Pages

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Review : The Hunger Games

Salam uols


Selasa lepas, saya tengok citer Hunger Games kat wayang. Hunger Games nie ialah sebuah filem yang diadaptasi dari novel. sebenarnye saye tak tau pon ianya adaptasi daripada novel, tapi dengar kat radio era pagi tadi, yang jualan novel ni meningkat selepas difilemkan.






Filem nie mengisahkan tentang satu games ke hape lah eh, yang disertai oleh 12 buah daerah. dan setiap daerah ada 2 wakil, sorang boboi, sorang gigirl. so total adalah 24 orang peserta untuk bertarung dalam hunger games nih, dan hanya sorang yang terselamat aje akan jadik pemenangnya.






Pelakon utama citer ni, Katniss Everdeen, tinggal dengan mak dan adik dia, Prim Everdeen. Katniss ni ada kemahiran memanah. So Katniss selalu lar masuk hutan bersama dengan kawan baek dia, Gale yang hemsem sangat, So pada hari pemilihan, nama Prim terpilih bagi calon gigirl, tapi Katniss secara sukarela gantikan tempat adik dia. so Katniss jadi wakil gigirl dan Peeta Mellark pulak wakil untuk boboi, dan diorang berdua la wakil bagi District 12 yang akan bertarung untuk Hunger Games.


gale yang hemsem. sangat.


Sebelum Hunger Games dimulakan, peserta akan diberi latihan and macam-macam la. and diorang ada mentor jugak, yang akan guide diorang tentang macam mana nak survive dalam Hunger Games tu nanti.. Masa Hunger Games start je, macam-macam adegan bunuh membunuh. haha. masa ni macam dah tak senang duduk dah kat dalam panggung tu. suspen habis. and sedih jugak sebab sorang demi sorang mati, and budak yang sama-sama bertarung dengan Katniss dalam Hunger Games pon mati depan mata katniss. sedih masa tuh. emosi sume ada lah. and  boleh pulak masa tengah-tengah bertarung dalam Hunger Games, peeta and katniss ber pakwe makwe an. tapi both of them soo suwit. 










agak-agak sape pemenang hunger games? kalau nak tau, kena la tengok sendiri yek. amboi dah macam katniss pulak ayat ai ni time promosi filem :D  overall citer ni super best, also diorang guna technology and imaginasi yang gempak. emosi sekejap biler tengok citer ni. memang tak rugi lah. kalau nak tau, hunger games ni ialah last movie yg saya tengok, konon-konon last choice lah disebabkan semua movie saya dah tengok kecuali hunger games. sekali tengok, rupenyer pergh best gila! terus rasa nyesal tak tengok dari awal. haha. 


eh eh. abg gale lagi. terbesar pulak gambar ni. isk3..


OKAY, dats all lah for hunger games's review. tak serupa review sangat eh? haha. korang pegi tengok, and then korang review kasi best okeh! i give 4/5 star. fuyoh! :D





p/s : a lil bit frust sebab lastly taktau Katniss pilih Peeta or Gale as her boyfren. huwahaha!

This Means War Best!

Hi, salam uols!


Kasi review movie sikit ye!


FILEM ini bukan sekadar karya romantik komedi biasa yang sering dipertontonkan kepada peminat filem tempatan. Ia sebenarnya mengandungi plot dan aksi membabitkan operasi pasukan CIA, lantas menjadikan filem ini mendebarkan dan penuh gelak ketawa secara berselang seli.
Menariknya, filem ini bukan saja mampu menarik minat penonton wanita yang gemar rutin komedi cinta penuh romantik, malah penonton lelaki yang suka aksi dan jenaka pecah perut.
Pun begitu, bagi yang mencari kelainan daripada segi jenaka yang melekat di kepala, jangan letak harapan tinggi kerana sesetengah dialog serta jenaka agak klise dan bagai dapat diagak.
Reese Witherspoon berlakon sebagai Lauren, wanita pertengahan usia yang bekerja sebagai juru uji produk pengguna. Satu hari dia bertemu Tuck (Tom Hardy) dan FDR (Chris Pine), sahabat baik yang secara kebetulan jatuh cinta dengan Lauren.

Dek berebut wanita sama, kedua-dua sahabat baik itu yang juga ejen CIA menggunakan kelebihan gajet dan diri masing-masing. Di sinilah, penonton mula disajikan dengan komedi ala Spy Hard dengan pelbagai aksi lawak bodoh. Agak menghairankan juga mengapa aktres yang menang Oscar menerima watak dalam filem yang kurang daripada segi mutu plot ini.

Walaupun menarik kerana komedi pecah perut, ia masih belum mencapai tahap sepatutnya. Filem ini bermula dengan babak ‘cool’ walaupun sedikit sumbang. Babak bermula dengan beberapa ejen CIA kacak tampil beraksi menumpaskan musuh. Watak jahat muncul dan adegan kejar-mengejar berjaya mengangkat keterujaan tontonan.
Kemudian, muncul pula hal berkaitan CIA dan musuh mereka, antagonis dan protagonis bersilih ganti. Pendek kata, penonton dapat mengagak babak itu akan ada susulan kerana ia menjadi makanan dalam kebanyakan filem aksi risikan.
Daripada segi komedi, Chelsea Handler sebagai Trish, kawan baik Lauren berjaya menggeletek hati. Walaupun wataknya sekadar pembantu, ia meninggalkan kesan lucu tanpa henti, terutama berlakon sebagai wanita kasar, kurang ajar dan suka mencari pasal, berbeza dengan Lauren yang lebih sopan dan tampil jelita.
Babak membabitkan Lauren dan Trish lebih menggeletek peminat bukan kerana aksi lawak bodoh tapi dialog komedi yang dilontar pada masa tepat dan semula jadi.
Malah, apabila FDR dan Tuck mula mendapat tahu mereka menyukai wanita sama, watak dan usaha mereka daripada ‘gentleman’ kepada musuh turut mengundang ketawa.
Apa dilakukan kedua-dua sahabat ini untuk mendapatkan cinta pasti dinanti-nantikan. Penonton dapat rasakan debaran dan tertanya-tanya langkah mereka seterusnya.

