Pages

Showing posts with label katakan tidak kepada gemuk.. Show all posts
Showing posts with label katakan tidak kepada gemuk.. Show all posts

After a long hiatus

Salam semua!

Lama kan menyepi lepas kejadian majlis kawen kena postpone. konon-konon merajuk lettew terus takmo update blog. wah drama betul kan.

Lepas kejadian tu, i is bz yang amat uols. mana nak contact semua vendor and tanya diorang date baru tu samada available ke idok. drama toksah cerita. ada yang free, ada yang tak free. maka tak memasal je ada certain deposit burn begitu sahaja, apa nak buat kan. 

Part mekap ar benda pertama yang aku update dengan vendor Nurul Syamila. sadisss sekali bila date yang aku nak tu dia tak available.. nak buat cemana kan, so burn lah deposit. takde rezeki kan. .tapi kite dah dapat cari pengganti utk mekap. kalau korang cari dekat FB, nama dia Eyda kay. suka mekap mata eyda kay itu. harap2 nanti iols akan jadi gorjeslah masa nikah and sanding. kahkahkah.

Lain2 vendor semua takde problemo. alhamdulillah lah kan. betulla, sekarang bila bangun pagipagi tu, otak rasa free jer. dah tak stress sangat. sebab kita punye date nikah and sanding lambat lagi. insyaallah kalau xde aral pape, 1 and 2 jun. time tu cuti sekolah. hope and berdoa semoga semuanya OK and berjalan lancar. aminnnnn.

now tengah diy sikit2 kotak utk doorgift. and baju nikah dah siap. cuma tak gi fitting je lagi. baju sanding pun dah siap jugaa. haha. awal kan siapnya. maka kena laa diet. HARUS maintain je. sebab masa gi tempah baju nikah aritu masa tengah kurus betul. sekarang dah naik 2kilo.  jangan tak muat baju nikah tu sudah. ingat, cuma perlu MAINTAIN. 


hee, saje nak up pic sendiri. hasil menggunakan new skincare. wah malas ah nak review pasal skincare baru kite ni. ini picca tanpa bedak okey. mungkin jadi super putih nie sebab lighting yang hover melampaulampau kot. haha.  sekarang dah memang berlagak giler keluar rumah  pun dah tak berbedak bagai. guna krim siang and lipstick, and sedikit mascara untuk tampil menawan. juga sedikit sapuan blusher.  hahahha. oklah, macam iklan dah. :D


Misteri gadis hilang

Salam uols!


Pernah baca pasal misteri seorang gadis berskipping seorang diri yang dipercayai  hilang sejak seminggu yang lalu?


Gadis itu dipercayai hilang dalam mewujudkan entry-entry di dalam blog aje pon. hehe. saje nak bagi saspen! ingat budak kuantan tu je ke boleh prank 1 malaysia?


Lama kan saye tak update blog. takde apa yang menarik nak share. tapi dalam  minggu ini, kegilaan saya tertumpu pada aktivi memasak. kelasss sangat kau, ciri-ciri menantu pilihan sangat :p


pasal skipping lak, meh nak terus terang. sebenarnyer ........lepas entry saya yg saya berjaya skipping 300kali tuh, no more skipping activity dah lepas tuh. HAHA. HANGAT-HANGAT TAHIK AYAM. kbai. alaaaaa.. itu bukan lah hangat-hangat ke, taek ayam ke ape ke kan. tu sebab trauma bila lepas skipping tu, sakit kaki yang amat sangat. nak berdiri pon siksa sangat. apetah lagi nak berjalan.  hew hew hew, maafkan sayeeee. tapi semalam, lepas dah muhasabah diri, semangat untuk kekal kurus dan cantik  berseri (eii geli nyer) dapat dipupuk balik semula. alhamdulillah!!!!!!


Malam semalam, berjaya jugak skipping lagi 200.  mesti akan ada orang cakap. haip.. 200 aje?? haha. takpe adik-adik, mula-mula akak kau ini buatla 200 dulu, esok lusa akak tambah la lagi, mana tau cita-cita akak nak buat 500kali satu sessi tu akan berjaya hendaknyer. aminn.. amin! and pagi tadi plak saya berjaya buat lagi 200! okeh, itu dah cukup bagus. sebab peluh dah keluar, badan pun sihat!


saya berskipping dalam rumah malam tadi, siap pakai sport shoes untuk elakkan sakit kaki. and hasilnya memang ossem sebab pagi ni, kaki tak rasa sakit. alhamdulillah. so after this, no more reason kaki sakit lagi. hehe :) 


And sekarang mostly dah senang nak kawal makan. yeke? hehe. and 1 benda nak share, kalau korang nak diet, nak cepat kenyang, minum la susu skim ni. 


