Pages

TAK SEMANGAT NAK RAYA

yezza, tak semangat nak raya.  menciiiiiiiiiiiiiiii macam ni..ok bai!!!

raya! raya! raya~

salam ppl.

semalam ai soping barang rumah untuk rumah baru mak ai. memandangkan mak ai kat kampung ada buat rumah baru, maka nya nak lah deco deco sikit. maka ai terbeli lah lampu untuk rumah mak.

beli kat puchong je pun. penat meredah jem dari sg besi ke puchong, finally sampai jugak ke kedai lampu ittew. abang ai yg duk suruh pegi kedai tu, murah katenyewww. sekali pegi, terus mata duitan ni bertukar jadi bling bling. lip lap lip lap gituh. sebab bila dh duk kedai lampu, terus bajet terasa muka suci gituh, disimbah limpahan lelampu.

meh nak show off lampu raya mak ai. harap harap mak suka, bukan mak je, hope sume orang suka. namo la ade yg kutuk lampu ittew. hehe. penat tau ai beli, kalo ada yg kutuk, mau merajuk takmo makan nasik seminggu. ok, seminggu jek pun....



 ni lampu bila tak on suiz
tadaa.. ni la bila dh on suiz. siap bole pusing tau. okay, dh puas show off. ngeh3~

lampu ni ada 3 juntaian. wah, juntaian katanyewwwwww. ok, lampu da beli, so da bole raya sekarang. sedey ai tau, baju raya takde sepasang pon lagik, tapi lampu nie jugak yg ai beli. thehe. tapi takper, tema raya ai tahun ni, BATIK. tak kisah la, kain batik lepas mak ai ke, kain batik jawa ke, baju batik rasmi masa zaman sekolah dolu ke, sume bole. janji ada baju rayaa!~~*propa sangat okey!


KERA yang sumbang

yezza.


i felt so kera today. sesangat terserlah ke ke ra an itu pada hari ini. thank yewwww coz make me felt like a kera sumbangsss. tadada. mood nak ghaye melebih lebih tapi tak berapa nak lebih sangat biler GAJI TAK MASUK MASUK LAGI. bos suruh raya pakai kain batik je kut.






ai bukan spesis kera yang ini. ai manusia normal tau. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............



Sekian!

Andai ini Ramadhanku yang terakhir

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi


Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini.. 


ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………
 

rindu rumah manis rumah

i miss my home suwit home

duduk melaka dh 3 hari


maka rindu pada rumah manis rumah agak menebal disittew. tak sabar rasa nak melompat lompat nak tunggu hari jumaat, sebab jumaat da bole balik rumah sendiri. sedapppppppp ;)

since kt melaka, ai ialah super penat. semalam dah start nak flu, asyik bersin, and today badan macham demam demam manja gitu. buat kerja pun tak bole nak focus bila mucus asyik nak mengalir secara berjemaah. ape laaaa nasib.. dugaan org berpuasa ;p

takda apa dah nak story. just nak hilite besar besar besarrrrrr


ai rindu my rumah manis rumah!!!!!!! and cant wait for FRIDAY!!!! \(^_^)/

Sent from my iPad2

Hey syaiton you pergi jauh jauh!





entry title sikit lagi nak sama macam drama tv3"hey saka you pergi jauh jauh".


terserlah disitu ai suka plus kuat meng copy paste. *ada aku kesah?


ai ialah


super mengantukssssssssssss


mata terasa bagai digam gam


org kata bila bulan ramadhan, syaitooon kena ikat.


habis tu nate beruk ape kah yg duduk bergayut kat mata ai nie??




maka, buat testing


sambil terpejam pejam mata nya


tersengguk sengguk nya


oh sangat cumil


erk.. jangan muntah, nanti batal puasa korang! :))




dengar lagu raya pun tak bole hilangkan mengantuk


kalau dapat shopping raya baru mata nie segar. agaknya lah.....................




