Pages

Showing posts with label baju resepsi. Show all posts
Showing posts with label baju resepsi. Show all posts

Wedding Progress: Cerita Baju Sanding

Salam

Alaa, blog dah berhabuk. memang bz dan tak sempat langsung nak curi masa utk update blog. 

Sabtu lepas, sy dah pun pegi fitting baju sanding. Baju sanding ni pun ada drama. Memula memang plan nak sewa je baju tu, tapi bile tengok, macam tak berkenan pulak. So dengan begitu last minute sekali, dalam awal bulan 4, baru decide nak buat baju baru.

Kali ni, taste songket pulak dah. cancel segala mak nenek chiffon. so terus tukar and sibuk cari idea sana sini  utk baju sanding tu. google punye google, terus berkenan and sebulat suara dengan tunang, nak pakai songket. 

So lepas discussion dengan kak jes, selaku owner butik Jessica Bridal, sy dah decide nak buat peplum songket. color? haruslah hijau. ingat nak cari hijau kepala itik mcm scha awal,kak jes try cari and tak dapat. so proceed dengan plan B, hijau zamrud. haaa, pasal nama hijau kepala itik tu, kak jes la yang bgtau. cepat2 google, oh rupanye memang ade hijau kepala itik =.='

songket hijau bunga tabur


then rabu lepas, kak jes call kate baju lelaki dah siap, and baju perempuan tengah buat beading. time tu mcm lega sikit sebab dah nak siap, dalam hati risau je kot2 baju tak sempat siap, sebab gi tempah and ukur baju pun awal bulan 4 hari tu. 

then hari sabtu lepas, sy pegi butik kak jes, tengok baju hijau sy dah ada kat badan patung. haruslah sukaa sangat. then kitorg fitting. baju lelaki ok, and tunang sy kata dia sukaa. :) tak perlu alter apa2 dah. cuma baju sy kena kecikkan. wuwu. dah kurus sikit sebab peplum tu besar sikit and lengan besar sikit. and now just kena maintain jelah and takleh nak makan beria2 sangat walaupun kadang2 selamba je makan satey malam2 buta :D 

next week last fitting baju sanding. hope semuanya ok :)



now mostly banyak benda dah setel.  dokumen nikah semua dah settle. alhamdulillah. cuma ada sikit2 benda lagi yg pending. akan diusahakan utk setel sebelum majlis. pada b2b and kawan2 yg nak datang majlis sy, dialu2kan utk tinggalkan address. nanti sy pos kad ya. 

Thanks for reading!





Sepatutnya hujung minggu ni saya kawin tapi

Sepatutnya hari ni saya dah bercuti
Sepatutnya hari ni saya dah sibuk kat kampung 
Sepatutnya hari ni saya dah sibuk kemas bilik pengantin
Sepatutnya hari ni saya dah sibuk kemas rumah
Sepatutnya hari ni saya punya jantung dah dup dap dup dap
Sepatutnya hari ni saya dah sibuk sibukkk dan sibukkkk
Sepatutnya hari ni saya ..

hah hahha

hamboi over beno tuh kemain nak banyak kali repeat sepatutnya hari niii

actually hujung minggu ni dah settle semua hal nikah kahwin sayaaa ni. 
sepatutnya lah...

tapi sebab PRU yang entah bila-bila, plus tunang saya dibekukan cutinya. 
terus la majlis postpone ke bulan JUN.
harapharap pak ajib cepatcepat la umum tarikh PRU.
kasihanilah kami orangorang nak kawin ini semua
dalam dilema risau tarikh kawin kami sama dengan tarikh PRU
apape pun saya mengharapkan Allah permudahkan segala urusan saya nak kawinnn.

Cerita pasal kawin, weekend ni saya akan pegi fitting baju sanding saya.  tak sabar ohh. harapharap baju sanding saya tu samaaa macam yang saya idamkan. harap tak ketatketat sangat sebab saya risoo saya dah gemuk sebab dua tiga minggu baru ni nafsu makan membuas sikit. kalau kat ig duk la post picca makanan sampai mana kawankawan yang pregnant boleh mengidam.wuwuwu. maapkan sayaa.


Kalau baju sanding tu dah ok, nanti boleh bagi teaser. 

oklah. macam dah takde benda je nak update kan. sekarang memang jenis mengabaikan blog nan satu ini. suke sangat baca blog orang lain tapi blog sendiri terabai. sabooooo jelah perangai.





tediaaa. saja nak include hari kejadian. nampak la banyak sikit bilangan hari tu. dup dap dup dap. percayaaalah masa 74 hari tu sangatsangat sekejap. tau tau nanti ehh dah bulan 5. lepas tu. ehhhh dah tiba hari kejadian. haha. okeh rasa macam over sangat pulak. wiwiwiwi.

bye!






After a long hiatus

Salam semua!

