Pages

BARU VS LAMA

Salam semua. dah lama tak hapdate belog. bukannya malas, tapi takde apa yang menarik nak story. setiap kali on laptop, cuma blogwalking tengok entry kawan-kawan sajer. 


Banyak kejadian berlaku sekarang ni, contoh macam isu banjir di Labis, dan ketegangan yang berlaku di Mesir.  sekumpulan penuntut Malaysia di Mesir dah ambil inisiatif mewujudkan sebuah blog khas, http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com bagi membantu memusatkan sumber maklumat dan pergerakan semasa pelajar di Mesir, khususnya ketika keadaan politik negara itu semakin meruncing. kalau nak tau perkembangan terkini, korang boleh la bukak blog tu yer. 


itu cerita hal ehwal semasa. sekarang cerita pasal life aku yang dah berubah sejak beberapa hari lepas. tiada lagi bangun tidur pukul 2 petang, tiada lagi tengok wayang and lepak-lepak sampai 3pagi. sebab? aku dah mula bekerja. yer, tepuk sikitt! :p


company baru aku kat subang. dari rumah aku nak ke opis ambik masa dalam 30 minit kalau tak jem. office hour kat sini pukul 8:30 -5:30. tapi??? staff-staff kat sini masuk pukul 9:30 dan ke atas. apekah?? adakah aku yang salah info? hohooho. 1st day aku kat sini aku datang sharp pukul 8:30. pucat jugak gigi aku, kot-kot aku terlambat. pergh!! sekali masuk dalam opis, ada 2 ketul jer manusia dalam tu. so untuk hari-hari seterusnya, aku dah tak kuasa nak datang pukul 8:30. huhu. pukul 8:20 aku kuar rumah. and then sampai opis dalam 8:45. tapi?? takde orang jugak. pukul 10 br opis penuh. :P


suasana kat opis baru nie ok lah pada aku. aku dah boleh immune. nak parking pon senang. cuma? ofismate kat sini tak berapa nak mesra rakyat. atau aku yang menyombong? huahaha. entah, aku pon tak sure pasal tu, dan aku tak ambik port sangat sebab isnin depan , kawan aku, tuty, merangkap PA aku, merangkap ex housemate and ex opismate since aku kat kulim, akan join aku kerja kat sini, and under 1 project dengan aku! so aku boleh melompat kegirangan dan terloncat macam beruk dapat pisang!! yer, aku happy sesangat sebab mulai minggu depan aku dah ada member untuk sembang and gelak-gelak, and ada member untuk pergi lunch. takder lah aku tapau makanan kat cafe and santap sorang-sorang kat pantry. muehehhe ^__^.


lagi satu hal, kalau nak compare ofis baru dengan ofis lama, memang ofis lama lagi terbaek wok! sebab internet laju macam tikus, and takder istilah block-block website. ha, tapi kat ofis baru ni, diorang block memblock, and line internet sangat laaa lembappp. layankan ajerlah. fesbuk tak bulih, youtube tak bulih, nak donlod2 pun tak bulih. nak bergumbira dengar radio on9 pun tak bulih. apekah??? kejam sungguh. hahaha. tapi tak per, aku main cekelat, aku bawak berukband aku pegi opis sama-sama dengan aku. hohoh. bijak tak? bijak tak? :p


and syukur la, hari ni merupakan last day untuk bekerja, sebab esok dan jumaat dah mula cuti CNY! tepuk!! tepuk!! aku suka ajer, sebab bila kat tempat baru, and kita takde klik, rasa macam terseksa jiwa raga batin segala! kalau dah petang, aku laju je balik. yerlah, rasa senak otak aku kat tempat baru ni sorang-sorang. hoho. nasib baik la esok dah cuti. petang ni jugak aku chow balik kampung. 


so pada semua member-member yang balik kampung, pandu dengan cermat, ingatlah org yang tersayang ^__^. tata


Salam sayang, 
ctzainal

1 comment:

aca6nisa said...

aikk..cik tuty pun keje sau tmpt ka?
waaah...best no! ;)