sumber- HARIAN METRO





Tak nak cakap banyak, just nak cakap movie This Means War best! mantap! lawak! and paling penting memang worth watching. 


Lakonan reese witherspoon yg sangat2 merapu, gedik and sempoi begitu, memang asik buat semorang tergelak. tambah pulak dengan 2 orang hero hensem dan macho juge, iaitu Tuck dan FDR. memang hilang mengantuk tengok ini cerita!






p/s: Best gilaaaaaaaa. Korang kena pegi tengok. saya gelak sampai meleleh air mata. Gamat hall GSC. semorang dalam tu gelak sampai tepuk2 tangan. heibattt!





Tetap Nak Cakap Ombak Rindu itu Best!

Salam uols. hi and selamat hari jumaat ;)

yeahhh..................... itu dia tajuk entry pasal movie lah pulak. 
sebenarnye tertengok movie Ombak Rindu. itu pun lepas ramai orang laen dah lama tengok, and saye pulak baru sekarang terkecoh-kecoh nak heboh, sbb saye jugak dah tengok. semalam. hihi



Menggila kejap sebab suke sangat dengan abang aaron ajis. 
selalu mata ni, kalau pukul 1130 malam, dah sampai time la tu utk tertutup, 
tapi semalam abang aaron ajis punya pasal, sanggup bersengkang mata....hihi..sangat..

boleh pulak menangis tengok cerita nieeeee, bajet feeling sangat konon bila  tengok part izzah kena buli dengan haris. kau kejam haris!!! walaupun kejam tapi kau hensem!!?? apekah?

walaupun sebelum menonton movie ni, saye dah baca banyak jugak bad review pasal Ombak Rindu ni, tapi saye tetap tak kesssah. hehe. WALAUPUN izzah pakai jam besar gedabak hasil penukaran suke same suke dengan haris, WALAUPUN izzah punya tudung ade masa lawak ada masa cun. WALAUPUN ... ahh malas dah saye nak pikir lagi dan lagi. hehe. TAPI ape yg penting............saye sedih hokey.........sedih. sangat.

ada banyak jugak dialog yg sy ingat, antaranye............... perlu ke? memang perlu ponnnnn

tolong jangan tenung saye mcm tu abang haris ..pittammm saye nanti...

haris
- abang rinduuuu izzah. rindu sangat sangattttt
- lepas ni jangan panggil encik haris lagi. panggil abang
- kenapa tak sally ke ... eiiii comel pon comel lah *ini untuk nama kucen izzah
- kau memang perempuan murahan! aku kutip kat tepi jalan macam mana kau kutip kucing kau tu! *yang ni saye rase nak lempang-lempang harris, harris okayy.... bukan aaron ajis okaaay!

tudung izzah tak cun time nie. kena baiki sikit yer izzah.

izzah
- cinta itu tidak kejam. cuma manusia yg tak pandai menghargai cinta
- ambillah jam izzah sebagai hantaran
- saya takkan menuntut sebarang hak sebagai isteri 
- izzah tak mengandung. memang bila datang bulan izzah selalu muntah dan mual2 *time ni sumpah rasa kesian kat izzah.time ni lah pon air mata merembes. hambikk.ayat novel ko..
 

mila yang banyak meroyan
- surprise surprise !
- tekejut kan ? i pon tekejut. u jgn bagitau haghis tau. haghi ni birthday dia. i ader supghise utk dia. i belikan jam sbb i tengok jam lama dia tu bughok..!
- one day i will make sure that u will deadly in love with me!
- itu bukan ghedha tapi pasghah! ghedha itu ikhlas, pasghah itu menyeghah
- siall. SIALLLL !


peace yoo, pak dollah *tengah marah sangat time nie

pak dollah
- sufiah ! arwah suami kau dulu yg merayu2 kat aku ''dollah tolonglah dollah. bagila anak kau pada aku. aku tak mau sufiah meroyan" *comel pak dollah mase nih. kehkehkeh


hikhikhik. itu lah saje antara skrip-skrip yang mampu saye ingat. 



Kesimpulannye, overall movie nie, ialah sangat best. perasaan rasa terbuai-buai bila tengok pemandangan yg menarik sepanjang diorang berlakon. siap boleh berangan .. kalaulah dapat rumah macam yang izzah tinggal tu, alangkah.. ....berangannya aku. pemandangan kat sekitar rumah tu pon cantik sesangat, romantikkkkk. 


 serius cantik izzah time pakai shawl ni. so sweetttt

OMG. romantika de amor. nie dah nak ending cerita. ^__^


OKAY. itu aje lah setakat nie. nak cerita lebih pon tak best kalau korang pon tak tengok lagi. hahaha. saje nak berlagak kat org-org yg belum tengok  :)