Lama kan menyepi lepas kejadian majlis kawen kena postpone. konon-konon merajuk lettew terus takmo update blog. wah drama betul kan.

Lepas kejadian tu, i is bz yang amat uols. mana nak contact semua vendor and tanya diorang date baru tu samada available ke idok. drama toksah cerita. ada yang free, ada yang tak free. maka tak memasal je ada certain deposit burn begitu sahaja, apa nak buat kan. 

Part mekap ar benda pertama yang aku update dengan vendor Nurul Syamila. sadisss sekali bila date yang aku nak tu dia tak available.. nak buat cemana kan, so burn lah deposit. takde rezeki kan. .tapi kite dah dapat cari pengganti utk mekap. kalau korang cari dekat FB, nama dia Eyda kay. suka mekap mata eyda kay itu. harap2 nanti iols akan jadi gorjeslah masa nikah and sanding. kahkahkah.

Lain2 vendor semua takde problemo. alhamdulillah lah kan. betulla, sekarang bila bangun pagipagi tu, otak rasa free jer. dah tak stress sangat. sebab kita punye date nikah and sanding lambat lagi. insyaallah kalau xde aral pape, 1 and 2 jun. time tu cuti sekolah. hope and berdoa semoga semuanya OK and berjalan lancar. aminnnnn.

now tengah diy sikit2 kotak utk doorgift. and baju nikah dah siap. cuma tak gi fitting je lagi. baju sanding pun dah siap jugaa. haha. awal kan siapnya. maka kena laa diet. HARUS maintain je. sebab masa gi tempah baju nikah aritu masa tengah kurus betul. sekarang dah naik 2kilo.  jangan tak muat baju nikah tu sudah. ingat, cuma perlu MAINTAIN. 


hee, saje nak up pic sendiri. hasil menggunakan new skincare. wah malas ah nak review pasal skincare baru kite ni. ini picca tanpa bedak okey. mungkin jadi super putih nie sebab lighting yang hover melampaulampau kot. haha.  sekarang dah memang berlagak giler keluar rumah  pun dah tak berbedak bagai. guna krim siang and lipstick, and sedikit mascara untuk tampil menawan. juga sedikit sapuan blusher.  hahahha. oklah, macam iklan dah. :D


Misi Mencari Baju Resepsi

Salam semua!

Saja nak sharing pasal aktiviti pada last weekend. boleh dikatakan aku agak gigih pergi sampai kajang dan bangi. semata2 nak cari dress utk dipakai time resepsi nanti. and fyi, aku dah decide. nak sewa je baju resepsi. malas dah nak pikir nak tempah baru.

Many thank to nisha sebab rekemen a few butik area kajang. which is abg dia punya member.

1st, aku pergi satu butik ni. terletak dekat atas hentian kajang. aku suka and suka sangat butik ni. sebab most of design yg ada kat butik tu boleh dikatakan up-to-date. staff pun baik. tp aku sempat try sehelai baju je sebab ramai okey bakal pengantin yg dtg. 

mari tepek picca.

ni 1st baju yg aku try dekat kedai yg nisha rekomen. aku suka jugakla. CUMA. heee. ada cuma okay. mari baca part CUMA lepas tengok picca baju ini.


CUMA aku kena kecikkan lagi certain part of my body. hadoi. ingatkan berat dh turun, boleh main sarung je baju mana2. memang TAK la.. sebab part lengan baju ni kena alter sikit kalau aku betul2 nak. huhu. rela atau pun tak, mulai hari ini, aku start diet semula. kalau boleh, aku nak elok2 je berat 45-48. wowww!! agak tinggi cita2 aku tu. mungkin baju pengantin ni boleh memotivasikan diri yg payah sangat nak bermotivasi ni, lagi2 bab kuruskan badan.

OKAY. lepas tu aku pegi another butik. yg tu dekat bangi. agak ekslusif jugak. baju sheila mohammad pun ada. and mostly butik ni ada buat event utk tunang/wedding artis2 msia. 

meh nak tunjuk picca meh.


yg tengah tu dress by sheila mohamad. 

and ni pulak hasil fitting 

aku tak snap picca banyak sangat pun. sebab tengah meroyan nak pilih baju kawen. 

aku dah decide nak ambik baju dekat butik 1st yg aku pegi. tapi baju mana still tak decide lagi. plus owner butik tu dah bagi harga diskaun.. why not aku ambik yg murah instead of yg mahal, and hasilnya lebih kurang sama. kanzzz. janji puas hati. dan paling best, aku berjaya kurangkan budget asal utk baju resepsi aku. almost 500 jugak tuuu. alhamdulillah.

now aku kena datang balik butik tu. tapi tokey kedai dah pesan awal2, kalo nak datang, kena datang time weekdays. sebab org tak ramai masa tu. nak tak nak, dalam bulan ni, aku nak cuti! 

alrite. itu jer lah yg aku nak share. 

p/s: malas nak reveal nama butik. kalo nak tau, pm saja :D