ai punya tahap mengantuk dh sama macam resakse gordon (sape la yg ajar aku benda pelik pelik nie)............???





titew tak shukew = kita tak suka

salam ppl!!

tonite tak gi terawih, pewot becow susah nak bawak. hoho. maka malam ni kena la menyadaikan diri di rumah saje.

memandangkan esok and the whole week ialah outstesen iaitu ke melaka, maka nak tak nak kena la pack barang. oh ai tak begitu gemar bab bab kemas mengemas baju dan lempar melempar baju ke dlm begssssss. sangat tak gemor. buruk benau perangai tu. harap maklums.

and lagi 1, diri ai tak berapa gemar nak outstesen jejauh ni. kalau outstesen seremban ai ok lagi, syukur sebab rumah manis rumah ni sekentut je dengan seremban ittew maka bole balik hari saja , tapi bila kena outstesen melaka, jadi semput jap boboiiii. udah la kena outstesen jejauh, bulan puasa pulak tu.

and skarang pulak ni, ai ada penyakit sawan rindu merindu terhadap rumah manis rumah. tatau ler pasai pe, tapi kalau org tanya hobi ai sekarang ape, ai akan jawab, DUDUK RUMAH. nampak tak? nampak tak kat sitew yg sy suka duduk rumah, means tido kat rumah sendiri, and ai dun like tido rumah org laen, means, if outstesen, ai kena tidur homestay. maka tak berapa nak gemor di sitew. ohhh, awak cakap saye demand mengada2 ye? hahaha. bukan demand, dah ada penyakit cengitu, ai nak berbuat cemane ponnnn. ;))

ok la uolss, ai nak packing brg secara berjemaah kejap. merajinkan diri. kalau ai tak merajinkan diri and tak pack kan brg ai, takkan jiran ai pulak yang nak tulun pack kan. ye dokkk?? ok, selamat berpuasa, bersahur, berbuka puasa, and selamat hari raya aidilfitri in advance. ecey, awal wish ye. ;)

nite uolsss ;) * bajet tido awal macam bebi (sindrom kebebi bebi yan) ;))))))


Sent from my iPad2

Plan baik punya!

salam ppl.

hari ni sabtu,hari bermalas malasan di rumah. tapi ai tak semalas hari biasa bila pepagi td dengan ceria bersahur makan laksa, memandangkan dh set kat mind ketat ketat bahawa lepas sahur bole tidur lama lama lama. selalu time weekdays, sahur punya la liat nak bangun, kenkadang buat syarat minum air saje.

tapi mata ai gegedik pulak wikend wikend cengini bila lepas subuh namo tidur. lepas kul 7 baru ngantuks lalu tido smpai kul 8 saje. kendian bangun cuci cuci mata, kendian kemas umah , and sapu rumah sampai licin berkilau, jiran lalu pun tutup tutup mata sebab silauuuu.

ni pun baru lepas hanger kan baju. rupanya banyak lagi baju yang tak pernah ai pakai gi keja. hehe. selama dh hampir 9bulan kat KL ni, ada baju baju yang tak pernah bersentuh sebab baju tu nyuruks dalam beg baju, beg baju yg dibawak dari Kulim dolu. haha. tapi takpe, tadi dah selamat keluarkan baju baju tu semua dr tempat penyorokan dan selamat dihangerkan molek2, maka nya isnin depan n seterus seterusnya, bole ler pakai.

hari ni penuh dgn planning. plan kul 2 ada tuty nak mai rumah, coz petang nak g shoppinggg kat fareeda bangi. sedap, sure botak la kepala ai lepas nieee. n hari ni jugak dh janji dgn tuty nak belanja makan buffet buka pose kat saba restoren arab nun di cyber. kitorg berdua je. berdua lebey baik. ni acha septriasa yg cakap.

