Pages

The Best Cheese Naan in Town

Hai Assalamualaikum!


Petang semalam, sy berbuka di RSMY House of Real Beriani. Kedai ni ada 3 cawangan. Tapi yg sy pergi ni kat Jalan Medan Tunku, depan Maju Junction.

Pada siapa2 yang nak try bukak puasa kat sana, korang bolehla booking meja dulu. sebab semalam memang semua meja pun full. mcm sy semalam, sy whatsapp je. korang boleh refer kat gambar bawah ni untuk reserve meja.


Semalam, sy sampai sana dalam pukul 6:45. Time tu orang dah ramai. Kat kedai ni, konsep dia kita kena beratur untuk ambik roti naan dan nasi beriani tu. Kaunter roti naan dan nasi beriani tu 2 kaunter berbeza, contoh kalau datang makan berdua, bahagi-bahagilah. sorang gi ambik roti naan, sorang ambik nasik beriani. gituuu. Tapi jangan risau, walaupun orang super ramai, sekejap je beraturnye. Tak sampai 5minit pun dah boleh dapat makanan. Tu yang best tentang kedai ni.Takde istilah berbuka lambat sebab makanan lambat siap.

Semalam, sy try roti naan cheese, and suami try nasi beriani ayam. Roti naan cheese tu memang menggoda jiwa sebab dimakan panas-panas, cicah pulak dengan beef keema. and ayam tandoori dia best and besar. memang sedap! and suami pulak berjaya habiskan nasik beriani tu tanpa toleh kiri kanan, maksudnye sedap sangat ler tu. hehe.  Then kitorang ambik sayur goreng celup tepung. Tak tau la nama apa diorang panggil. haha. yg tu pun sedap sebab rangup. semuaaa la sedap. 

ni la cheese naan yang best tuu. sedap... tak tipu. haha.

 Yang di wrap dengan aluminium foil tu lah ayam tandoori nya.

Korang fokus gambar makanan tu je k. Abaikan muka ahkak yang lapar sebab tak sahur tu. muka lapar sangat dah tu. lembikkk


1 tips kat sini yang sy nak share, semalam sy sampai2 tu sy terus gi beratur ambik roti naan. sebab pikir kalau lambat nanti lama nak kena beratur. rupanye sekejapan amat. so kalau korng rasa nak roti naan yang panas2 untuk berbuka, korang gi la beratur time dekat2 nak masuk waktu tu, sebab memang takde orang dah beratur time tu,semua pun tengah berzikir depan makanan tunggu azan hee!

Semalam, total bil Rm 49. Lupa nak snap resit. kira ok lah kan harga tu. roti naan sekeping dalam RM6, keema beef RM 10, sayur goreng tepung tu RM 2. Nasi Beriani Ayam RM 15, Ayam Tandoori RM 10, Air epal Rm4 and Air nescafe Rm2. 

jap nak share sikit gambar kat instagram  @officialrsmy  kedai ni , sebab gambar sy tak banyak untuk buat korang teruja nak try kedai ni. haha.






Ok, kalau nak rasa sendiri the best cheese naan in town, bolehlah datang and cuba sendiri k. 

Selamat berpuasa! :)


Resepi Ayam Masak Semur Abg Zen #KTAR

Hai, Assalam.

Pagi ni semangat lebih sikit. kalau tak tu, pagi2 lagi dah mengantuk. haihh la mata.


Hari ni nak share resepi sikit. kot sapa2 yang takde idea nak masak apa untuk berbuka nanti, boleh la try resepi ni. 


Resepi ayam semur abang zen #KTAR

1/2 ekor ayam( potong ikut size kegemaran)

3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 biji tomato *

1 inci halia ( dimayang halus)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
4-5 sudu kicap manis 
1 cawan air
1 mangkuk santan


Cara masak:

1) Bersihkan ayam dan gaul dengan garam dan kunyit, kemudian gorengkan. jangan goreng terlampau garing, sedang2 masak je ye. Dan ketepikan.
2) Satukan bahan yg bertanda *, kemudian dikisar atau boleh ditumbuk. 
3) Tumiskan cili kisar dan goreng sehingga masak
4) Kemudian masukkan bahan yang bertanda * yang sudah dikisar/ditumbuk tadi.
5) Dah agak masak, masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan halia yang dimayang halus tadi.
6) Bila dah naik bau, masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan kicap manis.
7)Masukkan sedikit air, bila dah menggelegak air tu, masukkan pula ayam yang dah digoreng tadi.
8) Last sekali masukkan santan.  dan kemudian sesuaikan rasa, letaklah sedikit garam dan gula.
9) Dah agak masak santan tu, dan bolehlah dhidangkan! 

Ni ayam semur yg sy masak last week. tak berapa nak hitam sebab letak kicap sikit je. maklumlah kicap dah nak habis! haha.


Lauk ni makan dengan nasik panas-panas, memang terangkat. sila la cuba dan selamat memasak! 



After a long hiatus

Allah, lama betul meninggalkan blog ni. Rindu serindu rindunyeee! 

Paling best, ni entry pertama untuk tahun 2014. :D

Tuan blog hidup lagi ye. hee. Lepas kawen menyepi betul. nak kata sibuk sangat tu takde lah sibuk sangat pun. 


What to share? errmmm...tak sure nak share pasal ape, lagi2 personal life pun yang biasa2 aje. cuma sekarang ni alhamdulillah tengah berbahagia mengecapi kehidupan seharian. HAMBOI. 

Wedding review? Ya Allah, dah cukup setahun, sebulan, dan 3 hari, baru terhegeh2 nak review pasal kawin ke? hehe. 


Anddd. Alhamdulillah. dah masuk ramadhan pun. ramadhan last year sy dah mula berpuasa dengan suami. sempatla merasa bangun sahur and masak-masak tapi tak selalu sangat masaknye sebab sy dengan husband pun PJJ since kawin aritu. kalau dia ada je baru masak. bukak puasa pun ada masa sy masak jugak. sempat nak memasak tahun lepas sebab time tu memanjang outstation kat seremban and sentiasa la balik awal. pukul 4 dah kuar ofis. 


Tapi tahun ni tak sempat lagi nak masak apa2 untuk berbuka. balik keje pukul 5. awal dah tu tapi KL ni jem memanjang. Maka memang jadi pengunjung tetap param. tapi lauk2 kat param tahun ni agak mahal mencekik. nasib la, nak masak tak sempat, nak tak nak kena la membeli. tak beli tak makan. heee.

Sekarang alhamdulillah dah tak PJJ dah dengan suami since dia dapat tukar keje kat KL awal bulan 5 haritu. syukur alhamdulillah. and syukur jugak allah bagi kitorang peluang nak jadi mak bapak tak lama lagi. tu semua rezeki Allah nak bagi. 

Now sy dah pregnant 28weeks, and 6hari. alhamdulillah sihat lagi. cuma badan memang naik la. berat before pregnant 55kg.  Last 3weeks pegi check up, berat 65.5kg. haha. seram kan. tunggu checkup 12Julai ni, kot2 dah jadik 70kg ke. kalau camtu tahniah la dekat diri sendiri. 

Sepanjang pregnant ni, alhamdulillah takde morning sickness , muntah2 ape semua tu.sebab tu yang nafsu makan menggila sikit. cuma kadang2 sakit tulang bontot ni. nak jalan, nak bergerak sakit betul macam patah ke ape. tapi now takde dah. sy syak aritu sebab skip2 minum susu. sekarang ni konsisten dah minum susu, alhamdulillah tkde dah sakit2 tu. cuma 1 je lagi sekarang ni, bila perut dah besar sikit tu, rasa diri sendiri macam kura-kura. haha. bila baring terlentang atas katil, nak bangun angkat badan tu seksa sikit. normal la kan perut dah berat. hee.

tengok peha tu dah besar bagai johan. takpe lepas beranak harap boleh kecik balik. *cita-cita*

ok lah, tu je nak cite setakat ni. esok2 sambung nak buat entry psl pregnancy. atleast ade kenangan dalam blog ni. takde niat nak menunjuk2, cuma nak simpan kenangan dalam blog sendiri.

Ok semua, selamat berpuasa. and harap2 tahun ni berjaya puasa penuh. inshaallah