Pages

Aku yang mahu kahwin!

Salam to all lovelies :)


Yeah, finally, tanpa berselindung lagi, dengan ini diumumkan mood nak kawen is ON. 

After bertunang dh hampir 4bulan.... soklan paling femes yg ditanya, ialah BILA NAK KAHWIN. hahahahah. hahahah. hahahah. okey. itu gelak sebab nak coolkan diri sendiri yg terlampau rileks konon2 imma super cool, padahal ialah menggelabah.

seriusly lepas bertunang itu ari, aku ialah cool nak arwah. kire dah setel tunang, aku mcm boleh rileks goyang2 kaki, blog B2B langsung aku tak jenguk. but semua tu berpunca dari keje aku yang makin menggila bizinyer sekarang ni. since habis cuti raya aku dah pegi outstation, non stop setiap minggu. nak bercinta pun tak dan dah, inikan pulak nak bukak blog B2B. phew!

but now.. everything dah back to normal, which is aku dah berada kat ofis. yakni aku start pegi outstesen after raya haji nanti. now blh dikira bizi , tapi bizi2 manja je, tak bizi menggila. so aku ada masa utk gunakan kepakaran aku menggoogle segala mak nenek tips  utk rancang perkahwinan aku supaya menjadi sukses.

and memandangkan aku dah randomly plan nak nikah awal tahun depan, aku dah nak kena mulakan every single things dari sekecik-kecik hal hingga segajah-gajah hal, bermula dari sekarang. aku takmo buat semua benda last minit, sbb nanti aku yg akan tension senirik. ngertik?


Kursus Kahwin
okay. aku dah boleh buat check list dah. semua benda aku kena catit kat satu buku, memandangkan aku bukannya makin muda utk ingat semua benda. benda paling penting, is kursus kawin. aku ialah tak pegi lagi. huwaaa! tunang aku dah pegi time kursus polis itu ari, cuma aku jela kira tak settle lagi ni. tapi takpe, aku dah plan nak pegi dgn bff aku dlm waktu  yg terdekat ni. kire takde masalah lah bab kursus kawin tu.


Borang Nikah
lain2, mcm borang nikah, aku dah print dari website JAIP, memandangkan aku anak Pahang. and aku sebenarnye blur2 lagi bab wali2 semua tuh. and aku tak paham sangat bab saksi ke ape tuh. aku kena rujuk pada kawan aku yg baru nikah 2minggu lepas. or kalo ade antara B2B Pahang yg nak share anything psl prosedur nikah semua tuh, lagilah aku suka dan dialu2kan! :)

Hantaran
And esok aku dah start kena cari barang utk gubah hantaran aku. which is aku decide nak DIY. ececey. tinggi cita-cita tu. harap2 berjaya. sbb time tunang aritu pun aku buat sendiri je hantaran aku and tunang aku. begitu. utk kawin ni, aku nak guna bantal hantaran. masih memikir-mikir nak guna bantal , or instead of bantal aku boleh guna gabus yang dibalut. nak kena kaji dulu kos dan tahap senang/ susah nak buat.



*kredit to blog rilla kandadinda*
ini contoh bantal hantaran yg guna kapas


* kredit to blog http://mesdamestobe.blogspot.com *
kalo nak guna kapas ni, kena cari yg murah. anyone tau kat mane?



and yang ni guna gabus sajer. nampak kemas sikit, sebab kapas kite kena masukkan bebetul, kasi nampak kembung sama rata. yg gabus ni plak dah terbentuk lawa. tinggal nak balut dgn kain cantik je.

tapi pun nak kena survey juga mana kedai yg jual gabus murah.  phew!! bajet betul engko. :p
*kredit to belog  http://itizmine.blogspot.com *



aku prefer guna gabus. kehkehkeh. emang dasar pemalas nak sumbat2 kapas. itu hari time tunang aku borong barang2 kat kedai vivian jalan raja bot. bole tahan murah jugak la. ingat esok nak cari kat situ jugak. and boleh start buat bantal ni slow2. semoga diri sendiri sukses dalam misi pertama nanti.

Pre-wedding photoshoot
Then, aku dah berangan nakshoot utk pre-wedding sebab aku boleh guna gambar2 tu nanti utk letak kat bunting or kad kawin aku. tinggi bukan , cita-cita aku? hakhak.. aku dah pun pm Mol kat fesebuk itu ari, cuma kena tunggu tunang aku free je, baru boleh confirmkan date balik semula. Mol ni yg jadi OP Intan Norazam time nikah aritu. super cantik kn, gambar2 dia.

Door Gift
Berinspirasikan B2B jugak, aku plan nak beli kotak aje instead of bekas2 or kotak lawa2, sebab aku risau aku kecik hati nanti bile tengok orang buang merata2 je goodies bag aku itu. maka demi untuk menjaga hati sendiri and bajet , aku decide nak guna idea B2B Dyll Basri yang sangat berguna itu. harap2 kedai kek itu tak naikkan harga okey. by this week jugak aku kena pegi kedai kek tu utk check harga. kalau still murah, boleh beli terus.
*kredit to blog dyll *
OKAY, kretif kan dia? bunga seketul itu comel betul. 


Baju nikah/ sanding
Yg ini ialah tak fikir lagi. sebab tunang aku plan nak guna baju istiadat polis time sanding. so  maybe aku akan pilih dress. masih kabur2 disitu. And baju nikah jugak masih tak plan apa2, warna ape jugak masih buntu. mak aku berkenan warna putih. suci murni katenyer. aku kalau boleh nak guna warna lain cth mcm blogger  Kina guna warna biru , sbb boleh recycle  utk masa akan datang. kalau putih, segan kot nak guna lepas nikah.
*kredit to belog Kina*


Okay. itu je yang boleh aku pikir sekarang. lain2 belum terlintas lagi. bab kad kawin semua tu, OP, jugak masih kabur. sebab exact date ialah takde lagi. aku kena diskas dengan tunang dulu, and pilih date yg seswai. once date dah dapat, baru boleh bertindak lebih pantas dan bermacam2 ! :)


till then, hope ade blogger yg blh membantu and bagi tips2 or tempat2 murah nak beli barang gubahan hantaran. ya, and bunga artificial jugak. kedai mana lagi boleh pegi selain kedai Vivian jalan raja bot


2 comments:

Unknown said...

Wahhh banyak betul perkara yg harus di setelkan! semoga semuanya berjalan lancar, tapi jgn sampai membazir ye dik!

Unknown said...

yup2, thanks sis. kalau boleh, semua mesti dan mesti under minimal budget. after kawin lagi mau guna duit yg super byk. biar simple, asal elok dipandang mata. begitu ;)))