ekceli fareeda ada buat sale 40%-50% sempena ramadhan ni. ai baru 2 kali terjah butik fareeda ni, memandangkan baru berjinak jinak kan. so far tudung nyer sumer cumil cumil belaka.

lagi 1 nak citer, semalam blk keja ada nampak org jual cempedak yg belum goreng tu. sekali duit dalam wallet masa tu ada 2 hengget jek.sedih, sah2 la tak cukup nak beli. so naik rumah berbuka dolu, lepas maghrib turun bawah balik, sekali tengok org yg jual buah cempedak tu dah balikkkk. uwaaaaa. maka dgn automatiknye terkempunan nak makan cempedak goreng, sampai terbawak dalam mimpi malam td. huhuhuuu.

ok la, ai rase dh panjang lebar ai merepek and membebel niiie. maka harus sambung lap lap meja, cuci cuci kipas, buang buang sawang. iyelah, tu je bole buat, kang kalo ter masak kang, lain pulak jadinyer time tengah2 hari ni. hehe. happy wikend to all of yuwwww!!! ;)

J A N G A N terlalu mencari K E S E M P U R N A A N



Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...

Kerana ia akan
SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia
akan
MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ...
Setelah kamu memberi banyak
PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai
MENYAYANGIMU
hendaklah kamu
MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan
TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin
TIDAK dapat MELUPAKAN
segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....

cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH
seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu
KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu
MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan
TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan...
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU
. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba
MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar
KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan
KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL

I FEEL TOO CEKCIII = sexy

Salam ppl 


kejap je dah 8 hari kita berpuasa. tu kalau 8 hari la, kot kot korang ter makan ke, ter ape ape ke, never la nak cukup 8 hari kannn. 


ekceli ai nak meluahkan rasa penuh cekci yg terbit dalam diri ai sejak pagi semalam


hehe. ai ade jerawat kat pipi. sekali double pulak, kiri sebelah, kanan sebelah. memang rasa CEKCI sebab memang jarang jerawat nak hinggap kat pipi, slalu tu kat dagu ke, dahi ke. agaknya rahmat di bulan ramadhan kot. kot. :)


tu je la kot repekan ai pd hari isnin yg mulia ni. plus hari yg super mengantuk tuk tukkkk. mata macham kena gam dengan tahik mata. ok, bulan puasa kena kurangkan cakap benda benda lagha :) so, ai mengundur diri dolu.


wabillahitaufiqwalhidayah..







quotes of the day :)



Semua orang tahu wanita, tapi tidak semua orang mengerti wanita



puasa tahun lepas VS tahun ni

salam ppl :)


hehe, first of all ai nak ucap selamat berpuasa. memandangkan ini lunch time, tapi ai mcm xde apa nak buat so terhasilla entry ni. ce tengok entry tittle, so memang nampak sangat hidup mmg ada hobi buat comparison. bijakk... bijak.. ;)


puasa tahun lepas ai ialah kat kulim. sedap owh. bukan apa, param dia best. eh eh, best ke? ekceli bole la, ai terbayang macam macam masakan kat sana. laksa sedap tu ai teringat ingat. plus bihun sup. moi sup pon sedap. orang utara panggil nasik air aka bubur nasik tu as moi sup. maklum la, puasa taun lepas ai kunun kunun diet, so menu bukak puasa ialah benda2 ringan jeklah. terbayang kesedapan gulai kawah + batang pisang. sure ada yang pelik and tanya, sedap ke gulai tu. jawapannya ialah SEDAP ;) tahun ni tak terai lagi, sebab pegi param kat tasik permaisuri, just ada gulai kawah, but batang pisang ialah tak ader. so tak sedappp. kot. hehe. motif nak jugak batang pisang tu dh kenapa hekkkk?? ;p


