Pages

30 minit Ustaz Don

Salam uolss




hari ni nak promote Ustaz Don lah! 








korang pernah ke tengok rancangan kat tv Alhijrah, 30 Minit Ustaz Don? 






Kalau tak pernah tengok, sile lah tengok. tengok sekali, lepas tu pasti nak tengok lagi, lagi dan lagi !!


sebab ape?


sebab ustaz don nie, dia menyampaikan dakwah dia secara sempoiii dan bersahaja, ada unsur-unsur lawak. dan yang paling pentingnya, hujah yg disampaikan oleh ustaz don sangatlah jelas dan mudah difahami. remaja sure suka! sebab saye pon remaja! yeke remaja??? :p




ustaz don ni selain daripada sedap mata memandang, heheehee, beliau sgt lah mesra penonton. and dia taklah macam baca skrip sangat kan, sebab dia begitu bersahaja. suke buat lawak, dicampur dengan slang kedah dia tuh..


malam semalam, saye berkesempatan ikuti rancangan ustaz don. ustaz don bincangkan pasal syarat sah solat. dia terangkan dari 1-9 syarat sah solat. dah setel terangkan kesembilan syarat sah solat, ustaz don elaborate pulak 1 persatu daripada 9 point syarat sah solat.


maka semalam ustaz don terangkan tentang "menentukan waktu solat", siap buat amali lagi camane nak tentukan dah masuk waktu solat atau belum.. sebenarnye macam sedikit terkesan bila ustaz don kate, berdasarkan kajian yang dilakukan di lembah klang, sebanyak 80% yang bersembahyang di hujung waktu solat. dasyat kan.....


sebab ustaz don kate, solat di akhir waktu tak digalakkan . sebab masa tu lah pertukaran waktu solat, maka tak digalakkan.....alah, ramai orang yang tau, tapi tetap buat. contoh, macam saye penah la terbuat... sekali 2 terbuat, mase kat opis. sebab kadang-kadang khusyuk buat keje sampai tak sedar lagi 5,6  minit nak masuk waktu asar. maka cepat-cepat solat zohor, then asar sekali. 



Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu :
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". 
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya". 
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)- Sumber




maka lepas ni janji pada diri sendiri, tak nak dah solat zohor lambat. sebab solat lain tu takde masalah. cuma zohor - asar ni yg jadi masalah sikit, sebab kat opis kan time tu.. nak berubah seribu daya kan.. hurmmm, tapi ada sesetengah tu, yang sengaja melewatkan solat zohor, dan solat asar dalam 1 wudhuk sebab sayangkan mekap, mekap mahal katenyerr. hukhukhuk.  tak mau dahhhh *tiru gaya iklan pantene.....same-samelah kite berubah ke arah kebaikan ye:)


OKAY. berguna tak menonton rancangan 30 minit bersama uszat don ni?


kalau nak tau berguna atau tak berguna, jom sama-sama kita tengok okay....


30 minit ustaz don
setiap isnin hingga rabu
10:00 mlm , siaran tv al-hijrah 

Isnin : Fardhu Ain
Selasa : Hukum Tajwid
Rabu: Fardhu Ain (Bab 2)


OKAY.

Rancangan nie amat terkesan di hati sanubari. alhamdulillah :)

2 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

wah tak pernah tgok ustaz don ni..lepas ni boleh la layan tv al-hijrah :) thanks 4 da nice info :)

♥ nana i am ♥ said...

malam tadi first time nana tengok :) ya Allah sampai menangis sama sama dengar ustaz don bercerita..nana rasa rancangan macamni kena ada and kalau boleh masa tu bia panjang sikit kan..