Pages

TORA datang lagi!

hallawwww. salam semua!


mula mula sekali, aku nak menyatakan kerinduan aku untuk merapu dalam blog aku ni. sejak seminggu dah tak bekerja, mood nak hapdate belog ialah sangat ke laut! malas woo. hanya blogwalking aje yang mampu. tapi hari nie, mood mencanak naik serta merta tanpa diketahui sebab musababnyerrr.


buat pengetahuan korang yang mengenali aku, aku sekarang dah pindah kerja kt kl. and now aku dah pun menyewa kat sungai besi. so pada kawankawan yang rindu kat aku or nak ajak aku pergi broga hill ke, silasila la contact aku. muehehe.dialu alukan, sebab aku memang teringin sangattt nak pergi broga hill itu yer kawankawan!


memandangkan esok bermulanya tahun baru 2011, aku nak rewind balik apa yang terjadi dalam hidup aku sepanjang tahun 2010 nie. sedih oh. sebab tahun depan aku dah ter 25 secara tak sengaja. rasa macam bila dah mencecah 25, macam tua jerr rasa. aku tak sukaaaaa la. huahaha. tapi TAKPE, janji HATI aku tetap muda remajhe suwitt seventeen. hakhakhak!!


sepanjang 2010, aku stay kat kulim. best jugak duduk kulim. bila dah tak duduk kat kulim nie, mula la aku nak rindu itu dan ini yang ada kat kulim tu. adatla, bila dah jauh, baru terkenangkenang. hakhakhak. jujurnya, aku selalu terkenangkan bab makanan lah. bab lain tu kurang sikit. maybe sebab aku nie suka berjalan. lagilagi berjalan cari tempat makan. itu sememangnya aktiviti wajib aku. sebab tu aku 'selim' sejak duduk kulim. thehehe. :p


apa apa pon, aku rindukan kulim. & penang juga. boleh dikatakan every week aku tawaf dalam penang, cari tempat makan itu & ini. best ohh. walaupun kadang kadang time tu wallet ialah sangat nipis, berjalan tetap jadik aktiviti mingguan. apa apa pon, aku puas hati sebab aku dah cuba banyak tempat makan yang menarik kat penang tu. kira nanti kalau dah tuatua, boleh la aku bawak anak anak aku pulak kan. thehehe. haih, asyik cerita pasal makan jer. no no nooo!


memndangkan esok dah masuk tahun 2011, aku dah pasang azam baru. harap harap tercapai lah. :) agak sedih jugak nak meninggalkan tahun 2010 yang dah menyimpan macam macam peristiwa. bye bye 2010~~ ^__^


p/s :malam nie korang celebrate new year kat mana? aku duduk rumah jer. dari rumah aku boleh nampak klcc oh. bestt~ :)





No comments: