Pages

I lob u bos. muah!

bos.. i lob the way u treat me. ngee. adedeh, kenapa lah salu nak buat entry fasal bos? spesel sgt kah kau itu? haha. dah la, full stop cerita fasal bos yang maha baik lagi berhemah itu. ngengenge.

semalam ari ahad. sebelum ahad, ialah sabtu. sabtu tu, sy pegi jalan jalan sambil makan makan. tujuan utama ialah nak makan. maklum lah, lagi beberapa hari, dah nak masuk ramadhan. so sabtu tu sessi melayan perut secara ramah tamah. bawak perut pegi makan nasik kandar beratur. pergh, dasyat betul la sambutan peminat mamak nasik kandar beratur itu. hehe. macam terkejut sikit la, sebab ramai sangat yang beratur. patut lah nama kedai "nasi kandar beratur". Apa yang spesel kat kedai tu? Mungkinkah kari diimport dari India? hehe. secara jujur lagi telus nya, ini pendapat peribadi say lah kan. nasik kandar beratur itu ialah "like-like ajerr". sebab apa sy cakap macam tu, sebab kari dia ialah tak berapa nak kaw atau bahasa lain,boleh dianggap sebagai tak berapa nak pekat. bukan apa,selalunya kan, kalau kita makan kat kedai mamak, bau kari tu confirm boleh melekat kat tangan sebagai tanda kenang kenangan atau lebih afdal dikatakan boleh dibawak masuk ke dalam mimpi. iaitu tidur sambil cium tangans endiri. hahahaha. sedap wok!

ok, habis cerita pasal nasik kandar beratur. tapi sebelum pekena nasik kandar beratur, perut sy dah meminta sotong kangkung di padang kota. agak syok la. alah, standard la, kalau bab makan, semua pun syok. hehe. makan sotong kangkung dengan kerang bakar. pergh. sedap.. tak tipu. tapi banyak kali tertipu oleh kerang sebab bukak punya bukak, tup tup ada lumpur saja. kecewa kot. tapi xper, hehe. anggap saja itu cabaran. huahaha * ehh, apesal la masa taip ini hati ceria semacam? hahaha. layan jelah yer.

ok, lepas selesai sesi makan makan, sy duduk lepak kat depan queensbay. baru tahu ada fun fair kat depan queensbay. agak meriah jugak la. memandangkan masa tu duit xberapa nak ada, maka hanya tengok dari jauh je lah, orang duk jerit jerit macm org gila time naik benda alah mainan kt fun fair tu. jeles jugak, tapi redha. hehe.


ok,selesai satu bab hari sabtu. hari ahad pulak, pergi makan nasik kukus syed kat sungai petani. adoi, mentang mentang lah dah nak bulan puasa, bukan main meriah lagi makan yerrr.. haha, maka berat badan pun mungkin naik. alah, bukan mungkin lagi, PASTI naik! yes, itu lah yang sy nak, memandangkan sekarang semua orang cakap sy KURUS macam penagih. Siyesss.. percaya lahhhh.. :)

nasik kukus syed. agak agak korang sedap tak? haa, jawapannya, mestila sedappp.. siap bawak balik tapau lagi tuhh. menunjukkan betapa sedapnya nasik kukus itu. gegege. siyes tak tipu. lepas ni, boleh la pergi lagik, tapi agak jauh disitu. trima kasih pada cik bujal sebab belanja nasik kukus syed. terbaekk wok!!!

sekian la cerita di hujung minggu. haa, tajuk entry takda kena mengena dengan isi entry kali ini. hehe. daa ;)


No comments: