Pages

Saya dah ada anak ikan sekarang!

Salam ppl! :)


Oh ye, saya dah ada anak ikan sekarang! semua elokelok! comelcomel. gebugebu. kulit licinnn jer, gred AAA. hebat tak? mana dapat anak ikan pakej macam tu? dan  boleh pulak boifren saya izinkan saya bela anak ikan, malah dia yang dapatkan anak ikan tu, dan berikan kepercayaan penuh pada saya untuk jadi seorang mak ikan yang berkaliber dan penyayang. kahkahkah..!!


eh eh ehh, apekehalnya saya nak menjadi mak ikan pulak ni? thehehe. yang sebenarnya, saya sekarang dah ada kawan baru kat rumah. kawan dengan anak IKAN beb.bukan ANAK IKAN yang spedospedo tu. NO NO NOOO! ini the real anak ikan. ada 4 ekor semuanya. dua ekor ikan laga, sekor tu kaler pepel, sekor kaler biru. lagi dua ekor ikan arowana.  semua comel-comelll. geram rasa nak gigitgigit, nak cubitcubit. nak pegang ikan tu, tapi kan.. saya rasa geli la pulak nak pegang bendabenda licin dan bergerak ni. .


sebenannya ikan tu boifren saya belikan petang tadi. balik keja, tengok-tengok ada ikan. eee, sukeeee sangat tau, sebab memang dah cakap dari dulu kan, teringin nak bela ikan. finally, dapat jugak. tapi.........tapi.......kan... ikan arowana kita yang sekor tu buat hal pulak tadi. tibatiba tak nak berenang. and duduk kat bahagian bawah akuarium je. saya ingatkan dah nak mati sebab insang dia dh terbukak luas.


terus saya rasa nak termenangis sebab sayang lah kan, baru jer bela ikan tu tak sampai 24 jam, kemudian ia dah nak mati. apekah?? dengan penuh cuak, saya tukarkan air akuarium tu, titiskan cecair anti klorin, dan masukkan balik ikan tu dalam air yang dah ditukar tadi. kemudian saya taburkan makanan ikan. dengan perlahan ikan arowana yang macam dh nak mati tu berenang semula, dan makan makanan tu. tak lama lepas tu, ia kembali aktif, siap berenang kuak lentang lagi. hehe. amin!! nasib baik tak mati, kalau tak, siasia saya jadi pembunuh. ngengengeee~


OK, baru saya tahu, rupa-rupanya ikan arowana nie kuat makan. padahal saya dah masukkan agak banyak kuantiti makanan ikan dalam akuarium tu. lepas tu habis. bagi makan lagi, lepas tu habis.apekah??? nampaknya, anak ikan saya kuat makan, kalah owner nampaknyer. tehehe, takpelah, lepas ni saya kena beli makanan ikan banyakbanyak. jangan mati sudahhhh. kata nak komitmen kan? hehe. amik kau, sekarang saya dh galas tanggungjawab, utk menjadi seorang mak pembela ikan yang penyayang, bukan si pembunuh ikan. kehkehkeh~


ha, lupa nak bagitahu. nama ikanikan tu masih dalam pencarian. miahaha, haih, macammacam lah kan pe'el mak ikan ni. ngehngehngeh. ok ppl, doa saya  semoga bangun pagi esok, ikanikan ku bernafas segar TANPA ADA YANG TERBUNTANG MATANYA!!. hihihi. niteeee!!!!!


p/s: disebabkan saya muflis tiada henfon berkamera malah tiada kamera, gambar ikanikan saya tak boleh nak show off. tungguuuuu yer :)

2 comments:

aca6nisa said...

R.I.P anak ikan itu....mesti cedey kan?
lepas ni bela anak turtle pula :p

ctzainal said...

aca6nisa : yezza, kiter dah berjaya beli sepasang tetel yg cumil sgt. hihi.siap tito kat atas pokok kelapa. so suwiit. serius! :)