Pages

Monday Blues.

Salam kawan-kawanku.


Saya terfikir apa benda yang saya nak tulis hari ni. dan benda pertama yang tercetus di fikiran ni ialah Monday Blues! what the..fish? mungkin memandangkan hari ni hari isnin.. hari yang lemau, bagi diri saya la. thehe. maybe korang tak lemau kan, sebab korang sukaaaa hari isnin. ;p. kalaulah setiap minggu bermula dengan selasa.. atau pun paling teruk pun, isnin bermula pukul 10 atau 11pagi!


okay, maka dengan itu saya nak berkongsi tips untuk "melawan aura monday blues". lets cekedouttt .. 


1) Buat senaman ringkas di awal pagi Isnin


    Ok, perkara terbaik yang boleh dilakukan pada pagi Isnin ialah senaman ringkas untuk melancarkan feel-good hormones dalam badan kita. mungkin ada yang kata tak sempat. oh jangan nak beralasan. naik tangga pun dah dikira senaman. apatah lagi kalau berjalan. maka, sila parking kereta jauh-jauh dari opis, macam rutin harian saya sekarang ;p


2) Turn on the music


     Yang ni mungkin boleh diguna pakai jika korang semua penggemar muzik, atau suka berhibur. mungkin korang boleh layan radio online atau youtube.  muzik boleh dianggap sebagai satu ubat yang memulihkan. sejarah terapi muzik telah termaktub pada zaman purba. sebuah buku yang mengandungi ajaran cina "I Ching" menyatakan "muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang". so pada siapa-siapa yang beremosi pada pagi Isnin, bolehlah amalkan terapi muzik!




3) Pakai baju cantik-cantik atau bermain dengan warna


    Jadikan hari isnin sebagai hari untuk melaram baju kesukaan. kalau ada bajet lebih, korang shopping baju ofis setiap weekend, dan hari isnin korang rasmikan lah. hehehe. itu pun kalau korang berbajet lebih. kalau tak berapa nak berbajet, korang pakai la baju yang bewarna ceria dan terang benderang. ;p


4) Minum kopi atau ambil caffeine


     Mungkin korang boleh cuba minum kopi, teh atau nescafe. walaupun tak berapa nak elok mengambil caffein atas sebab ketagihan, tapi caffein ni, jika diambil secara bersederhana, akan menjadikan pagi Isnin anda lebih umph!


5) Gantikan pagi Isnin anda kepada hari Jumaat


     Ya, iaitu dengan mengambil sedikit masa pada hari Jumaat dengan mengemas meja. Hari jumaat, jangan tinggalkan meja dengan keadaan yang bersepah. kemaskan meja sebelum pulang. lagi bagus kalau hari Jumaat tu buat to-do-list bagi menjadikan hari Isnin lebih teratur. nak lagi bagus, setelkan semua kerja sebelum balik. jadi hari isnin tak lah horror sangat. ;p




OK, itu je lah kot idea yang ada setakat ni. saya selalu guna tips nombor 2, nombor 4 dan 5. kalau korang ada idea lain, boleh la kongsi. mana tau boleh guna. 


ok, babai.



No comments: