun boleh..

Salam semuaaa :)


nak bebel pasal tudung. Aidijuma tudung bawal. kainnye cantik, color pun semuaaa menariks. plus harga yang very the murah! sapa suka tudung bawal, boleh la beli dari stokis aidijuma, or dekat fb pun boleh dapat jugak. search aje aidijuma. ada lettew nanti.


okay, ni hasil tangkapan. sikit je dulu, maklum la, belum gaji. ahak .. ahak!






AND

LAST

BUT 

NOT

LEAST...


saye beli kasut nie sebab nampak sangat comel bila kasut ini dipakai oleh saya. nge nge nge~  
#susunan ayat tak cukup sifat!!!

Happy shopping at Aidijuma! ^_^

Rindu Kampung Halaman !!

Salam semua.


Moga Allah limpahi keberkatan dalam kehidupan harian kita semua. Aminnn..


Hari ni saye nak upload gambar-gambar kat kampung saye. biase la, nama pun kampung, macam-macam aderrrr. rugi ler siapa tak ada kampung tu! hehe! 


OKAY, jom tengok gambar!


 bunga mak saya. cantik! suke! lawaaaa~

 Ni depan rumah saye. betul-betul kat corner jalan. and  ini ler jalan utama. bas pon lalu lalang depan nie. kira main road la. main road kate ko! :D


 ini pon bunga mak saya. nama pon rumah mak saya, dah tentu ini pokok mak yg punya! hehe. bunga ros china. sensitif ini bunga! mengada-ngada, sejuk takleh, panas pon takleh! 


 rindunye nak lepak depan rumah! petang2 lepak depan ni la

 OMAllah! Ikan patin yang super best! orang pahang kalau tak de ikan patin, macam pelik pulak!. thehe :D

 Ikan talapia masak berlada, emak masak! sedappppp, garingg gituh!

  Haha, ini nama dia kangkung celur. pon nak letak juge.! :D

Dah jumpa kangkung, harusla ada sambal belacannya! super sodapppp nie!! :D


 seee, time lepas maghrib nie. bulan kat celah bunga tu. chanteq!!

 Ini kuih bakar mak saya buat. sikit-sikit mak....  sikit-sikit mak.......semuaaaaanyaaaa mak! :D

Taddaa!! Ni ler pintu gerbang masuk ke kampung saye! :D

Last but not least, my rumah manis rumah #homeSweetHome :)


Rindu semua, semua, dan semuaaaa!
Ni lah bahana nya bila dah 3 minggu tak balik kampung!
Rileks..

Rileks..

Rileks..

Minggu ni insyAllah dapat balik kampung! Yeay!

MAKA

AKAN

Terubatlah RINDU ni

pada semua, semua dan semuaaaaaa! :D

psst: sape-sape takde kampung jangan sedih-sedih. jom balik kampung saye! :D


This Means War Best!

Hi, salam uols!


Kasi review movie sikit ye!


FILEM ini bukan sekadar karya romantik komedi biasa yang sering dipertontonkan kepada peminat filem tempatan. Ia sebenarnya mengandungi plot dan aksi membabitkan operasi pasukan CIA, lantas menjadikan filem ini mendebarkan dan penuh gelak ketawa secara berselang seli.
Menariknya, filem ini bukan saja mampu menarik minat penonton wanita yang gemar rutin komedi cinta penuh romantik, malah penonton lelaki yang suka aksi dan jenaka pecah perut.
Pun begitu, bagi yang mencari kelainan daripada segi jenaka yang melekat di kepala, jangan letak harapan tinggi kerana sesetengah dialog serta jenaka agak klise dan bagai dapat diagak.
Reese Witherspoon berlakon sebagai Lauren, wanita pertengahan usia yang bekerja sebagai juru uji produk pengguna. Satu hari dia bertemu Tuck (Tom Hardy) dan FDR (Chris Pine), sahabat baik yang secara kebetulan jatuh cinta dengan Lauren.

Dek berebut wanita sama, kedua-dua sahabat baik itu yang juga ejen CIA menggunakan kelebihan gajet dan diri masing-masing. Di sinilah, penonton mula disajikan dengan komedi ala Spy Hard dengan pelbagai aksi lawak bodoh. Agak menghairankan juga mengapa aktres yang menang Oscar menerima watak dalam filem yang kurang daripada segi mutu plot ini.

Walaupun menarik kerana komedi pecah perut, ia masih belum mencapai tahap sepatutnya. Filem ini bermula dengan babak ‘cool’ walaupun sedikit sumbang. Babak bermula dengan beberapa ejen CIA kacak tampil beraksi menumpaskan musuh. Watak jahat muncul dan adegan kejar-mengejar berjaya mengangkat keterujaan tontonan.
Kemudian, muncul pula hal berkaitan CIA dan musuh mereka, antagonis dan protagonis bersilih ganti. Pendek kata, penonton dapat mengagak babak itu akan ada susulan kerana ia menjadi makanan dalam kebanyakan filem aksi risikan.
Daripada segi komedi, Chelsea Handler sebagai Trish, kawan baik Lauren berjaya menggeletek hati. Walaupun wataknya sekadar pembantu, ia meninggalkan kesan lucu tanpa henti, terutama berlakon sebagai wanita kasar, kurang ajar dan suka mencari pasal, berbeza dengan Lauren yang lebih sopan dan tampil jelita.
Babak membabitkan Lauren dan Trish lebih menggeletek peminat bukan kerana aksi lawak bodoh tapi dialog komedi yang dilontar pada masa tepat dan semula jadi.
Malah, apabila FDR dan Tuck mula mendapat tahu mereka menyukai wanita sama, watak dan usaha mereka daripada ‘gentleman’ kepada musuh turut mengundang ketawa.
Apa dilakukan kedua-dua sahabat ini untuk mendapatkan cinta pasti dinanti-nantikan. Penonton dapat rasakan debaran dan tertanya-tanya langkah mereka seterusnya.

sumber- HARIAN METRO





Tak nak cakap banyak, just nak cakap movie This Means War best! mantap! lawak! and paling penting memang worth watching. 


Lakonan reese witherspoon yg sangat2 merapu, gedik and sempoi begitu, memang asik buat semorang tergelak. tambah pulak dengan 2 orang hero hensem dan macho juge, iaitu Tuck dan FDR. memang hilang mengantuk tengok ini cerita!






p/s: Best gilaaaaaaaa. Korang kena pegi tengok. saya gelak sampai meleleh air mata. Gamat hall GSC. semorang dalam tu gelak sampai tepuk2 tangan. heibattt!





Langkawi - Day 2

Salam uols


Tahun lepas punya trip, baru nak review tahun ni. bagus!


kasi layan pic saje okay.


Biarkan gambar berbicara :)




  BREAKFAST for CHAMPION. mulakan harimu dengan bersarapan ^__*















 siap sedia utk mangrove tour

 kami teruja! ngeh3 .




















































 siap2 utk dinner pulakss














OKAY. SIAP.


ha ha haaa. malas benor nak menulis, mampu upload gambar.


KAN DAH CAKAP..


Biarkan gambar berbicara :)