Pages

Resepi Ayam Masak Semur Abg Zen #KTAR

Hai, Assalam.

Pagi ni semangat lebih sikit. kalau tak tu, pagi2 lagi dah mengantuk. haihh la mata.


Hari ni nak share resepi sikit. kot sapa2 yang takde idea nak masak apa untuk berbuka nanti, boleh la try resepi ni. 


Resepi ayam semur abang zen #KTAR

1/2 ekor ayam( potong ikut size kegemaran)

3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 biji tomato *

1 inci halia ( dimayang halus)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
4-5 sudu kicap manis 
1 cawan air
1 mangkuk santan


Cara masak:

1) Bersihkan ayam dan gaul dengan garam dan kunyit, kemudian gorengkan. jangan goreng terlampau garing, sedang2 masak je ye. Dan ketepikan.
2) Satukan bahan yg bertanda *, kemudian dikisar atau boleh ditumbuk. 
3) Tumiskan cili kisar dan goreng sehingga masak
4) Kemudian masukkan bahan yang bertanda * yang sudah dikisar/ditumbuk tadi.
5) Dah agak masak, masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan halia yang dimayang halus tadi.
6) Bila dah naik bau, masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan kicap manis.
7)Masukkan sedikit air, bila dah menggelegak air tu, masukkan pula ayam yang dah digoreng tadi.
8) Last sekali masukkan santan.  dan kemudian sesuaikan rasa, letaklah sedikit garam dan gula.
9) Dah agak masak santan tu, dan bolehlah dhidangkan! 

Ni ayam semur yg sy masak last week. tak berapa nak hitam sebab letak kicap sikit je. maklumlah kicap dah nak habis! haha.


Lauk ni makan dengan nasik panas-panas, memang terangkat. sila la cuba dan selamat memasak! 



No comments: