Pages

Pregnancy Update : 29 weeks and 7 days

Hai Assalamualaikum!

Amboi bila datang time rajin, sampai 2 entry sekali dia bantai tulis dalam masa sehari. 

Nak update sikit pasal pregnancy yang esok akan masuk week 30. seram pulak bila pikir pasal dah dekat nak beranak. haha. perut makin besar, takleh nak sorok dah. kalau dulu masa 5bulan pun orang tak perasan pun tengah mengandung. boleh lagi pakai jeans. sekarang memang berangan je kot. lepas 5 bulan dia naik tetibe je haha. sampaila dah 7bulan ni, rasa gemuk sangat dah. tapi positif, gemuk kejap je inshaallah, harap2 lepas beranak bolehlah kecik balik. amin aminnnn *ni memang betul cita-cita dan impian selepas beranak. hee! *



Last week gi check up kat doktor an-nur, berat tak naik banyak dari last check-up. 500gram saja. sekarang dah jadi 66kg. sampai doc cakap, berat awak ni tak naik banyak. mungkin mengamalkan makan siang je, malam tak makan nasik. gitu. tapi tunggula baby besar sikit lepas ni, mau naik banyak lagi. 

Bulan puasa ni, wajib makan nasik time berbuka. tapi dalam seminggu ni baru perasan yang perut ni takleh masuk makanan banyak-banyak. ambik nasi dalam 3-4 suap pun ok dah, kenyang. then minum air banyak2. kalau sumbat lagi makanan, memang merangkak la lepas tu. haha. perut sempit la sekarang. mungkin makanan and baby tak cukup space dalam perut. agaknyeelaa..

Sepanjang puasa ni, penah la 2 kali pegi berbuka dekat2 dengan jalan tar. tahun2 sebelum ni,  lepas berbuka and semayang magrib, kitorang laki bini akan pegi jalan2 cuci mata kat bazar sepanjang jalan tar tu. baru ni, penah la sekali je gi pusing jalan tar, itu pun separuh je. tak sempat nak khatam 1 jalan tar tu sebab mengah. haha. baru kau rasa. agaknya perut dah besar, sumbat pulak nasi, harusla nak berjalan pun tak best. semalam, lepas berbuka kat kedai roti naan tu, cepat2 bagitau suami, lepas ni kita balik terusla, tak payah singgah jalan2 kat mane2. haha. sampai gitu sekali. hari ini dalam sejarah. dulu mana pernah tolak bab shopping2 ni, tapi sekarang tiba2 diri sendiri yang taknak. dah kenyang, ape lagi, terbayang tilam bantal jelah.

Progress baby masa kita tengah berpuasa setakat ni ok la. alhamdulillah. takde masalah apa-apa setakat ni. dia paham kot mak dia puasa. behave je kat dalam tu. cuma kadang time dah petang2, baby aktif terlebih. lapa ke ape taktau la. selalu kan makan je memanjang, bulan puasa ni baby pelik la mak dia lupa makan ke ape. haha. sabar yer anak, mak puasa. bila time lepas berbuka, pun rancak jugak dia kat dalam ni. seronok kot dapat makanan. haha. mak hepi, anak pun gumbira. :D


Pastu, masa minggu lepas jugak, baru sibuk nak tanya doktor pasal nak buat 3d/4d scan. sekali doktor cakap dah takleh buat. hah? cuak kejap. doktor kata bila dah nak masuk 30weeks, baby dah penuh dalam perut, sangat susah nak nampak details baby. alahai, sedih la camnih. baru plan nak buat scan tu. doktor tanya, staff dia takde tanya ke aritu pasal tu. memang takdelah kan. salah sy jugak tak google info bila masa sesuai buat scan 3d/4d. huhuuhuu. nangis T___T . ada tak sapa2 boleh share pasal scan 3d/4d ni untuk yang 30weeks ke atas? please help kalau ada pengalaman pasal ni. 

ha, itu jelah setakat weeks 29 and 7days ini punya update. nanti kita update lain :)






3 comments:

Nursaila Norman said...

doc saila pun x suggest scan 3d/4d lebih dari 24-26w..sebab baby dah penuh sgt..saila plk plan awal nk bt, tp sbb every month dah check up detail..so xyah lah scan 3d/4d huhu..last month check up utk 29w pun baby full sgt..dah 2bln x dpt pic baby..masa 6bln tu dia x duduk diam,masa 7bln dia dah besar..xleh snap masuk dlm 1 pic..kena snap asing2 doc ckp hehe!

Unknown said...

saila : doctor kt annur tak de bagitau pasal 3d/4d scan.kite pun lupa sgt2 nak tanya. tu masalah dia.hehe.

aah,nasib la setiap kali checkup doc scan detail tp kite teringin nak scan 3d/4d tu jugak huhu.

haha takpe tu tanda baby aktif dan sihat sebab xduduk diam :D

Mama AF said...

masa time aku ritu, poliklinik an nur tu sendiri call, tanya nk wat 3d/4d tak. masa tu ak week 29. so teruih buat. bila dah 30week ke atas baby dah besar dah padat dlm perot. kesian nk wat scan 4d. sbb nnt nk kne tekan2 perot tu.