comparison kedua yg ai nak buat ialah. jeng jeng jengg. ai ialah serupa macham org yg super workaholic. ho ho ho. ialah sebab ape ai cakap cengitu. dolu dolu masa kat opis lama, surau ialah super besar. bole berenang renang ke muara, kemudian bole kuak lentang pula kat dlm ittew. itu ibarat kan aje lah ;) takde la nak berenang pulak dlm surau kan. tak baik kut kut. means dolu asal lunch time je, menyorok dalam surau, membelai mata, tido la makna nya tu ;) TAPI taun ni, bila lunch time, ai ialah duduk aje kat depan lappy buat keje. kadang tu keje ialah takde sangat tapi terpaksa duduk melepak depan lappy disebabkan surau kat opis ni yang super duper tecik n cumil pulak tuh. huhu. silap2 bole muat 5,6 orang aje. sesedihhhh sesangat. huhu. yelah, bukannya apa, time2 bulan puasa ni, surau la port paling glemer time lunch time ;) hihi. nak lepak shopping complex tak larat kut nak jenjalan lagi. hehe. kena save energy!


comparison seterusnya, jeng jeng jeng laagik. ai ialah sahur sensorang. huhuwaaa. ini nangis betul2. huhu. kalau dulu ada housemate, kini tak ada dah. idup sebatang kera. huhu. ialah sedih. rasa kesian kat diri sendiri. maka, cepat cepat otak ni gatai suruh kawin. hek hek hek. yelah, kalau dh kawin, dah takde istilah sahur sensorang. ;) hihi. mode :gatai. ok la, ok laa, bulan pose tak baik gatai gatai, so cepat cepat ghase nak pindah balik umah mak time bulan pose ni. tapi ofis pulak jauh. ghase nak kidnap mak sendiri je suruh duduk rumah ai selama sebulan ;) sedap kut. hihi.


comparison yg ke 4, kalo dolu kat company lama, ai balik keje time bulan pose dlm 6-630. but sekarangggg ialah suukaaaaaa sesangat. ialah balik AWAL. kul 430 da bole chioaa. ai loike.dabel like kot kot. hehe. tapi, walopun ai balik awal, jalan tetap jam. huhu. apelah nasib. nak merempit motor lak takde, plus skill merempit pon ialah kurang. huhu. so taun ni tak sempat nak merasa air tangan sendiri. hek!!! motif nak rasa masakan sendiri?hihi. takde la, bukan apa, kadang kadang bosan jugak asyik makan luar je. tapi ape ape pon, ai ada cita cita. ialah nak masak sendiri bulan puasa ni. tunggu weekend lah, ok kot. nanti nak masak sedap2. tapi bulan puasa mane leh rasa, so kena pandai main agak2 jek lah ;)


next comparison. dolu dolu opis lama ai ada buat majlis berbuka puasa. penah la ai jadi one of the organizer yg organize majlis bukak pose ittew. sedap. opis ajak penghuni rumah anak yatim and rumah org buta utk bukak pose sama2, super meriah. rinduu lak moment tu. huhu. opis baru ada ke? ke tak ade. ke ade? ke cemane? hehe. tunggu jelah kot2 ada invitation ;( kalo takde, memang ai rasa nak nak majuk seploh hari dengan bos sebab tak aci, dengar kata SA ada majlis bukak pose kat hotel. ehem..ehem.. ini tidak adil..tidak adilll (ternyanyi lagu yuna ,penipu.ngeh3)


ok, tu je la kot comparison yg bole difikir buat masa ni. berfikir dengan otak yg super penat, mata yg super setim mengantukssss, plus energy yg agak low becoz pagi tadi terskip sahur. hehehe. tu la, kesian kat ai duduk sensorang, set alarm pun tiada berguna kalau diri terlebih bersifat penyayang, lebih lebih lagi penyayang terhadap TIDUR. sayang tidur la makna nya tu. ;)
okay syg2 sekalian, selamat menunaikan ibadah puasa. selamat berterawih hehe, walaupun ai terskip terawih dh berapa hari disebabkan tersadai lepas time bukak pose. hihi. janji lepas ni namo makan manyak dah. INSAF. ^__^

Sent from my iPad2

quotes of the day :)

its hurts when u have someone in ur heart but u cant have them in ur arms....

