Pages

Salam AidilAdha


Salam. hari nie isnin. hari rabu ni seluruh umat islam akan menyambut hari ghaye korban. ghaye korban tahun ni sy ialah TAK balik kampung. huwaaa!!! raya kat kulim jer. hambik kau, siapa suruh keja jauhjauh sangat kan. sob..sob..

dan pagi nie jugak aku rasa macam feeling sikit. normal practice aku bila masuk office je, terus on radio on9. stesen radio yang aku suka dengar tak lain tak bukan THR GEGAR. tapi spoil sikit pagi ni, THR GEGAR dah menggegarkan jiwa perempuan aku. thehe. bukan apa, agaknyer sebab diorang dalam mood ghaye, so diorang pegi mainkan lagulagu ghaye. sob..sob..

antara lagu yang diorang mainkan pagi tadi ialah lagu rahimah rahim, selamat berhari ghaye! lepas tu pulak, lagu mamat exist, dari jauh ku pohon maaf. uhuk! memang timetime nie lah aku rasa nak balik kampung. tapi apakan daya, aku keja, * cuti pun hari rabu tu je. tapi takper, walaupun aku tak dapat berhari ghaye bersama keluarga aku yg terchinta, aku tetap nak hiburkan hati aku. aku plan nak main masakmasak time hari ghaye tuh. thehehe. eh feeling macam raya kat obersea lak kan. eh tak kesah la kan. tapi hari rabu tu aku plan nak masak soto, aku nak masak lontong, aku nak masak macammacam! HAHAHA. sape kata tak balik ghaye kat kampung tak best? aku akan buktikan okeh. kakaka *nie antara ayat penyedap hati , yang baru aku cipta!


kalo korang nak tau, sekarang nie jugak lagu P.Ramlee, Dendang Perantau tengah berkumandang. HAHA. aku tak kesah, aku layankan sajerrrrrrrrrr. dalam hati, aku jer yang tau :) yang buat aku sedih sangat tu bukan ape, aku tak dapat jumpa kakak aku yang duduk kat kelantan tu. dah lama kot aku tak jumpa anakanak sedara aku tuuu, sebab raya aidilfitri aritu diorang tak balik. & mak aku pulak macam biasa la, konpem buat lemang & rendang!! menangis wehhhh... ;( huwaaaaaaa!!!!!!!!

eh da lah, aku nak search resepi lontong & rendang ayam nie! bagi sapesape yang senasib macam aku tak dapat balik berhari ghaye bersama keluarga, meh la memeriahkan majlis, jemput datang ghumah sewa aku, aku buat makanmakan sikit hari ghaye nanti. kakaka. :D


********agaknyer kat THR GEGAR memang tengah pesta lagu ghaye agaknyer. kekeke. takper, aku layankan jer. ^_^





WAH!! shedapnyer lemang & rendang nie. takper. mak, nanti pos kan yer. sob..sob..




2 comments:

tuty latifah said...

nk dtg..nk dtg..nk dtg!!!!

Unknown said...

jemput la dtg, jgn lupe bawak beras, minyak masak, garam, gula. bla. bla. bla. jgn dtg bawak pewot shaje. maceh ^_^