Pages

9.11.11- rumah manis rumah TERNODA!

salam..


semalam, balik kerja, perasaan mcm happy sebab dapat balik awal, plus jalan tak jam sangat. plus lagi, ada drama baru nak gantikan drama Soffiya ittew. TAPI ada sesuatu yang tak best berlaku bila ai sampai aje kat depan pintu rumah, semua benda manis-manis yang bermain kat minda tadi melayang, terbang dibawak angin secara tetiba.




sesampai depan pintu rumah, tengok-tengok grill dah terbukak separuh, kunci solex tu pun dah takde kat grill ittew. maka cepat-cepat bukak pintu rumah. lepas tu terus terkejut beruk matyeh la ai bila masuk-masuk rumah tengok rumah selerak. sebab???


sebab ada umat manusia yang masuk mencuri time ai pergi koreje. oh sangat-sangat la sedih time tu. tengok kat depan tv macam bersepah-sepah, masuk bilik baju, lagi la bersepah, habis terabur segala barang-barang, segala kotak-kotak, habis diselongkar dek manusia pencuri ittew!!!!!


maka cepat-cepat rasa nak nangis. huhu. sebab check kat tepi tv, laptop dah takde, kena ambik. lepas tu, budak pencuri tongong tu ambik spec mata rabun ai yang baru ai pakai tak sampai sebulan woi. menangisssss ai dibuatnyer! check lagi, duit syiling yang ai simpan dalam bilik ade lah dalam 80hengget pun takde jugak. oh man, memang sedih. lagi 1 yang buat ai sedih rasa nak menyumpah seranah sebab ai baru balik langkawi. ade la seketul dua cekelat. eh tak sebenarnye. lebih dari seketul dua!!! ai beli cekelat manyak-manyak-manyak. cekelat daim , hershey, ferrero rocher pon ada yang kunun-kunun nak bagi kengkawan..pon lesap jugak. dia tinggalkan sekotak jer cekelat yang ai rasa memang dia sengaja tinggalkan, konon-konon agaknya nak bagi ai hilangkan stress disebabkan perangai syaitonirojim diorang ittew! memang badigol soot punya pencuri. curi benda makan, memang kirim salam laaaa ai nak halalkan okey! huhuhu. gerrammmm!!


dalam banyak-banyak barang, pelik kenapa si pencuri tu tak curi tv ke, dvd player ke. ni tak, dia curi kad astro and remote astro. sabor jelah, memang terasa mcm dalam hutan la ai sekejap lepas ni sebab takde hiburan kat rumah. da lah duduk sebatang kera, bertambah kera lahhhh. huhuuhu T______T


pada korang-korang semua, ambik iktibar lah yer. macam ai, ai kunci jer pintu rumah, dah letak solex, dah kunci grill. tapi kalau nama pun pencuri, macam-macam cara la diorang guna utk masuk dalam rumah tu. ai dah buat police report. tapi macam mustahil la nak dapat balik barang-barang ai yang hilang tu kan. cuma mampu berdoa jelah. biar org yang buat tu dapat balasan. sekarang ni senang je. tak payah nak tunggu balasan akhirat, kalau Allah nak balas, kat atas dunia lagi Allah dah bagi balasan ^_^. cash and carry gituh. :)


cuma sekarang ni, kalau time tido malam-malam tu, macam risau sikit. and paling ditakuti ialah saat nak meninggalkan rumah.. sebab apa-apa kemungkinan boleh berlaku. huhu. for now, harus la kena bersabar, and kalau boleh nak cari rumah laen, nak pindahhh!! T___________T


kat sini ai letak sikit pic rumah ai yang dah macam kena tsunami, memang pandai betul laaa budak pencuri ni buat sepah rumah orang. 




dah macam orang ada anak 11 orang dah gayanya



habis disepahkan bantal-bantal busuk ai. oo, bantal busukkk ai tak nak pulak korang ambik yer!! eee, geram nyer!



bersepah tudung-tudung ai. eeee, kuangjaqqqqq!!



 ok, dah lah. itu jer. tunjuk pic lebih-lebih pun, bukan korang nak tolong kemas pun. hikss!!




mood sekarang : banyakkan gelak ketawa sebab hari ni balik rumah still tak tau apa nasib seterusnya. harap-harap kejadian yang sama tak berulang kembali T____T (nangis jauh-jauh)...............~~~







1 comment:

akmal diarie'z said...

kalau aku,,aku rembat lcd tu,,,muahahaha