Sent from my iPad2

mak cik risau..mak cik risauuuu

salam ppl

ghase panas semacam lepas sahur ni, bila baca ada cerita cenggini. ai bukan la nak berpolitik, jauh sekali nak berkempen ke hape, ai cuma risau serisau risaunyerrrr.

ce bukak link ni malaysiakini ekceli bukan apa, ai risau lepas ni ape la yg jadi dengan negara kita. sesenang ABC je nak dapat taraf warganegara kat malaysia ni. apekah????? risau lepas ni makin banyak laaaaa kaum kaum tu kat negara kita ni..silap silap slang bercakap pun lepas ni dah tukar ke slang indon. "waduhhh, kok bisa gitu dong". hape tu? ai namoooo benda benda cenggini berlaku. no no noooooo..da lah kat tv asyik duk tayang sinetron ntah hape hape tu, walaupun dulu ai salah sorang peminat fanatik sinetron ni. tapi itu dulu, sekarang dah insaf, sekarang tengok nora elena aje. eh eh, lupa plak nora elena dah habis ;p

jadi, maka nya, ialah....... sape yg bertanggung jawab dlm hal ni?korang fikir la sendiri.




nota kaki : namo laaaa lepas nie malaysia nie dipenuhi dengan orang asing. ai dun like.

mode : ramadhan

salam ppl ;)
ai nak ucapkan selamat berpuasa. berpuasa bukan just tahan lapar, dahaga. but mata ialah kena jaga. namo tengok awex awex cekci yer, nasihat ikhlas buat abang abang di luar sanewwwwww :/mulut pun sila jaga. kunci ketatketat, namo kutuk sana, kutuk sini. no no no. mak cemah tak izinkan. kalo nak mengumpatsss, sila la berbuka puasa itu. ;) and pd yg ada twitter, fb, or ape2 jenis laman sosial, jangan anda jer bertudung, tapi twitter tak bertudung. hehe. dalam maksud nyer ittuuuuw. sila kupas yer :p
ada lagi lebih kurang 45minit dari sekarang ialah masa untuk membelahkan diri dari opis ni, mencari juadah berbuka. hari nie plan nak gi berbuka kat tony romas.ni konon2 jelah. sebab kalau bulan puasa ni, jalan tak jam, ialah tak sah. memandangkan hari ni hari pertama berpuasa, maka keinginan utk makan benda yang macham macham agak tinggi disitu. nafsu kuda. hehe. tapi dah set dlm kepala hotak ai yg suci ni, malam ni nak gi terawih. so kena simpan perut, namo makan manyak manyak , risau tak larat. haha, yelah, biler dah kenyang, mata pon sure stim stim je, maka nya terawih ialah di atas katil sajork. ialah tak berapa nak elok disittew ;)
dari lunch time td duk surf surf ape benda yang best nak makan petang nanti. tup tup search baskin robbin cake. ok, ini serius. by this week kena cari jugakkkkkkkk and kena dapatkan even se-slice kek ituuuuwww. kalau tak, nanti jadi makin "kebebian".maksudnye,air liur ialah asyik nak meleleh. tskkkk. hehe. so so so, kena beli jugak by this week.
ok uols sekalian, ai mengundur diri dulu. bulan bulan puasa ni, kalau banyak sangat cakap pun, tak elok jugak. risau menyinggung perasaan org lain. ok, dikesempatan ini, sy nak mintak berjuta kemaafkan dari siapa-siapa yang pernah sy sakitkan hatinya.. semoga kita beroleh banyak pahala dan dapat keberkatan di bulan yg mulia ini. bulan ramadhan bulan org berlumba lumba membuat amal, dapat pahala manyak ohhh ;)))))
Sent from my iPad2