Pages

saya careless? ha ah, memang punnnnnnnnn.........



1)  saya pegi kenduri kawen kawan saya. pegi dengan abg saya. lepas balik kenduri, plan nak lepak rumah abg saya sekejap. bawak sushi sekali  konon2 nak makan sambil lepak2 kat rumah abg sy. dah bawak naik sushi, TAPI tak makan pon.. dalam plastik sushi ada kunci rumah sewa sy. pukul 5 ptg plan nak balik umah. pukul 5:40 sampai parking umah sg besi. sekali check-check kunci rumah, takde dalam beg. normal practice letak kunci rumah dalam beg, sekali terlebih genius pegi letak dalam plastik sushi. plastik sushi plak kat rumah abg sy. maka itu careless namanyewww!! 




2)   jumaat lepas pegi kaunter CIMB utk mintak approval monthly deduction for insurans purpose. sain sana, sain sini. sekali tersain kat ruangan bank officer. hukhukhuk. maka tak memasal apply form tu kena reject. tapi salah saya, sebab careless. again? huhu




3)  pegi kaunter CIMB lagi. konon2 nak tukar kad cimb yang dah bertahun dipakai tapi tak reti-reti nak tukar yg cantek sikit . maka terus apply tukar kad debit + atm kad yg baru. kakak bank bagi instruction suruh tukar  pin number, tapi dia takde nak ingatkan ai suruh pegi  buat on the spot and make sure tak lebih dari 24jam. yg ai pon selenger jugak, nak kena suruh baru nak buat. huk3. maka lepas kad siap terus menonong pegi kat parking kereta sambil lalala kemudian terus blah balik opis. lepas 2hari kejadian tukar kad atm tu, baru la ai tersedar dari koma. kire dlm situasi ni, ai dah macam gadis dalam koma yang baru sedar dari koma sebab LEPAS DUA HARI BARU NAK TERINGAT. sangat tak bagus. apekah?? pun careless jugak namanyer. plus NYANYUK...............


 4)   hari sabtu pagi, bangun pagi-pagi konon-konon nak masak mee kari sedap  terbaek dari ladang (kenkadang ayat saya suke nak over2 kan) huhu. ampunn........ OK, kemudian rajinkan diri bukak semua tingkap, tingkap dapur, tingkap bilik, tingkap bilik air? erk.hhihi. cuaca pagi tu terang jer, tak bajet nak hujan. lepas masak, lepas makan-makan, plan nak pegi jusco. memula rasa nak tutup tingkap, tapi rasa macam tak hujan , so terus la keluar tanpa rasa bersalah. sekali balik rumah, tengok dapur dah banjir. banjir kilat namanyerrr.. hadoi. nasib baik dapur. kalau bilik yg basah, or tilam yg basah? tidur atas tilam air laaa nampaknyerrrr........




so, itu jela nak story pasal kekhilafan diri sendiri. huk huk huk. apekah faktor usia menyebabkan saya jadi sebegini rupa? .......................................







No comments: