Salam ppl :)
Dah petang-petang ni mood macam swing sikit. rasa macham nak lempang orang lajulaju jerrr. haha, emo?? apehal nak emoemo ni.
ekceli kepala sakit semacam, tekak pun dah mula nak sakit. sebab ape pun tatau. maybe faktor cuaca kot. tak pon, sebab balik keja malam, kemudian kurang tidur. hehe, itu alasan sematamata sebab menchi balik kerja malam.
hari ni diet hari kedua berjalan lancar walaupun ada goyang-goyang sikit. pagi tadi makan bubur nasi, tuty bawakkan bekal. maceh tuty. u so sweet like candy ;p lunch pun makan bubur nasik. hohoho. diet ker tu?
wat pengetahuan korang, bubur nasi kurang sikit kadar karbohidrat berbanding nasik. hoho. so boleh dikatakan hari nie saya berjaya diet dengan cemerlang tanpa makan stik. huhu :D
kat bawah ni saya tepek pic menu lunch saya for 2nd day diet. :D
Maceh tutty frutty for the porridge. super sedap dan kenyang jugew. hoho
Salam ppl :)
Hari ni merupakan hari pertama saya diet. lepas dah hampir 3 bulan meninggalkannyer. haha. kononkonon 1st day nak diet, memang teruja dia lain macham sikittt. pagipagi saya bedal bubur nasik made in cafe kat bawah opis. lepas tu, tengahari kononkonon macam nak sangat tunjuk diri ini tengah berdiet, saya tak turun pegi lunch, maka saya makan roti aje. dah kul 6ptg, perut mula terasa macham ada tendangan-tendangan hallllusss. yang mana dalam pukul 7ptg, makin ganas tahap tendangan tu, hampir terkena usus kecil. ouch.
maka lepas balik keja, lebih kurang kul 10mlm, saya singgah kedai makan. niat hanya konon-konon nak minum air barli suam. sekali barli habis. disebabkan frust sangat sebab barli habis, sekali diri ini ternoda tergoda dengan sizzling stik lahh pullakkk. oh demmit, super sedap. tapi masa suapan yang pertama, makan macam tak sedar diri yang diri tu tengah berdiet. sekali dah tinggal separuh, barula rasa macam ade tamparan hebat di pipi lalu memberhentikan suapan setakat tu sahaja. sayang sebab stik tu tunggal separuh. ;p
okay, sekian saja cerita utk 'hari pertama diet'. esok hari kedua, macam mana la agaknya yerrr.. hohohoho!!
p/s : nak lost weight 5 kg jer lagi. pliss my dear pewot, sila beri kerjasama!!!!
Salam.
Okay, RIP for my sepasang ikan arowana. giller sedih. pagi tadi semangat bangun pagi sebab nak tengok ikan arowana yang memang dah nyawa-nyawa ikan tu. tak sempat nak bagi nama.. dah mati pun. arghhh.. sedihsedihsedihhh... im sorry ikan kuuu... ;(
tak dapat bayangkan cemana sedihnya bila tengok dua ekor ikan tu dah mati. saya keluarkan ikan tu pakai senduk sebab saya geli nak pegang ikan... kemudian saya masukkan ke dalam plastik, dan letakkan air, lepas tu ikatkan dengan getah. petang nanti balik keja nak pegi tanam ikan tu. ;(( nak tanam kat mana pun saya tak tau..
hmmm, nasib baik ikan laga comel tu hidup segar bugar lagi. saya rasa la kan, faktor ikan arowana tu mati sebab takde oksigen. nak kata tak bagi makan , itu macam tipu jer.. sebab sebelum saya masuk tidur, saya dah masukkan makanan dalam akuarium tu.. ok, sedih. malas nak cerita lagi. nak tumpu jaga ikan laga jelah lepas ni.
p/s : semalam masa nak tidur siap wish gud nite kat ikan. maklumla,1st time bela ikan dalam hidup. ngehngehngeh. tuptup mati pullakkkk.. ;((