Pages

The Good Old Days

salam semua.


Saya nak cerita fasal permainan masa zaman kanak-kanak saya. waktu kanak-kanak dulu, saya lasak, dan kulit agak hitam. masa kecil saya banyak berkawan dengan budak lelaki, sebab kebanyakan jiran-jiran saya ramai anak lelaki sebaya. kalau ada perempuan pun, diorang tak sebaya dan jarak umur berbeza, sebab tu tak berapa geng dengan perempuan.


masa kecil, saya jenis tak lekat dekat rumah. kadang-kadang tengahari pun tak balik makan sebab seronok sangat bermain. saya keluar pagi, petang dekat maghrib baru berlari-lari balik rumah, itu pun lepas mak dah menjerit-jerit panggil balik.


permainan favourite mase kecik dulu ialah main guli.  ingat lagi dulu, kalau nak main guli, kena lukis satu bulatan atas tanah dan masukkan beberapa biji guli dalam bulatan tu.  ha lepas tu tuju la guli tu sampai keluar dari bulatan tu. siapa yang tuju paling banyak guli, maka dia lah yang menang. saya selalu kalah main guli, sampai kadang-kadang frust sebab asyik kena beli guli baru jer. huhu.



main guli - gambar kredit to google



selain dari guli, saya suka main roundes. permainan roundes tu hanya perlukan kayu pemukul yang kitorang guna ialah papan, dan sebijik bola tenis. roundes ni ala-ala besbol gitu. dulu dekat dengan rumah saya, ada satu padang kecik. sekarang padang tu dah jadi kebun jiran saya. dulu kat situ lah port saya main roundes dengan budak-budak lelaki. saya ingat lagi, pernah sekali tu kitorang main roundes, ada sorang kawan saya pukul bola roundes sampai terkena tingkap jiran kami, dan tingkap jiran tu pecah. lepas tu, kitorang dah tak main kat situ sebab kena marah dengan jiran kitorang. kelakar kalau ingat-ingat balik.


lagi satu, saya suka main kejar duduk. cara main dia, contoh macam saya(hantu) kejar orang tu, bila orang tu duduk, saya cuit dia, dia kena duduk setempat je sampai ada kawan lain cuit dia balik. Baru dia boleh bangun berlari. Bila sume dah kena cuit tu duduk, hantu kira 1,2,3...sapa lambat bangun dia jadi hantu. hahaha. kalau dulu, siapa yang jadi hantu tu lah yang penat sikit sebab kena lari-lari cari mangsa untuk dicuit. haha, macam-macam...


lepas tu, kalau budak perempuan, suka sangat main lompat getah. selalu saya dengan geng-geng perempuan main lompat getah masa rehat sekolah petang(sekolah agama). kadang-kadang, kitorang main cuit-cuit tiang. selalunya kalau main-main macam ni, kitorang buat kat sekolah petang, sebab tiang kat sekolah petang strategik sikit, jauh dari bilik guru. haha, kelakar kalau ingat-ingat balik, sebab sanggup tak makan time rehat sebab nak main. lepas tu suka jugak main batu seremban. kadang-kadang kawan datang rumah semata-mata nak main batu seremban. oh, so sweet. haha.


yang ini main batu seremban nama nya. alolo, so sweet berkain pelekat. gambar kredit to google



lagi permainan yang best masa kecik-kecik ialah main sepak getah. cara main, mula-mula beli getah banyak-banyak kat kedai Rafi. haha. Rafi tu nama orang okey. kedai rafi dulu famous kat kampung saya, sebab kedai dia banyak jual getah. lagi kerap kalah, lagi kerap la shopping getah kat kedai rafi. hihi. cara nak main sepak getah, kita ikat getah kita dengan getah lawan, kemudian kita gilir-gilir sepak getah tu sampai terlerai. kalau terlerai, maka kita akan dapat semua getah tu. kadang-kadang kalau kalah, memang sedih la sebab nak kena beli getah yang baru. modal jugak tu..masa kecik kan mana ada duit sangat. heheh..


kadang-kadang saya main tuju tin. tin yang biasa digunakan ialah tin susu cap junjung atau susu f&n. hakhakhak. kalau tin takde, kitorang main tuju selipar. best sangat main tu, feeling-feeling main boling. haha. lawak..lawak. zaman dulu mana kenal boling lagi. ha, lagi satu permainan feveret, main nyorok-nyorok. kadang-kadang sampai ke mahgrib duk main nyorok-nyorok. ingat lagi dulu, selalu mak marah main nyorok-nyorok sampai ada orang kata, kalau main nyorok-nyorok time maghrib, nanti kena sorok dek hantu kopek. hakhakhak. lawak..lawak..


yang ini permainan tuju tin. kretif betul siap susun-susun lagi kan. gambar kredit to google



yer, sebenarnya banyak lagi permainan masa zaman kecik-kecik dulu. tak larat nak cerita, sebab banyak sangat. apa-apa pun, memang seronok sangat masa kecik-kecik dulu. kalaulah dapat putar balik waktu..indahnya dunia. :)

dah lama tak jumpa kawan-kawan sepermainan sebab masing-masing dah besar. dah berhijrah. ada yang dah kawen pun. kalau balik kampung pun jarang boleh jumpa sebab masing-masing ada kehidupan sendiri. hurmm, saya rindu zaman kanak-kanak saya..




p/s : teringat masa darjah 6, suka sangat tengok cerita cina "The Good Old Days". selalu lambat pergi kelas tambahan malam sebab nak tunggu episod habis. sabor jelah. ;p

3 comments:

diana said...

main tuju tin tu yang paling akak suka..
masa kecik2 akak pun main jugak..
tak sabar2 nak abis ngaji sebab nak main tuju tin..
haahah

ctzainal said...

@kak diana : hahah, best kan time kecik-kecik dulu. budak zaman sekarang dah takde main permainan mcm kita dulu2. ;p

suzie shazana said...

dulu2 suka main baling kasut..he..he..
lebih kurang mcm baling tin tu jg...
zaman permainan dulu2 sgt best tp skrg dah moden...
tak de dah nak main permainan mcm kita dulu2 he..he..