Pages

Kek Coklat Kukus

Salam




Apa kabar la korang semua kan. hope sihat la semuanya. aminnn :)


lately saya suke sangat memasak. konon-konon la. hari tu terbuat donut, terbuat yong taufu, terbuat karipap. lagi? hehe. takde dah, itu jer.


So weekend hari tu, terbuat kek coklat kukus. kakak saya punya resepi. try punya try, sekali menjadi lah pulak! dah la menjadi, sedap pulak tu. hakhakhak! masuk lif tekan sendiri


Okay, marilah kite same-same belajar bagaimana nak buat kek coklat kukus yg moist gitu. :)




RESEPI

Bahan A

1 cawan susu segar perisa coklat, 
1 cawan serbuk koko, 
1 cawan susu pekat, 
1 cawan gula,
1 cawan minyak masak

Bahan B

4 biji telur

Bahan C

1 cawan tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat --guna sudu kfc saje
1 sudu baking powder -- guna sudu kfc saje
***diayak***



cara-cara nyerrr :-

-- masak Bahan A diatas api yg perlahan
-- kacau hingga sebati

--kemudian blender Bahan B

lepas dah setel step-step diatas..........

--masukkan Bahan B dan Bahan C kedalam Bahan A. (jangan tak paham pulak. hehe)
--masukkan secara berselang seli dalam bekas Bahan A.
--kacau sebati, dan masukkan ke dalam loyang yang dah disapu marjerin.
--panaskan kukus, dan kukus sehingga 45 minit- 1 jam..

Utk membuat Topping kek

-1/2 cawan serbuk koko
-1/2 cawan susu pekat
-1 sudu marjerin
-2 sudu kecik air 

----panaskan secara double boiler. kacau sehingga sebati. maka boleh la diletakkan atas kek bile kek dah siap nanti :)




TIPS MEMASAK -INI SERIUS-: pastikan korang letakkan aluminium foil dalam pada penutup kukus tu, sebab takmo kejadian Kek berlubang macam kawah bulan. hikhikhik. sekian.....~~


Senang je kan?? 

okay, meh nak show off sikit kek coklat kukus yang saye buat. 






dari segi hiasan, agak sememeh yer disitu dengan topping yang merembes tak tentu hala. lain taun cuba lagi! USAHA PASTI JAYA! :)

sekian, bye byee ........


2 comments:

iizla said...

shedapnye.. meleleh air liur dah ni haaa...

Mr. Doctor said...

Sodapnya... alamak.. rosak plan diet MD..