Apa itu susu skim? Susu skim ialah sejenis susu lembu  yang mempunyai kurang 1% kandungan lemak di dalamnya, atau dalam bahasa mudahnya, ialah susu tepung tanpa lemak. 



 OKAY.


thats all for today! oh. dah betul-betul can be my diet diary, my kurus diari also can :p


bui-bui ..

Step by step please!

Salam uols!


Semalam ahad, ai dah berjaya membeli skipping rope, design standard yang murah. murah bukan sebarang murah, ianya bisa mengeluarkan peluh ai yang dah lama tak keluar! haha!


fyi, semalam balik aje dari beli skipping kat econsave baru festival city danau tu, dengan gelojohnya ai salin2 tukar baju and seluar  yang senang nak lompat.. then bermula lah episod lompat si katak lompat.


mula-mula lompat, kembang kempis idom nie. ye lor, lama kemain tak eksesais, memang tanjat la tubuh badan ni! kendian lompat 50kali, and tambah lagi , sampai aje 200kali, terus melepek kat sofa! haha. tak senonoh punye orang.


lepas 3,4 minit kejadian melepek kat sofa, terus bangun balik, and then terus cukupkan 300kali! YEAY! maka berakhirla episod skipping untuk malam td. lompat slow motion benor sebab risau bergegar satu  flat tu, tak memasal org bawah ketuk pintu rumah ai nanti. hehe!








lepas skipping, mandi and tido. sangat mudah nak bangun subuh pagi tadi, plus percuma pakej sakit betis. haha! takpe, cobaaaannnnn~~~so malam ni harus usaha gigih lagi, maybe 500? :)


and sekarang ai ialah sangat-sangat penat okay , nak ulang alik ke toilet utk hari ni, disebabkan minum air banyak sangat! huhu. dah nak masuk 2litre. balik rumah nanti, minum lagi, kasi cukup 3litre! and todays's menu for bfast is nasik (ngam-ngam hujung senduk :D ) + ikan goreng. lunch , 1 mangkuk sup sayur + isi ayam. and petang nie makan 4keping biskut + teh o panas.


OKAY.. thats all for today! ^_^


usaha tangga kejayaan! kalau  tak usaha, takkan boleh gugur pulak lemak ai ini sensorang dia, unless ai ade penyakit ape2! :D


my blog can be my diet diary now! ~~

Hati Kena Kental!



Lepas baca pasal jogging vs jumping rope.


terus feeling kurus. 


mata terus tengok sekeliling rumah


port mana paling sesuai utk jadik port paling cantek 


spot place ialah depan tv.. harap maklum, pastikan jarak dari kipas sedikit jauh!


port dah ada, cuma tunggu masa nak beli skipping rope aje! hew hew hew!


nak kurus punye pasal..










nak jogging memang tak arrr. takde mase #alasanpalingcommand. 


balik keje dah pukul 100, nak jogging malam-malam? jangan buat gile. 


ade jugak nanti keluar macam-macam kes. lololo. maka kena la cari alternatif lain. 


iaitu SKIPPING!


ini cerita betul. ingat lagi time kat kulim dulu,


dalam masa sebulan, ai boleh loss 4kg's sebab ctrl makan, plus skipping memalam buta. 


yg ini plak ai amek dari kelab diet. he he he. meh ushar!


salam..sya ex student sport sn ..grad 2007dlu masa first sem sya dan kekawan memang teruk kena attack dgn pensyarah sebab bdan x fit n berisi..almaklumlah lepas spm terus makan tidur sementara tunggu masuk IPT..cara pemakanan mcm ni menyebabkan bentuk badan x cantik dan mengeleber....
skadar nak share exercise yang tak membahayapun masa belajar dlu..
Menu pagi , Roti 2 keping,skipping 1000x, 
Tengahari, Ikan Panggang x kisahla ikan apa pun cicah air asam @ cili sos,
Ptg, Jogging atas kemampuan memasing,
malam ,Roti 2 keping ,skipping 1000x,
gud luck la kalau nak mencuba..sya ngan dak2 kelas FIT dalam masa seminggu sahaja..I lost 5 kg...
Penat memang Penat tpi kalau kita push Insyallah berjaya...Skrg dah kerja tak dpt dah nak buat cam ni sebab takder masa dan duk serumah ngan kekawan...dlu skipping cuma dlm bilik je skrg kalau skipping dlm rumah mahu kena penyepak :lol:


maka kali ni, harap-harap misi berjaya! go baby go! ^__^ 


dimana ada kemahuan , disitu ada highway #adnansempit :p




p/s : 2-3 hari memula buat skipping , konpem kaki sakit macam nak patah, nak berdiri pon tak berapa nak gagah.  dah lama-lama nanti, baru ler okay sikit.