Pages

Salah siapa??

Salam.


Hari nie takde apa yang menarik berlaku dalam hidup aku. macam biasa, nak gi kerja jem. balik kerja jem. sampai jem kepala otak aku, tambah pulak dengan kepeningan di tempat kerja baru.


satu hal yang buat aku sakit hati petang tadi, aku balik kerja, tup-tup ade eksiden depan flat aku. honda city berlanggar dengan iswara. teruk jugak la. dah penat aku meredah jem disebabkan eksiden tu, aku panjangkan langkah pergi kedai makan depan LRT sungai besi. aku order sup campur, satey 5 cucuk dan air sirap. 


ada lah dalam 15 minit aku duduk sopan sambil menunggu order, kakak satey datang dengan senyum simpul. aku pun saje nak beramah, aku cakap macam ni, kak, satey ni harga dia dua ringgit setengah erk? lepas tu akak tu macam terkejut, dia cakap, eh, adik nak 5 cucuk ke, 5 hengget? aku pon jawab baik-baik sambil senyum. kakkk, saya mintak 5 cucuk je,sebab saya makan sorang je kak. eh tak kuasa la aku nak order satey sampai 5 hengget! bukan aku duduk 3 orang kat umah tu, aku duduk sorang je weh!. ok la,lepas tu kakak satey tu pon blah gi tempat satey dia and hantar la 5 cucuk satey kat aku. ok, itu cerita pasal kakak satey. 


sekarang cerita pasal adik sup campur pulak. aku nampak adik yang ambik order tu letak bungkusan yang nampak gaya macam sup kat atas kaunter. aku pun pergi la kaunter and bayar harga sup campur dengan air sirap. lepas tu adik yang ambik order tu tanya aku. kak nak sup campur ke, sup sayur? aku jawab aku nak sup campur, bukan sup sayur. dia siap tunjuk kertas order tu dia tulis "ss". hei ape ke badak sangat kau ni dikkk?? aku dah geram, aku sound lah. eh kan ker awak yang siap repeat order saya tadi?? so adik tu pun dah mula malu-malu alah. dia cakap nak tukarkan sup campur. aku yang baik hati and tak solat maghrib ni cepat-cepat cakap tak payah, aku boleh makan jer sup sayur tu. tapi aku terkilan lah kot, dalam kepala hotak aku nie dah set nak makan sup campur start dari opis lagi taw taw tawww!!!!! kalau la aku ni spesies singa, dah lama aku cakar-cakar pipi adik montel itu! nasib baik aku manusia normal. 


aku pon pelik,aku yang sengau ke,atau adik tu yang badakkkkk?? padahal dia siap ulang order aku tu dua kali, siap buat short form kat kertas order "ss". maknanyer SYOK SENDIRI!!! hahaha. takpelah, nasib kau baik yer adik. lepas ni kalau kau salah lagi, aku takmo makan situ. merajuk ok! bye.

3 comments:

tuty latifah said...

sindrom badak telah meletus dgn jayanya...hohoho
lama dh x mkn sup sayur n tomyam petronas...huhuhuhu

aca6nisa said...

cedapppnyeee satay...

Eros Anwar said...

salah mereka dah keluarga mereka...