Pages

Best Moment Part 1


Tak sampai 45 hari dari hari entry ini ditulis, aku dah tak tinggal kat kulim lagi. kat kulim nie macammacam benda baru yang aku belajar. ada yang best, ada yang suamsuam kuku kambing, ada yang tak best langsung pun ada. thehe. kira macammacam ado!

paling aku suka, bab makan.kat kulim nie, macammacam jenis makanan ada, sedapsedap & murah lak tu.

aku suka laksa. kira macam peminat laksa no 1 lah. kalau tiaptiap hari korang belanja aku makan laksa, aku sukeeee jer. kat kulim nie, ada satu kedai jual laksa yang sedap. nama kedai tu LAKSA KARIA.

masa mulamula cuba laksa makcik tu, aku dah tersuka. sebab laksa mak cik tu murah & paling penting sedap & sangat special. kenapa aku kata laksa makcik tu special, sebab aku belum pernah jumpa orang buat laksa taruk sambal sotong. giler sedap kau! aku rasa satu hari nanti bila aku dah meninggalkan bumi kulim nie, laksa karia akan jadi 1 fenomena buat aku bila sampai 1 tahap aku update status fesbuk macam ni "
tetiber teringin nak makan laksa karia!"

mak cik yang jual laksa tu pun baik. aku sempat temuramah makcik tu. aiceh, temuramah katernyerrr! bila aku kata, mak cik letak laksa banyak la, murah pulak tu, RM 3 jer. aku ingat lagi mak cik tu jawab soklan aku.. "
mak cik tak tergamak nak letak sikit, sebab nak bagi orang makan". i loike mak cik laksa tu!! korang bayangkan, laksa special, ada sambal sotong, telur rebus sebijik, dengan laksa yang menimbun. memang berbaloibaloi! mana nak dapat orang jual laksa banyak tu zaman sekarang dengan harga RM 3!

aku tak sempat nak snap pict laksa tu memandangkan sekarang aku pakai henfon yang sangatlah out of trend. kekeke. kalau korang nak rasa kehebatan laksa karia, boleh la pegi kulim. kedai mak cik tu betulbetul kat depan traffic lite kat kilang lama, sebelah masjid. rugi kalau tak rasa. hilang satu nikmat dunia! thehehe! ^__^



p/s - Baru last week tapau laksa karia. lepas makan, aku tersandar kekenyangan sampai esok hari. erk, aku tipu jer. miahaha! ;p

2 comments:

hamzah ian said...

laksa karia dtg dari mane?

ctzainal said...

laksa karia dtg dari kulim. besh oh. meh la try. superb.