Pages

After a long hiatus

Allah, lama betul meninggalkan blog ni. Rindu serindu rindunyeee! 

Paling best, ni entry pertama untuk tahun 2014. :D

Tuan blog hidup lagi ye. hee. Lepas kawen menyepi betul. nak kata sibuk sangat tu takde lah sibuk sangat pun. 


What to share? errmmm...tak sure nak share pasal ape, lagi2 personal life pun yang biasa2 aje. cuma sekarang ni alhamdulillah tengah berbahagia mengecapi kehidupan seharian. HAMBOI. 

Wedding review? Ya Allah, dah cukup setahun, sebulan, dan 3 hari, baru terhegeh2 nak review pasal kawin ke? hehe. 


Anddd. Alhamdulillah. dah masuk ramadhan pun. ramadhan last year sy dah mula berpuasa dengan suami. sempatla merasa bangun sahur and masak-masak tapi tak selalu sangat masaknye sebab sy dengan husband pun PJJ since kawin aritu. kalau dia ada je baru masak. bukak puasa pun ada masa sy masak jugak. sempat nak memasak tahun lepas sebab time tu memanjang outstation kat seremban and sentiasa la balik awal. pukul 4 dah kuar ofis. 


Tapi tahun ni tak sempat lagi nak masak apa2 untuk berbuka. balik keje pukul 5. awal dah tu tapi KL ni jem memanjang. Maka memang jadi pengunjung tetap param. tapi lauk2 kat param tahun ni agak mahal mencekik. nasib la, nak masak tak sempat, nak tak nak kena la membeli. tak beli tak makan. heee.

Sekarang alhamdulillah dah tak PJJ dah dengan suami since dia dapat tukar keje kat KL awal bulan 5 haritu. syukur alhamdulillah. and syukur jugak allah bagi kitorang peluang nak jadi mak bapak tak lama lagi. tu semua rezeki Allah nak bagi. 

Now sy dah pregnant 28weeks, and 6hari. alhamdulillah sihat lagi. cuma badan memang naik la. berat before pregnant 55kg.  Last 3weeks pegi check up, berat 65.5kg. haha. seram kan. tunggu checkup 12Julai ni, kot2 dah jadik 70kg ke. kalau camtu tahniah la dekat diri sendiri. 

Sepanjang pregnant ni, alhamdulillah takde morning sickness , muntah2 ape semua tu.sebab tu yang nafsu makan menggila sikit. cuma kadang2 sakit tulang bontot ni. nak jalan, nak bergerak sakit betul macam patah ke ape. tapi now takde dah. sy syak aritu sebab skip2 minum susu. sekarang ni konsisten dah minum susu, alhamdulillah tkde dah sakit2 tu. cuma 1 je lagi sekarang ni, bila perut dah besar sikit tu, rasa diri sendiri macam kura-kura. haha. bila baring terlentang atas katil, nak bangun angkat badan tu seksa sikit. normal la kan perut dah berat. hee.

tengok peha tu dah besar bagai johan. takpe lepas beranak harap boleh kecik balik. *cita-cita*

ok lah, tu je nak cite setakat ni. esok2 sambung nak buat entry psl pregnancy. atleast ade kenangan dalam blog ni. takde niat nak menunjuk2, cuma nak simpan kenangan dalam blog sendiri.

Ok semua, selamat berpuasa. and harap2 tahun ni berjaya puasa penuh. inshaallah 








2 comments:

Nursaila Norman said...

lump sum story nie.. hihihi

Syamimi Saad said...

Asslmkm.. Hai.. Sy singgah blas knjungan.. Due awk bila? Kta 18.09 ni.. Ok la tu xkna morning sickness.. Kta smpai 5bln kna. Cuma xde la smpai xblh bngn lngsng.. Semoga dipermudahkn juga urusan awk ye.. :)