Pages

Happy Birthday M'sia!

Salam semua!


Di hari Jumaat yang mulia ini, bersamaan dengan 6 April 2012, is a birthday of my old friend, Raja Nor Azlan .. Ini kawan masa belajar dulu. ai suka panggil Lan ni m'sia, atau nak panjang lagi, Malaysia. mesti orang tanye. apehal kau nak paggil dia msia sedangkan nama dia Lan? entah, ai pon tak tau. rasa sedap je panggil dia msia.  ahak ahak. 


So hari ni ialah birthday msia yang ke dua puluh berapa? biar le rahsia gitu.  umur tak jadi hal  pon, asalkan pandai kaver penampilan,  jangan pecah lobang sudah. tapi msia memang always maintain young and dangerous. kira forever young lah. ahak. kemain ayat kan, kipas habis habisan ^__^


Memandangkan msia baca belog sepi ai ini, makanya ai nak dedicate a special wishes to him. semoga msia maintain hemsem, dirahmati Allah dalam hidup dan mendapat keberkatanNya serta diberi kesihatan yang baik. and tak lupa jugak semoga boleh cecepat akad nikah! yakni kawen and beranak pinak. muka market mustahil takde awek kan?and lupe pulak nak tambah ucapan. semoga dikurniakan isteri yg solehah. amin aminnnn ya rabbal a'laminnnn :)


kau ingat lagi tak dulu kite sama-sama ponteng kelas? takpon kalau bab assigment tu, aku tiru kau sikit, kau tiru aku sikit? pastu kite berdua suke benor gi kelas sama-sama, kadang tu dalam kelas pon duduk sebelah-sebelah. sampai kalau orang tak kenal kita, sure ingat kite kapel kapelan. alahai APTB. padahal kite dua scandalicious aje pon. ahakk. and kalau setiap kali lepas test or ada kuiz ape-ape, konpem kite berdua berdebar giler nak tengok result kan. sebab takut kena repeat paper! ahak..  i miss u lah msia! lama gila kot kita kawan, since 2004 or 2005 kan. ai pun ialah ingat-ingat lupa. last kite jumpa time konvo 2008 khennn? lepas tu never!!! even kite dah bertahun tak jumpa  and just contact through fb and meses-meses je, but i still remember u. rindu zaman belajar and zaman muda bergetah dulu-dulu....sangat!!


Maka sebagai tanda penghargaan and ingatan tulus ikhlas  ai terhadap kau [mcm ayat dalam kad raya], kat sini ai nak tepek pict-pict kau ye, msia. beberapa pict yang ada dalam koleksi ai dari zaman kau  muda remaja  time studi dulu-dulu. ahak ahak. jom tatap sesama. and kalau bole banding pict dulu and sekarang pon cantekk jugak kan. TAPI ai rase kan msia, kau dulu and sekarang mesti sama je kan tak banyak beza dari segi fizikal, sebab kau dari dulu memang kuruihhh selim melim:)


Lets cekidauddddd :)



ini pic kau ai ambik dalam henpon kau dulu. depan rumah kak ila and nisha kat IM6. ingat tak? kau bwk kereta nie time studi kan.






hoi apehall degil sangat gambar ni aku dah rotate dia tak mau rotate? haishhhhh 

AND 

nie pulak pic kau yang latest. cekidauddd~





seeee, sama jer kan, maintain kuruihh :)


and ade lagi msia, pic kite berdua zaman dulu-dulu, tapi maklum la,pic zaman dulu kebanyakannya ai tengah togel lagi kepala time tuh. ahak. maka segan nak enterprem kat sini :D

OKAY msia. itu jer entry paling ringkas TDDMKA sebab takde idea dah nak tulis ape. tapi ai memang rindu kau sangat2. nanti bila ada class kat shah alam, sila la roger okey. 


ok benci blogspot sebab asik senget jerrrrrrrr. grrrr!! bye msia:)

1 comment:

dhiera said...

msia ni macam special abes je kan~