Pages

ramadhan tiba

selamat menyambut bulan ramadhan. belum terlewat utk ucapkan.


org kata, bulan ramadhan syaitoon diikat. tapi lately, asyik rasa nak mengamuk jer. mungkin syaitoon belaan diri sendiri. huh! *pegi mati ler kau syaitooonn!!!

rasa mengamuk & meroyan hanya datang bila boss berperangai macam *lu pkir lah sendiri hoi. malas nak berbuat dosa di bulan romdon.

satu persoalan di sini. yg berlegar di minda tak kira siang mahupun malam. iaitu " bila boss nak resign nie?"


ok lah semua, selamat berpuasa. moga ibadah kita diterima hendaknya :)






I lob u bos. muah!

bos.. i lob the way u treat me. ngee. adedeh, kenapa lah salu nak buat entry fasal bos? spesel sgt kah kau itu? haha. dah la, full stop cerita fasal bos yang maha baik lagi berhemah itu. ngengenge.

semalam ari ahad. sebelum ahad, ialah sabtu. sabtu tu, sy pegi jalan jalan sambil makan makan. tujuan utama ialah nak makan. maklum lah, lagi beberapa hari, dah nak masuk ramadhan. so sabtu tu sessi melayan perut secara ramah tamah. bawak perut pegi makan nasik kandar beratur. pergh, dasyat betul la sambutan peminat mamak nasik kandar beratur itu. hehe. macam terkejut sikit la, sebab ramai sangat yang beratur. patut lah nama kedai "nasi kandar beratur". Apa yang spesel kat kedai tu? Mungkinkah kari diimport dari India? hehe. secara jujur lagi telus nya, ini pendapat peribadi say lah kan. nasik kandar beratur itu ialah "like-like ajerr". sebab apa sy cakap macam tu, sebab kari dia ialah tak berapa nak kaw atau bahasa lain,boleh dianggap sebagai tak berapa nak pekat. bukan apa,selalunya kan, kalau kita makan kat kedai mamak, bau kari tu confirm boleh melekat kat tangan sebagai tanda kenang kenangan atau lebih afdal dikatakan boleh dibawak masuk ke dalam mimpi. iaitu tidur sambil cium tangans endiri. hahahaha. sedap wok!

ok, habis cerita pasal nasik kandar beratur. tapi sebelum pekena nasik kandar beratur, perut sy dah meminta sotong kangkung di padang kota. agak syok la. alah, standard la, kalau bab makan, semua pun syok. hehe. makan sotong kangkung dengan kerang bakar. pergh. sedap.. tak tipu. tapi banyak kali tertipu oleh kerang sebab bukak punya bukak, tup tup ada lumpur saja. kecewa kot. tapi xper, hehe. anggap saja itu cabaran. huahaha * ehh, apesal la masa taip ini hati ceria semacam? hahaha. layan jelah yer.

ok, lepas selesai sesi makan makan, sy duduk lepak kat depan queensbay. baru tahu ada fun fair kat depan queensbay. agak meriah jugak la. memandangkan masa tu duit xberapa nak ada, maka hanya tengok dari jauh je lah, orang duk jerit jerit macm org gila time naik benda alah mainan kt fun fair tu. jeles jugak, tapi redha. hehe.


ok,selesai satu bab hari sabtu. hari ahad pulak, pergi makan nasik kukus syed kat sungai petani. adoi, mentang mentang lah dah nak bulan puasa, bukan main meriah lagi makan yerrr.. haha, maka berat badan pun mungkin naik. alah, bukan mungkin lagi, PASTI naik! yes, itu lah yang sy nak, memandangkan sekarang semua orang cakap sy KURUS macam penagih. Siyesss.. percaya lahhhh.. :)

nasik kukus syed. agak agak korang sedap tak? haa, jawapannya, mestila sedappp.. siap bawak balik tapau lagi tuhh. menunjukkan betapa sedapnya nasik kukus itu. gegege. siyes tak tipu. lepas ni, boleh la pergi lagik, tapi agak jauh disitu. trima kasih pada cik bujal sebab belanja nasik kukus syed. terbaekk wok!!!

sekian la cerita di hujung minggu. haa, tajuk entry takda kena mengena dengan isi entry kali ini. hehe. daa ;)


EMOSI MEMBAWA PADAH

saya sibuk, tapi tetap nak luahkan perasaan sekarang..


...........direct VS indirect.............

wah.. pagi ini memang menyirap. rasa tersentap. hati sy memang panas & menggelegak. tensen betul bila dianaktirikan. nasib baik lah ayah sy xkawin dua, atau tiga. kalau tak, siasia je dapat mak tiri. tapi sekarang, sy dah rasa dianaktirikan. bukan mak @ ayah sy yg menganaktirikan sy. tapi BOS sy. Huh!!! marah nii.. hurm, kenapa la BOS baru sy ni suka sangat nak banding bandingkan staff dia. Terus terang seterang terangnya yang sy rindukan BOS LAMA @ nama manja beliau, rhino. Ok aper, layanan sama rata, serata alam. erkk? huh! entah la, tibatiba kan, pagi ni, rasa tak seronok duduk bawah bumbung ofis nie. rasa nak cari kerja lain. ni semua fasal BOS. mentang mentang awak tu BOS. ayat dia yang paling buat sy sentap " by now, dont disturb my direct staff".
Helo, hebat sgt ke direct staff awak itu? Eee, tolong lah. Sy memang dah lama bengang dengan direct staff awak yang sorang tu. Ok la, dah cukup sampai sini jelah sessi meluahkan perasaan sy. tak fasal berdosa free free jer pagi ni. CUkup cukuplah berbuat dosa. Marah marah pun xguna. jadi, senyum jelah banyak banyak banyak.. gegegegge * gelak syaitoonn

"Dont be a jack of all traders & master of none!"
Kata kata nie khas buatmu si direct staff~ lalala ~

* i lobe u bos, but once u treat me like nothing, i will hate u forever.. erk.. kejamnya anda. chiaoo!