Pages

Raya yang sempurna


Semalam aku sambut hari ghaye aidiladha di kulim, bersama temanteman serumah aku.

ini kali ke-2 dalam hidup aku, menyambut aidiladha tanpa keluarga. kali pertama dulu, masa aku form 1, mak ayah aku pergi mekah. tapi masa tu boleh diklasifikasikan sebagai tahap ok lagi sebab aku ghaye dengan abang aku. tapi tahun nie yang paling tragis, bila aku terpaksa ghaye jauh sejauh jauhnyer dari family aku. bila aku dengar orang masjid bertakbir time maghrib tu, aku cepatcepat call mak aku kat kampung yang tengah sibuk layan cucucucu dia yang balik. tercalar hati aku bila aku dengar anak sedara aku jerit masa aku tengah cakap dengan mak aku dalam telefon "eee, sedapnyer makan lemang dengan rendang ayam wan masak!". aku sedar, ada unsurunsur "khianat" masa tu. thehehe.

ok lah, ekceli aku takde lah sedih mana pun ghaye kat kulim, sebab aku tetap dapat makan sedapsedap. aku masak soto jer, siap buat begedil lagi. pagi ghaye tu, aku & housemate layan soto jelah, sambil layan drama kat TV3, tajuk nye SABAR. yang tu satu hal, giler kelakar citer tu. yang berlakon citer tu abby abadi, norman hakim & yang paling kelakar tak hengat si raimy ishak, jadi mat bangla. cool habis. terima kasih TV3 kerana menceriakan hari ghayeku walaupun tanpa family disisi! aiceh :D

semalam lepas makanmakan, aku keluar gi cari barang. barang ape? ha, kalo korang nak tau, sabtu nie, aku nak jalanjalan makan angin kat cameron highland. lama dah aku tak pergi sana. last masa aku form 5, tahun 2003. lama kan. dah 7 tahun kau! sure macammacam benda yang berubah. tujuan utama aku keluar semalam nak gi cari barang nak bawak gi cameron la.

seharian berjalan, aku tengok ratarata orang melayu keluar pegi queensbay pakai baju ghaye. aku jer sempoi pakai suar jeans. malas aku nak pakai baju ghaye segala. HAHA.

sekarang aku dah ada kegilaan yang baru. tako tao! menda ape tu? ha, tako tao tu sejenis makanan yer kawankawan. ni kali ke-3 aku makan. aku sukeee tako tao kat jusco bukit tinggi, sebab fish flake dia memang betulbetul extra! tak rugi aku tambah 50sen untuk flake fish yang menimbun tu. tapi tako tao jusco queensbay nie macam kedekut sangat la, diorang just letak 5,6 helai jer fish flake tuuu. ;(

ni antara rupa paras tako tao. memang meleleh air liur kalo aku tenung lamalama. pfffttt T_T



Nie kedai tako tao dekat jusco



Sejuk je mata bila terpandangkan mayonis itu!



Ada 3 ketul tako tao bagi setiap bekas. harga RM 4.30, tanpa add on mayonis, wasabi, & entah apeape lagiii. kalau nak lagi heaven, cicah dengan wasabi. memang terbaekkk!!



Ada 5 jenis. ada baby octopus. sedap. chicken harm & cheese. enak. prawn. berkrim. unagi @ belut. tak tau sebab belum penah cuba. & ada abalone slice. yang nie pun tak tau. lum try lagik



Nah! tinggal dua biji. mana lagi satu? miahaha!




begitu lah cerita tentang keobsesan aku terhadap tako tao. kalo korang tak nak hilang satu daripada nikmat dunia, korang cuba lah pulak k! ^_^


p/s -> bila la daging lembu korban nak sampai depan pintu ghumah aku? kalo ada, boleh la aku masak daging goreng. yummeh!









5 comments:

aca6nisa said...

hamboi3...
mcm sedap sj tako tu..nk p cr gak ah tp kt jusco perda ada x?

ctzainal said...

memang sedap. kat jusco perda tak der. kat queensbay ada la.

Tuan Din said...

aku bukan raksasa nak komen... Selamat Hari Raya Aidiladha...

ctzainal said...

hehe. yelah tuan din. nti sy tukar kan raksaksa komen kepada org baikbaik nak komen :p.
salam aidiladha.

hamzah ian said...

lama dah tak makan. nyam2