Pages

Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Tetap Nak Cakap Ombak Rindu itu Best!

Salam uols. hi and selamat hari jumaat ;)

yeahhh..................... itu dia tajuk entry pasal movie lah pulak. 
sebenarnye tertengok movie Ombak Rindu. itu pun lepas ramai orang laen dah lama tengok, and saye pulak baru sekarang terkecoh-kecoh nak heboh, sbb saye jugak dah tengok. semalam. hihi



Menggila kejap sebab suke sangat dengan abang aaron ajis. 
selalu mata ni, kalau pukul 1130 malam, dah sampai time la tu utk tertutup, 
tapi semalam abang aaron ajis punya pasal, sanggup bersengkang mata....hihi..sangat..

boleh pulak menangis tengok cerita nieeeee, bajet feeling sangat konon bila  tengok part izzah kena buli dengan haris. kau kejam haris!!! walaupun kejam tapi kau hensem!!?? apekah?

walaupun sebelum menonton movie ni, saye dah baca banyak jugak bad review pasal Ombak Rindu ni, tapi saye tetap tak kesssah. hehe. WALAUPUN izzah pakai jam besar gedabak hasil penukaran suke same suke dengan haris, WALAUPUN izzah punya tudung ade masa lawak ada masa cun. WALAUPUN ... ahh malas dah saye nak pikir lagi dan lagi. hehe. TAPI ape yg penting............saye sedih hokey.........sedih. sangat.

ada banyak jugak dialog yg sy ingat, antaranye............... perlu ke? memang perlu ponnnnn

tolong jangan tenung saye mcm tu abang haris ..pittammm saye nanti...

haris
- abang rinduuuu izzah. rindu sangat sangattttt
- lepas ni jangan panggil encik haris lagi. panggil abang
- kenapa tak sally ke ... eiiii comel pon comel lah *ini untuk nama kucen izzah
- kau memang perempuan murahan! aku kutip kat tepi jalan macam mana kau kutip kucing kau tu! *yang ni saye rase nak lempang-lempang harris, harris okayy.... bukan aaron ajis okaaay!

tudung izzah tak cun time nie. kena baiki sikit yer izzah.

izzah
- cinta itu tidak kejam. cuma manusia yg tak pandai menghargai cinta
- ambillah jam izzah sebagai hantaran
- saya takkan menuntut sebarang hak sebagai isteri 
- izzah tak mengandung. memang bila datang bulan izzah selalu muntah dan mual2 *time ni sumpah rasa kesian kat izzah.time ni lah pon air mata merembes. hambikk.ayat novel ko..
 

mila yang banyak meroyan
- surprise surprise !
- tekejut kan ? i pon tekejut. u jgn bagitau haghis tau. haghi ni birthday dia. i ader supghise utk dia. i belikan jam sbb i tengok jam lama dia tu bughok..!
- one day i will make sure that u will deadly in love with me!
- itu bukan ghedha tapi pasghah! ghedha itu ikhlas, pasghah itu menyeghah
- siall. SIALLLL !


peace yoo, pak dollah *tengah marah sangat time nie

pak dollah
- sufiah ! arwah suami kau dulu yg merayu2 kat aku ''dollah tolonglah dollah. bagila anak kau pada aku. aku tak mau sufiah meroyan" *comel pak dollah mase nih. kehkehkeh


hikhikhik. itu lah saje antara skrip-skrip yang mampu saye ingat. 



Kesimpulannye, overall movie nie, ialah sangat best. perasaan rasa terbuai-buai bila tengok pemandangan yg menarik sepanjang diorang berlakon. siap boleh berangan .. kalaulah dapat rumah macam yang izzah tinggal tu, alangkah.. ....berangannya aku. pemandangan kat sekitar rumah tu pon cantik sesangat, romantikkkkk. 


 serius cantik izzah time pakai shawl ni. so sweetttt

OMG. romantika de amor. nie dah nak ending cerita. ^__^


OKAY. itu aje lah setakat nie. nak cerita lebih pon tak best kalau korang pon tak tengok lagi. hahaha. saje nak berlagak kat org-org yg belum tengok  :)

7 hari mencintaiku

Salam uols.


amboi over betul tuan belog ni. bile dah termula update blog, mula lah asyik nak update je. maafkan sikap tuan belog yer. :)


kali ni, nak review psl novel 7 Hari Mencintaiku, hasil tulisan Siti Rosmizah.






Meh baca sinopsis yang ai ambik sumbernya dari google .




SINOPSIS NOVEL 7 HARI MENCINTAIKU


Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!” 

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….” 

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita? 

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. 





maap la, pic amik dr google, tak dan snap pic sendiri :) tengok, tebal, kan? but have fun!! :D




OKAY.


Amacam?Dah baca sinopsis novel hasil karya Siti Rosmizah ni? rase-rase best ke tak? Pada sy, memang best. jalan cerita dia sama dengan novel dia sebelum ni yang sy pernah baca, Kau dan Aku. yang tu pun kisah pasal kena kahwin paksa.


ade lah 3, 4 kali sy menitiskan air mata sepanjang proses nak mengkhatamkan novel ni. huhu. sampaikan masa kat ofis pun teringat-ingat pasal novel yang ditinggalkan kat rumah.


paling best, masa baca novel ni, boleh bayangkan khuzairi tu aaron aziz again?hehehhe.  Mia Adriana plak jue aziz, ala-ala manja gitu sebab mia ni manja and cantik gitu. haha. helmi plak sape tuh, benjy ank azean irdawaty. hehe. sebab dia mcm nakai-nakai sikit. haaaaaaa.. itu mcm laaa. baru la feel sket mase baca novel tu. hiksss..


OK lah, pada korang yg kaki novel and suka baca novel cintan cintun yang feeling-feeling sendu, bole lah beli novel ni. memang agak tebal la. mau makan 2,3 hari nak habis. tapi kalau GIGIH, 24jam pon boleyyyy :)


ok , itu lah saje review ai pada kali ini. ai beredar dulu. sekian. :)